Assalamualaikum….—> tak jawab dosa…jawab menggatal <— budak2 dulu punya style —> jangan ditiru tau….

Aku pengguna iphone 3gs…itupun setelah inchik dd yg belikan….kalo tak aku still pengguna setia nokia…lepas guna iphone 3gs….sumpahhh dah tak pandang nokia…hohoho sungguh kacang lupakan tanah… version iphone 3gs aku hanyalah ios 4.2.1… dek kerana aku ni agak geratil maka aku cubalah nak upgrade 3gs aku dari ios 4.2.1 ke ios 5….itupun setelah berpuluh kali aku baca post yg sama dan nampaknya ios 5 lebih osemmm dari version yg 3gs aku ada…sebenarnya…ios 4.2.1 ni ok dah berbanding abang ipar aku punya…dia pun guna sama macam aku iphone 3gs…tapi version ios 4.1….maknanya lebih tak best lebih lembab dan lebih lembab giler…. walaupun dia iphone 3gs dia baru aku punya plak iphone seken tapi version ios’nya better sangat dari dia….hihohiho
Aku bukan nak cer pasal baru lama tepon tu tapi pasal version ios tu….makanya aku pun buat seperti mengikut arahan yg ada….sumber banyak beb…tapi ada yg tak faham….persembahana ayatnya aku tak boleh baca dan terima…pening….tetiba tah camner aku jumpa satu blog ni…oklah aku baca semua…hurmmm senang jerrrr….blablabla aku baca semua aku cubalah untuk lakukan sendiri…first time nihhh…selama ni aku hantar kat kawan aku yg kat selayang tu….dia memang pakar…bagi aku dia umpama tabib software….yg tak boleh jadi boleh…yg lembab dilajukan yg panas disejukkan yg takder boleh jadi ada….tinggal cakap jer nak komputer/laptop/notebook/pda/ipad/iphone/telefon dan segala jenis gajet yg perlukan rawatan software…dia boleh selesaikan…ohohohoho aku sunguh kagunm dengan kehebatan dia mengendalikan gajet….tapi dek kerana masa inchik dd agak terbatas….( siang pengsan malam gi kerja….) hasrat murni dan cita2 aku untuk meminta bantuannya pun terkandas…tapi takperlah….cuba dan belajar sendiri….tak berjaya jugak nanti baru aku persembahkan padanya…
Ishhhx33 aku ni selalu tersasar dari tujuan sebenar….hurmmm sambung balik….pastu aku pun buat seperti yg diarahkan…dari backup sampai dah sync semua okay…..tetiba jer sampai masa nak update ios…keluar plak error….errror 3194…ahhhh sudahhh…lebih 5 kali aku buat…error jugak….aiiii gibab jugak aku dibuatnya….dalam hati berkata-kata jugak….kapok’kan ajer diri sendiri….takperlah….try n error…mistake make perfect…aku kaji dan cari gali sumber lain dan fahami step2nya…huhhhhh patutlah….salah sendiri sebab bergantung dan percaya pada satu sumber sungguhpun dia pengguna tegar produk iApple dan salah blog tu jugak sebab tak bagi maklumat yg terperinci….
Now aku dah faham….jadi selepas habis aku publish entry ni….aku akan memulakan kerja2 mengupgred iphone 3gs aku yg ber’version’kan ios 4.2.1 ker ios 5…..doa2kan aku berjaya….
Lagi satu bala melanda….itunes tak boleh guna kat hp mini inchik dd tapi bleh plak guna kat ftec aku yg gedabak tu….hehhhh macam2 masaalah de problema….
—> Selamat Hari Raya….jom puasa enam
–> updet entry sambung pada 4/12/2012 baca link kat bawah…

Upgred Iphone 3GS Berjaya…Oyeahhhh..