Semekkum semua……ada ka orang datang baca blog haku ni…..kuikuikui nak cita sikit pasal semalam punya hal…..laki aku dijemput ke majlis kenduri khawin kawannya…..dulu sebelum khawin ngan aku laki aku dan kawannya itu adalah kawan baik yang jarang2 berpisah bila kemana-mana….masa first time aku jumpa laki aku pun kawan dia ada sekali…..rapatnya cam adik beradik kembar…..
Tapi setelah laki aku khawin ngan aku…..hubungan kedua sahabat itu mula menjauh….tidak semesra dulu…..walhal aku tak kisah dan tak pernah larang pun untuk mereka berkawan asalkan jangan buat bebenda tak elok….yelah orang bujang kawan ngan orang dah khawin musti kalu tak dipengaruh dan terpengaruh atau mempengaruhi antara satu sama lain…..ok stop bab kawan ……pasal khawin plak….
Jadi selepas dekat 7 tahun laki aku khawin sampai dah ada 4 orang anak…..barulah jodoh sikawan itu sampai….dan semalam lah hari besar sikawan ni lalu sudahlah dijemput……oleh kerana laki aku semalam pun kena kerjak juga…maka lewatlah kedatangan kami sekeluarga dengan harapan dapatlah berjumpa sikawan ini dengan berpakaian pengantin……musti hensem…..kuikuikui prinsip aku laki bini……pasti datang walaupun lewat….biar lewat asal datang….
Laki aku yok yok jer bawak hadiah ngan senyum yang paling lebar nak jumpa kawan lamanya ni….
Waktu menunjukkkan pukul 5 petang
Laki Aku : “semekkum….
Tuan Tanah : ” walaikumsalam……masuklah……
Laki Aku : “si polan ada tak……??
Tuan Tanah : “ohhh….si polan takde pergi outdoor photoshoot kat putrajaya…..
Laki Aku Dan Aku : “pulak……
Masa tu aku ngan laki aku terus mengeluh…..dalam hati dan otak dah macam2 pikir…..nak makan pun macam tak berselera tau…..!! tapi dah tuan tanah tu yok yok oll suruh kitorang makan kitorang makan aar jugak….kang kecik plak buah pinggang tuan tanah tu……
Kusangkakan kitorang jer yang hampa tak dapat jumpa pengantin ….rupak2nya ada lagi yang hampa dan hampeh….itu yang datang awal dari kitorang tau…….
Apa yang menjadi isu nya ialah…..tak sapa pun kisah itu pengantin mau photoshoot kat mana2 sekali pun….tapi pastikanlah majlis dah selesai…..ini lepas bersanding dah makan2 beradap….blah camtu jer…..kalau dekat takpe gak aar……apa kes rumah kat kg.kuala sungai baru pastu pergi photoshooot sampai ke putrajaya……!!!……..idakler aku jeles….takder maknenya maaa…….
Zaman aku dulu jadi pengantin la kannn……aku rasa ramai gak yang kena camni……habis majlis…..amik ko laki bini kena cuci periuk belanga kawah yang besor2…….masa majlis kolah ratu dan raja…..habis majlis terus jadi pencacai……..La…ni dah terbalik…..sedangkan ada beberapa sepupu sepapat si pengantin pon macam bengang aar….pengantin lebih rela gi photoshoot jauh2 dari tolong kemas2…..apatah lagi nak mencuci segala peralatan sewaktu meraikannya…..tak patut sungguh…..
Ekceli yang ni bukanlah pengantin pertama yang aku pergi ada sesi outdoor photoshooot…..ada banyak lagi dari tahun lepas…..tapi diorang taklah gila glamer nak pergi jauh2 sampai meninggalkan majlis sendiri…..ada takder pun depan rumah ker kat tepi2 rumah jiran ker…..so bila ada tetamu datang bolehlah berenti jap pastu jumpa tetamu dan ucap terima kasih sebab sudi datang…..yang semalam tu memang haru lahhhh……no manace….!!!! omputih kalau khawin nak amik2 gambo pun takdelah sampai tinggalkan majlis…..
Sampai laki aku kata…..kalo lah tau pengantinnya takder…..baik tak yah datang…..wasting time and money also the present…..no more joy…….
Harap2 kekal bahagialah hendaknya si pengantin itu……kalau tak……sesialah hangpa pi jauh2 ambik gambo, tapi gambo hanya tinggal gambo……huehuehuehue
Peace…..!!!!
sekarang sebab photographer set kan time….lebih dari time kene bayar lebih RM…macam my kes, 1 jam kene tambah RM300…
tapi sebab nakkan jugak photographer tu, tinggalkan je majlis..tp kariah situ memang akan selsaikan sampai habis majlis…so takla rasa ralat sangat…on hubby side pun sama…tapi jgn tak tau..periuk belanga semua dah siap menanti utk dicuci tau!…haa….jgn memain…
sebab tu masa kenduri kendara org lain, sama2 membantu menyinsing lengan, so masa kenduri kita ada kelonggaran
uiissshh, tetibe rasa tak sabar nak kawen!!!
huuuuaaa…
tapi betol ah tak pyh la cam nih kan, orang time wedding tuh dok jep la kat umah…
kan besh, jumpa org2…
what to do, zmn skg len…
mcm2 ada.. heee~