Assalamualaikum
Alhamdulillah , alhamdulillah alhamdulilah . Walaupun ujian demi ujian datang silih berganti tapi ketetapan dari Allah SWT mengaturkan perjalanan aku dan dd ke tanah suci adalah kenangan yang sangat-sangat indah yang tak mungkin dapat dilupakan sampai bila-bila.
Bukan mungkin , tapi aku yakin yang Allah nak aku lalui satu perjalanan yang agak mencabar sebab Allah tahu hambaNya seorang ini memang seorang yang sukakan cabaran .
Diuji tahap keyakinan dan kesabaran hambaNya untuk datang ke rumahNya . Adakah ianya kesungguhan atau sekadar hangat-hangat tahi ayam .
Lutut siapa tak menggigil saat kedua kali diberitahu yang passport dd keciciran oleh ejen yang menguruskan visa .
Kali pertama diberitahu 5 visa dan passport masih dalam perjalanan ke KLIA . Waktu penerbangan asal pukul 3:00petang pun telah ditunda sehingga ke pukul 7:30malam .
Sempat rasa syukur dan bergembira dengan tawaran pihak travel yang menaik taraf seat jemaah dari economy ke bussines class sebagai tanda minta maaf atas kelewatan , tapi rupanya bukanlah rezeki aku dan dd untuk merasa .
Perkara luar biasa yang terjadi hanya disedari wakil pihak travel sewaktu hendak check in luggage di kaunter Saudi Airlines .
Aku yang dah jalan bersaing dengan Faiz Dickie menuju ke pintu imegeresen dipanggil balik disebabkan passport dd tiada dalam tangan wakil travel yang menguruskan tiket penerbangan aku .
Mana mungkin aku boleh berlepas ke tanah suci sendirian tanpa mahram .
Bila aku tanya kenapa aku dipanggil balik dan jawapan yang aku dapat itulah yang buat lutut aku serta merta terus longgar .
Tak terlintas langsung dibenak fikiran aku dan dd untuk katakan diorang cuai . Walaupun berkali kali wakil travel meminta maaf dari aku . Tapi tak sedikit pun aku ada rasa nak persoalkan kenapa ianya boleh terjadi . Entahlah kenapa , waktu kejadian tu aku ngan dd sangat-sangat bertenang dan mengucap dengan yakin itu ujian dariNya .
Sedang aku dan dd nampak cool merenung lantai KLIA , tapi dalam hati siapa yang tahu . Aku cuma mampu berteleku muhasabah diri dalam hati mohon ampun dan maaf dariNya jika kejadian ini sebagai hukuman buat aku .
Terlalu berdosakah aku sehingga ENGKAU tidak sudi menerima kunjungan aku ke rumahMu ya Allah …?
Waktu tu aku sedar tiada kuasa yang lebih besar boleh lawan kehendakNya jika dia berkehendak .
Maka aku dan dd serahkan segalanya kepada DIA untuk menentukan samada aku dan dd layak atau tidak datang kerumahNya .
Menanti Keajaiban
Dengar azan solat Maghrib aku dan dd pergi ke surau untuk solat . Kata dd …”jomlah kita solat dan berdoa banyak2 kepada Allah , mana tahu berlaku keajaiban”. Aku jawab “insyaAllah …”
Walaupun melangkah ke surau dengan kaki yang lemah longlai tapi putus asa tidak sekali . Aku tetap mohon dan berdoa semoga Allah beri aku peluang untuk kesana .
Pulang dari surau , wakil travel bagitahu yang passport dd dah dijumpai dan diorang sedang usaha beli tiket untuk terbang malam tu jugak dengan Saudi Airlines . Cuma kurang bernasib baik sebab Saudi Airlines tidak buat penerbangan tengah malam dan tiada penerbangan lagi yang kosong dan wakil travel usaha booking pula penerbangan lain yang hanya ada pada esok pagi .
Waktu tu aku cuma mampu ucapkan syukur dan alhamdulillah walaupun ianya esok , walaupun hanya kelas ekonomi dan walaupun terpaksa transit 2 jam di Dubai .
Jadi sementara tunggu esok dimana kami nak tidur . Takkan nak balik rumah ? Sekalil lagi pihak travel ambik tanggungjawab dengan menempah bilik di Hotel Sama-Sama untuk aku dan dd berehat sementara tunggu penerbangan esok pagi yang dijadualkan pada pukul 10:15 pagi .

