Sabtu lepas aku berkesempatan bersama 4 blogger KBBA9 iaitu YB Shehan , Nina Mirza , Tati Mansur dan Inspektor Mama @ Ummi Nani untuk mencuba hidangan di Whip and Whisk Cafe yang teretak di Persiaran Alam Damai , Cheras .
Suasana sewaktu kaki melangkah masuk ke cafe sangat selesa dan amat menenangkan hati dan perasaan walaupun pertama kali jejak .
Pelanggan juga bebas untuk memilih tempat duduk yang disukai seperti duduk di ruang berhampiran dengan rak buku atau jika datang berkumpulan pelanggan boleh memilih untuk duduk di meja panjang .
Kerusi untuk kanak-kanak bagi pelanggan yang membawa anak kecil juga ada disediakan.
Antara 7 sebab kenapa korang kena cuba datang makan kat sini
- HARGA YANG BERPATUTAN
- PELBAGAI PILIHAN ROTI DAN CAKE YANG BEST
- FRESH HOMEMADE ROTI DAN CAKE
- SEDIA MENERIMA TEMPAHAN
- RUANG CAFE YANG SELESA
- 100% BUMI & HALAL
- FREE WIFI

morning with coffee
RUANG PARKIR PERCUMA
Selain disebabkan sebab-sebab yang diatas , apa yang membuat aku memilih untuk ke sini juga disebabkan ruang parkir yang mudah didapati dan PERCUMA!
SARAPAN ? LUNCH ? HI TEA ? DINNER ?
Haa inilah juga antara kelebihan memilih cafe seperti ini. Kita boleh datang bila-bila masa sahaja yang kita suka untuk menjamu selera.
Mungkin datang untuk bersarapan , mungkin boleh datang untuk makan tengahari atau santai-santai petang hingga ke malam hari.

OREO COOKIES SLURPEE
CREAM PUFF RM1
Pernah dengar tak mana-mana cafe jual cream puff serendah Rm1 ? kalau nak tahu kat sini ada .
Memang hot sale cream puff kat sini nampaknya.
HIDANGAN LARGE PORTION WAJIB CUBA
Antara hidangan bersaiz besar yang korang boleh cuba ialah Parmesan Chicken Cheese, hidangan terdiri dari bebrapa ketul ayam yang digoreng , sosej bersaiz jumbo , kentang wedges , salad dan juga bun homamade kemudia di tuang sos keju parmesan yang banyak.
Bagi aku dengan saiz hidangan dan harga yang sebegitu memang agak berbaloi.
Lagi satu hidangan yang korang kena cuba juga ialah Salted Egg Pasta with Crispy Calamari
Hidangan ni penuh dengan sos yang creamy dan gegelang sotong besar yang rangup .
HIDANGAN ON DEMAND
Ini juga antara salah satu kelebihan yang terdapat di Whip & Whisk .
Menurut Kak Pah ( Pemilik Cafe Whip & Whisk ) Chef mereka juga bersedia untuk menyediakan hidangan yang tiada dalam senarai menu.
Contohnya hari tu aku minta hidangan Chicken Cordon Blue. Oleh kerana menu yang aku minta tiada dalam senarai makanya aku harus membuat tempahan menu yang aku nak paling lewat sehari sebelum.
Haa bestkan kalau ada cafe yang sudi sediakan makanan kesukaan kita. Kalau korang nak tahu Chicken Cordon Blue juga sebenarnya antara hidangan western kesukaan aku.
So kalau korang nak cuba pelbagai hidangan western dan roti homemade yang dibuat setiap hari , sila buat kunjungan mesra di :
WHIP and WHISK BAKE SHOP & CAFE
ALAMAT : 52-G, Jalan Damai Raya 2, 56000 Alam Damai , Kuala Lumpur,
PHONE : 03-9107 3987
INSTAGRAM : @whipandwhiskkl
FACEBOOK : Whip and Whisk Bake Shop & Cafe
WAKTU URUS NIAGA : 10am – 11pm ( Tue – Sun )
WAZE : whip and whisk alam damai
DEWAN KHAWIN DAN SERBAGUNA DI CHERAS SENTRAL
Sebelum terlupa, aku juga nak bagitahu yang jika korang dalam kawasan Cheras dan sedang mencari dewan yang selesa untuk sebarang majlis termasuklah perkhawinan , korang boleh cuba gunakan perkhidmatan Sireh Pinang Banquet Hall yang terletak di Level 9 Cheras Sentral.
Pelbagai majlis keramaian seperti wedding , aqiqah , cukur jambul , reunion , hi – tea , dinner , press conference ataupun fashion show juga boleh dilakukan di dewan ini
Menurut Tuan Jaafar pemilik Sireh Pinang Banquet Hall , pentas yang terdapat di situ adalah sejenis pentas yang boleh diubah suai mengikut bentuk kesesuaian majlis dan kehendak pelanggan.
Setiap sudut yang jauh dari pentas juga ada disediakan monitor supaya tetamu yang jauh dari pentas tidak ketinggalan menyaksikan apa yang sedang berlaku dibahagian hadapan.
Sound system pun sesedap telinga mendengar dan paling utama dekat dengan parking di level 9.
Bagi aku Sireh Pinang Banquet Hall ni memang dewan serbaguna yang amat strategik berlokasi di Cheras Sentral.
SIREH PINANG BANQUET HALL
ALAMAT : LEVEL 9 , CHERAS SENTRAL
FACEBOOK : Sireh Pinang Banquet Hall
INSTAGRAM : @sirehpinanghall
PHONE : 019-3165566 ( En. Shaiful )
Makanan kat situ memang sedap. Teringin plak tgk pasta tu, yummy!
Dah rasa dan memang sedap! Recommended sangat Salted Eggs Crispy Calamari tuuu..!! Serius kena cuba tau
Nanti kita pi lagi makan sana eh… Tak puas laa ritu. Huhuuu
Pasta tu bes. memang tak kenyang makan hari tu.. hahaha.. nak lagi
tengok pasta tu cm menarik je. selalu kalau cafe jual pasta bukan semua pasta sedap. hehehe. dekorasi je lawo.
Cantik cafe ni.. ai memang suka cafe lawa.. hahaha
Oreo cookies tuu… yummmmssss
macam mana nak diet ni kaklongggg, hahaha
Tempat dia best kalau nak bersantai dengan kawan-kawan. Salted egg pasta tu memang sedap. Wajib order kalau ke sana lagi.
salted egg dan air menarik perhatian ku..hehehe..
Teringin nak makan lagi disini.tapi isnin jer cuti. dah 2x plan nak p x jadi