Hai korang ! kali ni aku nak ajak korang sembang pasal satu produk khusus untuk penjagaan bahagian intim wanita.
Soalan aku ialah perlu ker kita ni wanita-wanita terutamanya yang dah berkahwin ni gunakan pembersih untuk bahagian intim ?
Haa jangan skip baca yer !
Untuk pengetahuan korang , ianya PERLU SANGAT terutamanya selepas bermulanya kedatangan haid yang pertama. Masa itulah bahagian intim wanita perlu dijaga dengan baik untuk memastikan ianya sentiasa bersih.

Oleh kerana ada dikalangan wanita bila datang period darahnya berbau hanyir. Sebab itulah diwujudkan Feminine Hygiene Wash. Jangan kata tak penting yer, zaman anak dara pun dah kena jaga apatah lagi dah masuk alam rumahtangga lagilah kena sentiasa jaga.
Untungnya zaman ni semua dah senang dah mudah. Tinggal beli dan guna. Kalau zaman aku remaja dulu aku ingat lagi kena siapkan sebaldi air yang ada limau nipis dengan daun sirih. Air tu nanti buat cebok dan basuh bahagian intim.
HYGIENE WASH MANA SATU YANG SESUAI DENGAN KITA ?
Cosmoderm ada keluarkan 2 produk Hygiene Wash , 1 khas untuk remaja dan satu lagi khas dan boleh dikatakan lebih sesuai untuk wanita yang dah berkahwin. Yang aku nak kongsi dengan korang ni ialah pembersih intim untuk wanita seperti aku , iaitu yang dah berkahwin dan beranak pinak gitu.
Dulu aku tak berapa suka nak pakai sebab banyak mitos mengatakan bahawa hygiene wash ni akan mengeringkan lagi bahagian intim wanita dan akan menyebabkan macam-macam kesan sampingan yang tak elok.
Soalnya iyer ker ?
Tu yang bila aku dah baca bahan kandungan yang terdapat dalam Manjakani Hygiene Wash Cosmoderm ni , aku tak ragu-ragu nak guna sebab bahan dia memang sangat tradisi dan selamat untuk digunakan walaupun setiap hari.

TERSALAH PILIH PEMBERSIH BAHAGIAN INTIM , AKIBATNYA..
Sebelum tahu pasal Manjakani Feminine Hygine Wash Cosmoderm nih memang aku ada guna feminine wash yang lain. Akibat salah pilih produk yang tak sesuai bahagian intim ko akan jadi terlebih kering sebab bahan kandungan sabun dan pH yang ada tak sesuai untuk bahagian intim wanita yang sebenarnya sangat lembut dan sensitif dengan sabun dan haruman yang terlalu kuat.
Berbeza dengan Manjakani Hygiene Wash , bahan seperti Manjakani , Sireh dan juga Kacip fatimah yang ada dalam Manjakani Hygiene Wash Cosmoderm ni memang terbaik. Dulu waktu pantang pun bidan urut tu mesti rebuskan biji manjakani seperiuk untuk buat cebok pastu biji Manjakani yang dah rebus tu dia potong kecik-kecik pastu suruh aku makan. Katanya bagus untuk keringkan dan sembuhkan luka luaran dan juga dalaman.

Aku sendiri memang dah lama guna Feminine Hygiene Wash ni , dulu botol dia lain dan sekarang dah tukar packaging
Rasa tak bersih jer kalau tak guna pembersih bahagian intim terutamanya pada waktu period.
Yang dah bergelar isteri tu lagilah digalakkan guna supaya dapat jaga bahagian intim agar sentiasa berbau harum. Aku syorkan untuk korang guna terutamanya sebelum dan selepas bersama. Kalau nak asben korang sayang korang lebihlah….

KELEBIHAN MANJAKANI HYGIENE WASH
Pencuci intim wanita dengan 99% Manjakani dengan ektrak herbal tradisional seperti Sireh dan Kacip Fatimah untuk menajaga kebersihan dan kesihatan bahagian intim wanita.
- membantu mencerahkan dan menyamankan kulit di bahagian intim
- haruman yang lembut dan eksotik
- membantu meredakan iritasi kulit
- membantu mencerahkan celah peha yang gelap jika digunakan dengan kerap
CARA PENGGUNAAN
Tuangkan sedikit MANJAKANI HYGIENE WASH ke atas tapak tangan yang lembap. Bersihkan bahagian intim dengan lembut. Bilas dengan air.
MAKLUMAT UNTUK DAPATKAN PRODUK
Haa , tunggu apa lagi , segera dapatkan Manjakani Hygiene Wash dan Soothing Hygiene Wash Cosmoderm secara online di www.cosmoderm.com.my atau di outlet AEON Wellness, Caring, Watsons dan farmasi komuniti terdekat.
Untuk maklumat lanjut tentang produk , sila klik link yang diberikan :
Sambil-sambil tu jangan lupa usha dan
Facebook : https://www.facebook.com/Cosmoderm/
Instagram : https://www.instagram.com/cosmoderm/
Serious memang best manjakani ni..
Nina pun guna Cosmoderm Manjakani ni. Best!
Nina Mirza recently posted…Puashati seyhhh facial muka di SPA SKIN VALET BANGI
memang sentiasa jadi feveret kalau ada manjakani…bau pun wangi heheheh
Manjakani mmg diakui terbaik .. tambah2 bila ada dalam produk pembersih wanita.
I memang dah lama guna Manjakani hygiene wash Cosmoderm ni. Best! Rasa fresh ja.
Mama Kembar Tiga recently posted…Pusat Sains Negara Tempat Yang Menarik dan Murah!