Sakit jantung jap baca komen yang aku jumpa dekat Page FB KKM. Dan ini komen seposen dari aku pesakit covid19. Jika ada kesalahan fakta mohon betulkan. Aku kongsi bukan sebab untuk korang kecam atas kejahilan dia. Tapi paling tidak ambilah tahu dan carilah kebenaran bukan jatuh hukum atau buat komen secara membuta tuli.
Banyak dah bekas-bekas pesakit covid19 kongsi pengalaman sakit mereka di media sosial. Takkan masih tak percaya dan nak kata ianya satu konspirasi ? Hadoii , ubahlah mind set tu sikit yer.
Baca : Pengalaman Dijangkiti Virus Covid19

1. Buat swab test pada yang sihat supaya kalau negatif boleh mula kuarantinkan diri , ketatkan SOP dan tingkatkan imun atau antibodi diri sendiri melalui pemakanan seimbang, ambil supplement dan start jaga kebersihan diri secara extra.
2. Lain orang/negara lain ujian. Kita diuji dengan penyakit dan mereka diuji dengan perang. Allah maha adil.
3. Kemungkinan besar dia buat swab test RTK bukan PCR. Ada yang buat RTK dapat result negatif tapi bila buat PCR dapat result positif. Swab test PCR lebih tepat dari swab test RTK. Masa DD mula2 ambik darah pun, doc tengok platlet DD rendah dan doc syak mungkin DD kena demam Denggi.
Sebelum tu lagi dah pun pergi klinik biasa dan doc kata DD mungkin demam urat. Bila buat swab test PCR dekat hospital barulah esoknya dapat tahu yang DD positif covid19.Kalau baru sehari dua baru ada kontak rapat dengan yang positif dan kita masih sihat maknanya kalau buat swab test memang akan dapat result negatif dan boleh cuba rawat diri sendiri sebelum bergejala atau jatuh sakit.
Sebab tu masa kita dah tahu kita jadi kontak rapat orang yang positif baru kita digalakkan buat swab test PCR selepas 5 hari sebab masa itulah gejala virus covid akan timbul. Lainlah kalau masa tu kita dah mula bergejala. Dijamin buat result swab test PCR akan positif. Aku sendiri buat swab test RTK dan dapat keputusan negatif tapi doc lebih ambik kira keputusan swab test PCR sebab lebih tepat.
4. Ada orang positif tapi tak bergejala langsung macam anak aku. Dan ini lebih berbahaya dari mereka yang positif dan bergejala. Mereka boleh diserang sakit bila2 masa sahaja. Tahu2 masa tengah berlari-lari jatuh pengsan. Rupanya dah kekurangan oksigen dalam darah.
5. Cirit-birit juga salah satu tanda anda sedang positif covid 19. Ada orang kena citit birit masa awal jangkitan dan ada orang semasa sedang dalam tempoh jangkitan dan ada orang setelah tamat tempoh kuarantin baru kena cirit-birit.
6. Tempoh 10 – 14 hari adalah tempoh virus hidup mengganas dalam badan seseorang. Dalam tempoh tu juga perlahan-lahan virus akan lemah atau mati dalam badan seseorang. Jika seseorang yang sedang sakit menjalani tempoh kuarantin berseorangan, ini bermakna virus tersebut akan mereput dalam badan anda sendiri tanpa dapat menjangkiti orang lain.
Tetapi jika orang yang sedang dijangkiti tersebut bertemu dengan orang lain yang masih belum dijangkiti itu bermakna kita sedang memberikan virus tersebut peluang untuk berpindah atau mendapatkan perumah baru untuknya. Sebab itulah perlunya mereka yang masih sihat belum bergejala berasingan dari orang yang positif dan kuarantinkan diri setelah kita dapat tahu kita adalah kontak rapat kepada seseorang yang telah disahkan positif covid19.
