Sapa suka makan serunding tak kira masa ? Kalau ada boleh angkat tangan. Tapi kasi aku mengaku dululah yer. Aku memang suka makan serunding terutamanya serunding daging.

Aku punya tahap suka makan serunding ni sampai aku tak malu nak minta dekat kawan aku kalau dia ada stok. Lagipun aku tahu dia rajin balik Kelantan jadi dia mesti ada stok serunding. Dan aku pernah ke rumah dia serta merta semata nak collect serunding yang dia kata dia ada. Ahahaha buruk betul kan perangai aku. Tapi kalau malu nanti tak dapat makan pulak.

Masa kecik-kecik dulu kalau pergi raya rumah orang tapi tak jumpa serunding memang aku akan rasa kurang selere makan sikit. Sebab waktu tu aku paling suka makan ketupat atau nasi impit dengan serunding daging then letak kuah kacang. Tiga makanan tu kalau dapat bersatu memang padu.

Sampai sekarang pun aku suka makan begitu.

Dulu pernah jugak tolong-tolong orang buat serunding. Tsumpah leceh giler. Nak rebus daging then ketuk dengan lesung pastu carik-carik pastu masak sampai kering dan ringan. Ianya bukan proses sehari dua. Tapi bila dah jadi dan makan, tak sampai berapa saat masuk mulut langsai sudah.

Kalau dulu kita hanya boleh jumpa serunding kat rumah orang time raya sahaja kan. Tapi sekarang tak payah tunggu nak raya pun dah boleh beli dimana-mana.

Cumanya itulah, walaupun dah mudah didapati tapi ada pulak yang jual harga macam tak masuk akal.

Kalau sedap memang aku tak kisah dan tak akan komplen pasal harga. Ni kadang beli serunding harga kayangan tapi kualiti rasa serunding macam tak cukup bahan.

Sebab tu aku agak memilih nak beli serunding. Risau terbeli serunding yang tak kena dengan selera aku. Nasib aku rajin tanya dan rajin baca review dari orang lain.

Tu yang bila aku nampak kawan yang aku percaya kongsi pasal satu jenama serunding ni aku terus jer beli. Harga pun ok. Kiranya memang masih dalam market price.

Serunding Royal Floss

Walaupun nama dia feeling premium tapi harga dia masih harga rakyat marhaen. Yang penting #SAPOTLOKAL

Rasa dia pulak macamana ? Baru tengok pun dah tahu sedap. Ternyata bila dah dapat dan makan memang sedap betul. Memang tepat seperti apa yang aku sangka.

Tu masa sahur 2 Ramadhan aku dah tewas tak nak makan banyak. Tapi sapa suruh cari pasal pi makan nasi dengan serunding waktu sahur tadi ! Sudahnya tak boleh berhenti makan nasi. Sekejap-sekejap senduk nasi sikit demi sedikit.

Jahanam diet aku weih !! (sembang….)

Tak Rugi Membeli Tapi Lagi Rugi Kalau Tak Mencuba

Rasa serunding dari Royal Floss ni memang sedap dan kena dengan citarasa aku. Tekstur dia tak halus sangat. Rasa pedas dia pun sedengan jer.

Packaging pun bagus sebab dia guna plastik boleh seal balik. Katalah nanti nak bawak pergi travel jauh-jauh pun senang sebab memang mudah dibawa dan disimpan. Terus terbayang bekal waktu aku travel, roti + mayonis + serunding = percayalah yang itu akan menjadi makanan yang paling perfect untuk tambah tenaga.

Oh yer lupa nak habaq , walaupun aku prefer serunding daging tapi Royal Floss ada serunding ayam dan ikan juga. So ikut suka koranglah nak beli yang mana.

Saiz pun ada 2 jenis , ada yang pacakaging 200grm dan ada yang 500grm. Tapi sebab aku percaya serunding daging tu sedap maka aku ambik saiz 500grm dan serunding ayam pulak saiz 200grm.

Mana Nak Beli Serunding Royal Floss ?

Korang boleh jer beli dengan mana-mana ejen tapi for sure aku akan rekemen korang beli dekat kawan aku. Ingatkan beli serunding dapat serunding jer tapi siap dapat kad ucapan comel lagi. So sweet’kan ?

Facebook : https://www.facebook.com/dorsettpink

Selamat Mencuba dan Selamat Berpuasa !

Categorized in: