Blog ini mencatat sejarah dimana bermulanya perjalanan seorang lagi khalifah :-
Ini cerita pasal aku yang dah macam 69 99 96 66….serba kelam kabut semalam dibuatnya…..aku sampai tak tahu camner nak citer kat korang….takutnya korang tak paham….kang ada plak yang amik dadah….sebab nak paham…naya guekkk…!!!
Cerita ni terjadi pada hari Jumaat bertarikh 10 Disember 2010 bersamaan 4 Muharram 1432 hijrah….jam melewati pukul 4 petang….
Waktu itu aku sedang sibuk ngadap laptop….aku tengah melayan sudoku….games peberet nih….dalam pada itu….aku dengarlah…mil aku sil aku dan anak buah aku tengah bising2 kecoh sebab salah sorang sil aku dah sakit perut sebab macam dah sampai masa nak bersalin….aku buat dono sebab org lain pun dah ada untuk sibuk2…..walaupun mata aku mengadap laptop….jari aku tak tertekan nombor sudoku….aku cuba mengawal rasa gundah kerana aku tahu macamana berdebarnya nak menunggu saat2 kelahiran seorang bayi….aku punya debar…gelisah dan resah tak dapat ditenangkan oleh sudoku yang minta diisikan nombor….lagi2lah bila anak2 buah aku asyik keluar masuk rumah dan cakap….”mak teh dah tahan….mak teh dah sakit sangat tu….”dialog tu jer yang aku dengar dari mulut anak2 buah aku…..
Arghhhh….dalam hati aku berkata…..apahal sebenarnya ni…..?? apsal tak pegi spital lagi…??? rupa2nya sil aku dah tak tahan nak bersalin… suaminya pun baru balik dari kerja walupun belum sampai masa balik….baru naik kereta jer sil aku dah meneran….so mak aku kata nampak gaya tak sempat nak bawak gi hospital …..dalam pada tu aku sempat menelefon hospital terdekat supaya datang segera untuk memberi bantuan…..dalam aku bertalifon….aku dah nampak rambut baby….masa tu kat situ takder sapa2….kecuali suami sil aku….mak aku ngan sil2 aku yang lain pegi mana pun aku tak tahu…..apa yang penting aku kena tolong sambut dan sokong sil aku untuk bersalin dengan selamat….
Perghhh….aku rasa macam grey’s anatomy lah plak masa tu….aku cuba bertenang….aku beri sokongan penuh pada sil aku untuk meneran….dengan segala kudrat yang ada sil aku meneran…..dialog biasa yang aku dengar waktu aku bersalin itulah yang aku cakap balik kat sil aku…..”ok kak sikit lagi kak….teran kak….bukak kangkang luas2 kak….sikit lagi…. sikit lagi…..teran…..alhamdulillah……”alhamdulillah juga….aku berjaya menyambut seorang bayi…bayi perempuan….menangislah si kecil itu apabila ia keluar dari karung keselesaanya selama 9 bulan yang lepas…..tertumpah langsung rasa kasih dan sayang aku padanya…..aku dakap aku rangkul aku bersihkan wajah nya dari kekotoran dan membalutnya dengan sehelai kain batik agar dia tidak kesejukkan…..selepas itu aku berundur dan memberi peluang kepada mak aku plak untuk me’nyetelkan uri….padahal sebelum masa tu….aku menggigil giler bila dengar sil aku dah nak bersalin…..
Entah datang dari mana semangat dan ketenangan untuk aku menghadapi situasi yang biasanya aku berada ditempat sil aku bukan didepannya…..terus terang aku katakan yer….aku ni mabuk darah….sedang aku tengok arnab kena sembelih berdarah-darah dah buat aku hilang tenaga dan muntah2 yang melampau….inikan nak sambut bayi…..biasanya aku yang keluarkan bayi….ehehehehehe……menyambut mana pernah…..
Yang best nya settle jer aku sambut baby…..aku pun terus muntah2…..hahahahaha……padahal aku masa tu jadi cam bidan kampung jer….terjerit jerit bagi sokongan kat sil aku ngan mengarahkan apa yang patut dibuat oleh asistan2 aku…..ohohohoho
Mil aku pun tak bleh nak keluarkan uri…jadi selepas baby keluar aku ngan sil aku punya suami ngan ada satu lag biras pompuan bawak sil aku gi linik desa…..sampai sana kitorang angkat tangan dan serahkan pada yang pakar…..lepas uri keluar…pastu stich….semua buat dalam kereta…..pastu rehat jap kat klinik….pukul 6 suku baru balik rumah…..
Settle satu hal…malamnya plak….aku pegi amik jamu kat sungai kandis….yelah patutnya due date sil aku bersalin 16 Disember….kurang 6 hari tarikh due dah sil aku bersalin plak….dalam kereta pulak tu….so aku pegilah tolong amikkkan…..balik dari sungai kandis….mak aku cakap kat aku yang sil2 aku yang lain bawak anak2nya gi berkhatan/bersunat…..adoyaiii malam ni jugak buat ker….siang2 tak bleh karrrr……hadoi hadoi…..yang bersunat tiga org sekali….sorang darjah 1…dua orang lagi darjah 3….dah kelam kabut lagi malam tu…sebab masa balik dah ada yang nangis jer….yang ada bapaknya macam nak pengsan pun ada….bebudak tu nagis mestilah sebabnya sakit….bius dah habis……isy…isy….isy….kesian ada geli hati pun ada…..yelah mana taknya…. satu hari tu semuanya jadi kisah…….
Aku kepenatan ya amat…tapi ku gagahkan diri untuk mencoretnya…..satu hari nanti pasti ia akan menjadi kenangan sejarah bagaimana ianya bermula…..kita ni makin lama makin tua…..bukan semua benda atau perkara kita boleh ingat….so sementara aku masih ada dan masih belum hilang ingatan eloklah aku blogkan…..esok2 aku boleh baca dan senyum2 sendirian…..
Dalam kepenatan aku tetap senyum dan gembira…..
Bait2 senikata lagu dari The Zikr yang aku dengar semalam amat2 menyentuh perasaan ku…..
Tuhan
Dosaku menggunung tinggi
Tapi rahmatmu melangit luas
Harga selautan syukurku
Hanyalah setitis nikmatmu dibumi
Tuhan
Walau taubat seringku mungkir
Tapi pengampunamu tak pernah bertepi
Bila selangkah kurapat padamu
Seribu langkah kau rapat padaku…
Allah……
Comments