Laporkan diri terus kepada KK atau PKD berdekatan dan minta tarikh untuk buat swab test PCR. Selepas itu terus kurantinkan diri dan jangan berjalan2 kesana sini walaupun rasa sihat. Kemungkinan anda tidak dijangkiti tapi andalah pembawa yang akan memindahkan virus tersebut kepada mereka yang mempunyai tahap antibodi yang lemah.
7. Selepas seseorang sembuh dari virus covid19 dia akan imun terhadap virus covid19 lebih kurang 3 bulan hingga 1 tahun bergantung pada antibodi seseorang. Kerana itu pesakit covid19 hanya boleh divaksin selepas 3 bulan dari tarikh sembuh.
8. Kematian yang berlaku akan dilaporkan disebabkan covid walaupun seseorang itu mempunyai penyakit yang lain seperti kencing manis, darah tinggi , sakit jantung dan lain2 penyakit kronik. Tapi oleh kerana mereka yang berisiko tersebut telah dijangkiti covid19 maka kematian mereka akan disahkan kerana virus covid19 bukan kerana penyakit yang mereka sedia ada.
Kerana mereka yang mempunyai sejarah penyakit sedia ada lebih berisiko tinggi untuk meninggal dunia berbanding mereka yang tidak mempunyai apa2 penyakit. Sebab tu lah aku sampai kena serangan panik bila DD yang ada penyakit kencing manis, darah tinggi kemudian ditambah lagi dengan paru2 yang bleeding kerana virus covid19.
9. Aku sendiri dah saksikan bagaiman seseorang yang mempunyai penyakit berisiko dari wad normal terpaksa dipindahkan ke wad yang mempunyai bekalan oksigen kerana beliau menghidap sakit kencing manis dan kesihatan beliau semakin hari semakin merosot dan salah satunya paling dibimbangkan petugas kesihatan bila tahap oksigen dalam darah seseorang pesakit merosot sehingga memerlukan bantuan oksigen.
10. Tidak semua orang bernasib baik untuk sembuh. Ada yang semakin hari keadaan kesihatan mereka semakin merosot dan akhirnya membawa kepada kematian. DD sendiri yang duduk diwad telah menyaksikan 5 kematian pesakit covid dihadapan matanya.
Apa yang DD cerita dengan aku , malam tu ada seorang pesakit di wad bising-bising , paginya dah kena bungkus dengan plastik.
Tak mengapalah kalau ada yang masih tidak percaya yang virus covid19 ini BENAR.
Ianya sakit juga BENAR.
Boleh sembuh juga BENAR.
Boleh membawa kepada kematian juga BENAR.
Firman Allah yang bermaksud : “sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati (pula)” – Az Zumar : 30
“sesungguhnya kematian yang kamu hindari itu maka sesungguhnya kematian itu pasti akan menemui kamu. Kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang maha memgetahui perkara yang ghaib dan yang nyata. Lalu dia akan membwritahukan segala apa yang telah kamu kerjakan” – Al Jumuah : 8
“Allah lah yang menjadikan mati dan hidup supaya Diq menguji kamu siapakah antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun” – Al Mulk : 2
FOLLOW & SUBSCRIBE
Facebook : Saidila Abdul Rahman Instagram : Saidila Youtube : Saidila Lifestyle
Tu la ramai yang tak percaya kewujudan covid ni,bila ahli keluarga sendiri yang kena baru tahu peritnya nak terima kenyataan tu. Kalau sihat walafiat tu bersyukur la – itu rezeki yang Allah bagi, bukannya memperlekehkan rezeki tu. bila duk pertikaikan diri sendiri sihat walafiat tu namanya kufur nikmat
[…] Baca : Virus Covid19 Bukan Konspirasi Tapi Realiti […]
Susah nak cakapkan..yang kena tahulah sakit dia mcm mana.. Bg pendapat konspirasi tu cara dicipta virus ni dan cara sebenar tersebar.. Doakan kesihatan semua