keletihan …
Malam tu aku tidur dengan nyenyak walaupun sedikit ralat kerana tidak dapat bersama para jemaah yang lain . Bukan sebab tak dapat rasa naik bussines class tapi sebagai satu group yang kecil yang baru nak beramah mesra tapi belum sempat apa-apa dah terpisah .
Sekali lagi aku dan dd husnudzon dan percaya pada rancangan Allah SWT pastilah yang terbaik untuk hamba2nya yang bersabar .
Rasa teruja sangat kan ? sebab waktu tu kau dah tak boleh percaya sangat dengan perancangan yang bernama manusia . Termasuklah perancangan aku sendiri . Aku hanya tunggu rancangan suprise dariNya sahaja .

muka segar dipagi hari
KLIA – Dubai – Madinah
Bangun subuh dari katil Hotel Sama Sama dengan rasa segar . Aku dan dd pun dah bersiap -siap sementara menunggu wakil travel jemput untuk check out dan bersarapan .
Lepas tiket dan passport diserahkan , bermakna bermulalah perjalanan aku dan dd menuju ke Baitullah . Dan sekali lagi Allah aturkan perjalanan aku dengan cantik dan baik , destinasi aku dipendekkan dengan turun di airport Madinah bukan Jeddah seperti kawan-kawan yang lain .
Maka tak perlu untuk aku berpatah balik ke Madinah jika aku turun di Jeddah . Ambik masa 5 jam jugak tau kalau turun kat airport Jeddah untuk ke Madinah .

senyum….
Terasa macam pergi berbulan madu sebab hanya aku dan dd sahaja berdua tanpa jemaah tanpa mutawiff apatah lagi pembimbing travel .
Aku ingat ok jer transit kat Dubai tu . Macam tukar bas kekdahnya . Rupanya disitu ada surprise’nya lagi .
Kali ni lagi mencabar dari apa yang berlaku kat KLIA . Kurang-kurang apa yang terjadi kat KLIA masih dalam negara sendiri .
Tapi yang ni kat Dubai , negara asing bagi aku dan dd . Tempat tak pernah jejak tak faham sistem dan komunikasi juga kurang baik .
Nak tahu apa terjadi ? Baca sambungan kat sini : Pengalaman Tertinggal Flight Di Lapangan Terbang Dubai
perancangan Allah adalah sebaik-baiknya. untung kaklong dan DD..
kita hanya merancang..Tuhan yang tentukan..
Setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang DIA dah sediakan.. Allah nak bg Dila n Didi satu pengalaman umrah yang lain dari yang lain..
Tgh feeling baca tetiba rasa nak gelak tgk gambaq dd tidoq gaya gitu hahhaa. Ehhh cepat lah sambungan nya kak long oiiii
Hebatnya “suprise” dari Allah untuk akak dan suami. Semoga ujian yang datang menguatkan iman kepadaNya
Tak sabar tunggu surprise next cerita….
Cepatan kak Long..!!
nasib berdua..sesungguhnya Allah nak uji umatnya untuk bersabar. Akhirnya akk dengan abang dd selamat jua sampai kan
Pengalaman berharga ni kak
Berdebar juga kan kak bila berdua tnpa bimbingan… ni kisahnya macam mana boleh berdua je…
Untung ada teman kan kak… allah.. xth lah mcm mn perasaan bila jd mcm ni…
allene recently posted…GEMPAK GILER di Bangi Wonderland bersama keluarga