Dari awal virus ni muncul aku percaya suatu hari nanti pasti akan ada penawarnya. Antara cepat atau lambat jer.

SETIAP PENYAKIT PASTI ADA PENAWARNYA

Alhamdulillah, akhirnya ada juga penawar untuk virus covid-19 ni. Tapi macam biasalah tak semua rakyat Malaysia setuju dan tak semua rakyat Malaysia menolak.

Aku pulak rakyat atas pagar. Menyokong tidak menolak pun tidak. Lebih suka tunggu dan lihat. Ambil jika perlu, kalau tak perlu maka tak payah ambik.

Hari ini dalam sejarah yang vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech telah selamat sampai ke tanah air tercinta. Besar harapan aku juga semoga ini menjadi lembaran baru buat umat dunia yang vaksin ini mampu mengembalikan kehidupan normal kita semua.

Tak dapat buat banyak dapat lakukan sedikit pun bersyukur dah.

Dalam masa yang sama jangan lalai dan leka apatah lagi kembali mengerjakan perkara yang sia-sia. Marilah kita sama-sama berubah menjadi manusia yang lebih baik dari hari yang sebelumnya.

PERJALANAN VAKSIN YANG AKAN TERCATAT DALAM SEJARAH

Kumpulan pertama vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech telah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) melalui penerbangan MH604 pada jam 10.00 pagi hari ini, dikendalikan oleh MABkargo Sdn. Bhd. (MASKargo).

Perjalanan vaksin ini dari kilang Pfizer di Belgium telah diuruskan oleh Pfizer dan DHL melalui perjanjian di peringkat global.

Vaksin ini berlepas dari Puurs, Belgium dan transit di Leipzig Halle Airport, sebelum meneruskan perjalanan ke Singapura untuk pengedaran ke negara-negara Asia Pasifik lain, termasuk Malaysia.

Vaksin ini (312,390 dos) diterbangkan dengan penerbangan Passenger-to-Cargo (P2C) menggunakan pesawat Airbus 330-300.

KETIBAAN VAKSIN DI MALAYSIA

Setibanya di Malaysia, pengedaran vaksin dikendalikan oleh DHL Express, yang juga merupakan ejen yang telah dilantik untuk pengedaran vaksin Pfizer-BioNTech di peringkat global.

YB Menteri Kesihatan Dato’ Sri Dr Adham Baba, YB Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin dan YB Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong, Dato Mohd Shafiq Abdullah, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dan pegawai-pegawai tertinggi dari KKM, MOSTI dan MOT hadir sama menyambut ketibaan pertama vaksin Pfizer-BioNTech ini.

MENGENAI VAKSIN COVID-19 YANG DIPEROLEHI MALAYSIA

Vaksin Pfizer-BioNTech adalah vaksin pertama yang telah memperolehi kelulusan bersyarat daripada Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) dan NPRA pada 8 Januari 2021 lalu.

Sehingga Februari 2021, Malaysia telah mendapat akses bekalan vaksin COVID-19 sebanyak 66.7 juta dos melalui Fasiliti COVAX dan pembelian awal daripada 5 pengeluar vaksin COVID-19.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mewakili kerajaan telah memeterai perjanjian dengan Pfizer (Malaysia) Sdn Bhd pada 11 Januari yang lalu untuk pembelian vaksin ini, setelah memulakan perbincangan pada penghujung tahun 2020.

FASA PROGRAM IMUNISASI COVID-19 KEBANGSAAN DAN KUMPULAN SASAR

Malaysia akan memulakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan pada 24 Februari 2021 (Rabu ini).

Program ini akan bermula dengan suntikan sulung yang akan diterima oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin dan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah bersama petugas barisan hadapan.

TIGA PERINGKAT PROGRAM IMUNISASI

Fasa 1 (Februari – April 2021) – petugas barisan hadapan.

Fasa 2 (April – Ogos 2021) – warga emas berumur 60 tahun ke atas dan golongan berisiko tinggi.

Fasa 3 (Mei 2021 – Februari 2022) – penduduk di Malaysia berumur 18 tahun ke atas.

JURUTERBANG MAS YANG MENERBANGKAN PESAWAT BERISI VAKSIN PULANG KE MALAYSIA

Terima kasih kepada Kapten Hamdan Che Ismail. Beliau adalah orang bertangungjawab yang menerbangkan pesawat A330 MAS yang membawa pulang vaksin pertama COVID-19 ke negara kita.

Kapten Hamdan berasal dari Tumpat, Kelantan. Beliau sudah 29 tahun berkhidmat dengan MAS. “Saya amat terharu kerana dapat menjadi sebahagian daripada acara penting negara pada hari ini” ujarnya.

INSYAALLAH MALAYSIA BOLEH !

Categorized in: