Masa mula-mula incik boss bagitahu yang  gambar untuk sesi Photoshoot Raya 2017 untuk Kelab Blogger Ben Ashaari kali ni akan di ambil oleh Photog Profesional Wan Izhar Abu Bakar , aku pun kata ok jer boss janji ada gambar .

Lepas tu aku pun google serba sikit pasal beliau sebab nak tahu siapa dia Wan Izhar yang boss aku selalu up kat group hampir setiap hari .

Rupa-rupanya tu dia aihhhh , berpeluh terus tapak tangan lepas tengok gambar-gambar hasil “tembakan” dari beliau . Hampir-hampir aku nak tarik diri dari sesi photoshoot kali ni pun ada sebab rasa rendah diri dan sedar diri tak lawa dan tak pandai bergaya seperti model .

Siap nak bagi alasan apa kat boss pun aku dah pikir , “boss sori tak dapat datang ..sakit perut ..”ehehehehe bijak tak ?

Nasib aku gigih join jugak sebab aku rasa aku perlu sangat ada gambar dari photog profesional cam Wan Izhar .  Kalau tak memang aku akan rugi dan nangis tengok kawan-kawan lain up gambar diorang yang cun-cun dan vogue pada hari tu .

Siapa Wan Izhar ?

Kalau boss aku tak kenalkan , memang aku tak kenal siapa dia Wan Izhar Abu Bakar . Almaklumlah , aku ni bukan terdedah sangat pun dengan dunia-dunia photog nih walaupun aku minat . Tapi bila dah tahu barulah kau nak ternganga .

Untuk pengetahuan korang Wan Izhar Abu Bakar memiliki 20 tahun pengalaman dalam bidang seni fotografi dan beliau juga adalah pemilik studio yang diberi nama ODS Studio . Kalau melihat dari gambar-gambar yang di google , korang boleh tengok sendiri bertapa ramai artis-artis dan orang-orang ternama menggunakan khidmat beliau .

Beliau bukan sahaja pakar dalam mengambil gambar orang tapi juga pakar mengambil gambar subjek .

Antaranya Akim & The Majistret , Stacy , Arja Lee , Bront Palare,  Tiara Jacqualine , Camelia , dan lain-lain artis . Pada tahun 2014 pula Wan Izhar juga telah memenangi Anugerah Industri Muzik ( AIM ) bagi kategori Cover Album Terbaik untuk artis Stacy  .

Tahniah Wan Izhar walaupun dah 3 tahun berlalu . Mesti itu kenangan paling sweet kan ? sebab hasil kerja kita dihargai . **ecececeh …aku tulis macamlah dia tengah baca blog aku …verangannn jer aku

Pandangan Peribadi Aku Tentang Wan Izhar Abu Bakar

Walau tak sampai sehari kenal tapi secara peribadi apa yang aku nampak itulah yang aku tulis . Kerja yang paling penting bagi Wan Izhar Abu Bakar ialah kualiti . Dia juga seorang yang sangat menepati masa walau apapun situasinya . Macam hari tu , jadual sesi photoshoot patut mula pukul 9 pagi tapi tertunda sekejap disebabkan hujan .

Walaupun ada sebahagian blogger belum siap di make over , Wan Izhar dan kru’nya dah terpacak kat kawasan muzium sebelum jam 9 pagi lagi .

Aku hanya mampu melihat sahaja kerja-kerja beliau dan kru’nya kesana-sini membuat persiapan untuk mendapatkan shot-shot terbaik . Mula-mula aku gigih gak follow beliau ke sana -sini yang berpindah-pindah tempat . Kejap kat rumah ni kejap kat rumah nun kejap kat tengah kejap kat tepi rumah kejap kat atas rumah , kejap bawah rumah kat pokok pun semua dia pergi .

sabar dalam memberi arahan kepada model kecik kat atas rumah…**ekekeke

siap panjat tangga gitu…**jaga cik salmah jangan terjun tingkap ok

Last-last aku surrender . Tak larat bhai nak follow dia yang bagi aku sangat-sangat aktif . Aku yang tak berapa buat kerja ni pun dah togok air mineral berapa botol .

