Apa ? Sabun basuh travel ?
Ada ker ?
Korang rasa ada ker ?
Kalau nak tahu , ada jer . Asalnya bukanlah sabun ni dicipta untuk travel , tapi disebabkan masa aku gi bercuti kat Legend Cherating Beach Resort boss kitorang bagi kitorang test sendiri detergent film ni .
Mana ada orang fikir nak membasuh baju masa pergi bercuti , yer dak ? Kalau keluarga tak ramai memanglah tak fikir , tapi aku ada 5 orang , budak kalau pakai baju tahulah camner , kejap-kejap kotor .
Aku pulak tak suka nak bawak pakaian kotor yang basah balik rumah . Memberatkan kereta pun yer . Kebiasaannya aku akan cari dobi untuk keringkan baju yang basah .
Balik rumah baru basuh balik ngan sabun .
Tu yang masa aku dapat sabun detergent film Zing+ ( Zing Plus ) tu malam terakhir kat Cherating aku ngan dd terus pergi ke Kemaman cari kedai dobi 24jam .
Memang ada dobi sediakan sabun pencuci dan pelembut kain . Tapi itu kalau ada . Kalau takder camner ?
Apa Perbezaan Antara Detergent Biasa Dengan Detergent Film Zing Plus ?
Masa first aku tengok benda ni kat FB , aku tertanya-tanya apa kepingan biru yang dia pegang tu . Tapi mana ada orang tahu dan tak sangka selepas reveal baru tahu itu adalah sekeping sabun .
Kagum weihhh !!
Detergent yang biasa kita jumpa mestinya dalam betuk ketulan , cecair dan serbuk . Betul ? dan ini pertama kali korang pun tengok detergent berbentuk kepingan kan ? Betul ?
Itu antara salah satu perbezaan ketara detergent Zing+ dengan lain-lain detergent yang berada dipasaran .
Ok , meh aku nak cerita kenapa aku tertarik sangat dengan Zing+ ni :
- packing ziplock yang mudah disimpan dan dibawa kemana-mana ( travel )
- kepingan biru detergent biru yang ringan ( sangat ringan )
- sekeping detergent film zing+ boleh digunakan untuk membasuh sehingga 3 kg baju ( jimat sangat )
- selamat untuk kulit sensitif ( tak panas sehingga menyebabkan kelepuhan kulit )
- diperbuat dari bahan organik ( ini win dan sangat penting untuk memelihara alam sekitar )
- selamat dan mesra alam
- tiada fosfor ( sejenis bahan yang digunakan dalam racun tikus )
Mudah Dibawa Travel
Masa kak Laila nak gi Korea pun aku suruh Kak Laila bawak Zing+ ni , sekali kan betul , semua tumpang guna . Tu Kak Laila suka sangat , katanya pasni senang nak basuh baju time pergi travel . Sebab detergent film Zing+ plus ni langsung tak membebankan bagasi , tak risau sabun tumpah atau apa .
Yang penting detergent film Zing+ ni akan memastikan cucian baju terpelihara bersih , lembut dan berbau wangi .
Sekarang aku test basuh kasut putih adidas aku , sayang nak guna serbuk pencuci yang lain , risau warna kasut tu jadi kuning dan merosakan material kasut . Nak buat basuh beg mahal korang pun boleh .
Lagi satu , kita boleh guna Zing+ ni untuk bersihkan bahan logam macam gunting atau aksesori macam kerongsang .
Amacam ? teruja tak ?
Ok , kalau korang nak cuba gak atau nak jadi antara orang terawal mengedarkan produk detergent film Zing+ korang boleh hubungi :
Person Incharge ( Ros ) : www.wasap.my/60122350657/zingplus
Facebook : Zing Plus Malaysia
Website : Zingplus
Selamat mencuba !!
Memang best Zing+ ni, tak pandang sabun pencuci lain dah!
Dekat pasaraya ada jual x?
wow, beza terus warna kerongsang tu…eh, kiter ada laaa…hehehe
Wangi Zing plus ni .. suka gunaaa
Best kan detergent Zing+ ni.. mudah, stylo n yang paling penting.. produk ni mesra alam..
Bersih putih kasut kak Long.. Bagus sabun zing+ ni
Kak long nnt kita bawak Zing ni masa kita travel nnt tau
Bersih gilaaaaaa kasut putih tu. Btul2 bgs utk masut sek anak nih..
1st time dgr sabun cuci baju utk travel ni 🙂
wah..memang terbaiklah sabun ni… dahlah senang nak bawah kesana sini, puas hti pula dengan kebersihannya…
Hmmm.. Boleh cuba ni…