Ada gak dalam hati aku kata , dia ni tak reti penat ker apa ? Sepanjang sesi fotografi tu dia hanya berhenti untuk makan dan solat sahaja , then sambung kerja balik . Aku nak ajak selfie dengan dia pun segan sebab dia macam tak reti berhenti buat kerja dan aku pun tak nak ganggu kerja dia .

peramah betul diorang , muka pun tak ketat walaupun penat …..respekkkk

Yang paling aku perasan , dia ni kaya ngan senyuman walaupun aku tahu dia pening dan penat nak ambik gambar 40 orang blogger yang bersepah-sepah pada hari tu . Sampai petang gak aku lepak kat Muzium Warisan Melayu UPM Serdang tu memerhatikan kerja dia .

Aku dah balik pun dia tak balik lagi . Bagi aku dia juga tak mudah puas hati dengan hasil sekali dua shot .

Kesungguhan dia memberi hasil terbaik memang betul-betul buat aku respek . Bukan aku jer yang nampak ke’komited”tan dia tapi majoriti blogger yang ada pada hari tu semua cerita benda yang sama .

Apa Kata Blogger KBBBA9

Afiq Halid 
YB Shehan 
Shiqeen Sattar
Hanani 
Umminani 
Kecik

Ni baru entry part 1 , ada banyak lagi cerita aku nak kongsi ngan korang tau . Jangan lupa subscribe blog aku yer . Aku pun tahu ramai yang nak tahu siapa yang taja MUA , Baju dan Shawl yang aku pakai pada hari tu .

Tu semua adalah koleksi untuk raya tahun 2017 nih . InsyaAllah aku akan updet secepatnya supaya korang boleh cepat-cepat grab atau tempah benda yang sama macam aku .

Bila Kayu Bergaya 

Walaupun gaya aku memang agak kayu sebab segan nak bergaya , tapi sebab dia profesional maka terhasilah gambar yang agak senonoh sikit untuk aku .

Nak harap korang ambik ? jadi tu jadi tapi tak semenggah betul gayanya ….yang aku heran sempat lagi korang kandid gaya samseng kak long kawasan nih .

Hilang terus keayuan dan kesopanan aku , adehhhh . **ahahahahaha

kena reject terus kalau client tengok gaya kak long kawasan camni

tapi bila aku buat muka sweet camni ….meleleh air liur inchik dd….katanya cantiknya macam nak gi menikah …ekekeke

Sabar Menantikan Hasil Sentuhan Wan Izhar Abu Bakar

Aku tahu korang memang tak nak tengok gambar aku yang dari Wan Izhar kan ? ehehehehe ….ada jer , tapi kenalah tunggu . Bagi diorang touch up sikit supaya hasilnya nanti meletop kebabom . Tapi sempat gak ahh aku tengok sikit hasil photoshoot hari tu .

Yang tak touch up pun dah wow apatah lagi hasil selepas diberi sentuhan studio . Memang bertambah vogue kau… **haishhh tak sabar betul rasanya

Kalau ada rezeki aku pun teringin jugak nak pergi jejak dan tinjau-tinjau studio dia . Nanti nak cuba tanyalah boleh ker tak buat lawatan singkat kat ODS Studio ,  sebab aku tak pernah tengok studio ambik gambar tu macamana ghopanya , tu yang ada macam batak sikit . **ehehehehehe

Apa yang dia berikan pada hari tu pada aku dan keseluruhan team photoshoot blogger sangat-sangat aku hargai dan akan terpahat dalam sejarah Kelab Blogger Ben Ashaari sebagai sesi photoshoot raya kelab yang paling meriah dan berjaya setakat ini .

3 orang kuat yang ada peranan masing-masing…apa dia ? biarlah rahsia…ahahahaha

Tahniah boss Ben Ashaari sebab berjaya menyatu padukan kami dengan pelbagai aktiviti . Dari alam maya bertemu di alam nyata .

So kalau korang nak nak ambik gambar portfolio , outdoor atau studio yang cantik-cantik dan gorgeous , korang boleh usha kat sini :

ODS Studio ( Photography & Design Studio )

Wan Izhar Abu Bakar ( Creative Director )

Alamat : E-2-2A Block E , Jalan PJU 1A/20G , Dataran Ara Damansara , Ara Damansara , 47301 Petaling Jaya

Phone : 03-78317660

Email : the.oneizhar@gmail.com

Website : https://odsstudio.com

Facebook : Wan Izhar Abu Bakar

Instagram : @wanizhar

Categorized in: