Hurmmm…dasar manusia yang penuh dengan sifat lemah dan mudah lupa . Sewaktu aku dikhianati aku dah tekad yang aku takkan jadikan sesiapa pun sebagai kawan/sahabat aku . Aku hilang kepercayaan pada diorang . Walaupun aku takder mak bapak yang ajar aku untuk jadi seorang yang jujur dan amanah tapi bukankah islam dan alquran telah mendidik kita ? kadang orang yang ada ibu apa lagi biadap dari orang yang tak ada keduanya .
Pernah dulu orang kata aku kurang ajar dan biadap ( sebab aku melawan demi pertahankan hak ) tapi aku jawab balik , aku biadap atau kurang ajar tak apa sebab aku memang takder ma bapak yang nak ajar aku semua tu .
Tapi kau yang ada mak bapak mana adab korang pergi ? mak bapak kau tak ajar langsung ker ? ( selepas aku jawab camtu mesti akan dikhiri dengan adegan tumbuk menumbuk atau kena belasah dengan geng-geng yang ada mak bapak )
Orang tak tahu yang aku ni sebenarnya kawan yang agak “panas” …bukan panas dengan popular …tapi panas baran . Aku kalau dah anggap kawan tu cam ketulan daging dalam badan aku memang aku pertahankan biarpun yang bersalah tu kawan aku . Tapi jika aku dikhiananti aku sanggup hiris balik ketulan daging itu biarpun pada awalnya sakit dan pedih .
Demi kawan aku tahan jer kena maki kena kutuk tapi kalau kau kawan aku kau takkan hina dan kutuk aku melampau macam aku ni takder maruah . Pernah satu masa dulu ( zaman dak-dak remaja kurang akal ) aku ngan kawan aku sama-sama kutuk seseorang tu …sedap sangat kutuk . Tiba-tiba budak yang aku kutuk tu serang aku kat bilik air , dia kata macam-macam kat aku . Lepas tu terlepaslah budak tu kata kat aku yang kawan aku ( yang kutuk sama ngan aku ) bagitahu sebab tak sampai hati dengar aku kutuk dia . Pastu dia puji-puji kawan aku tu .
Keluar bilik air kawan aku boleh buat muka cam babi ( sebab dia buat derk macam tak tak tahu apa-apa ) tanya kat aku ada apa-apa ker …aku cakap tak der . Dia tak tahu ( mungkin tahu tapi buat-buat tak tahu ) yang aku hampir nak bertumbuk ngan bebudak yang dikutuk tu sebab dia bawak geng . Dia ingat aku takut apa ? Tapi tak jadi gaduh sebab aku minta maaf dan aku janji tak kutuk dia lagi walhal memang betul dia punya perangai camtu .
Aku cuma bijak jer nak elakkan pergaduhan berlaku dengan cara minta maaf .Yang kawan aku tu walaupun dia banyak kali kenakan aku tapi aku tetap maafkan dia jugak dan aku still berkawan dengan dia sampailah ada satu tahap tu aku punya hati tetiba mati dengan perangai dia .
Selepas hati aku sakit dan pedih sebab buang dia dari kehidupan aku , sampai sekarang hati aku memang tawar dengan dia biarpun dia dah minta maaf dan sedar kesalahan dia . Aku punya punya tagline dulu “i’ll forgive but i’ll never forget” tu pun aku dah tak guna pakai lagi sebab aku tahu tak bagus untuk kecerdasan otak .
Walaupun aku tidak sebaik Nabi tapi aku cuba contohi baginda agar memaafkan …yer aku maafkan , namun…
untuk ku terima mu seperti dulu…ku sudah tawar …”
Sudah Tiada Tunasnya
SETELAH BERTAHUN KAU MENYEPI
MEMBAWA KEMARAHAN DIHATI
AKU BAGAI HILANG ARAH KEMUDI
BETAPA WAKTU ITU TERCABARNYA MARUAHKU
PERITNYA PENGALAMAN HIDUP
SETELAH LUKA AKU TERUBAT
KAU JELMA KINI UNTUK MERAWAT
MERAYU AKU SEPERTI DAHULU
BIARLAH AKU MAKLUMKAN KEDUDUKAN
SEBENAR SESUNGGUHNYA CINTA KITA
SUDAH TIADA TUNASNYA
SEMUANYA TETAP ABADI SEPERTI MULA DULU
ITU BUKAN BERERTI UNTUK ENGKAU BERTAKHTA KEMBALI
CUKUPLAH AKU MENANGIS DARI PERBUATANMU YANG MENGHIRIS
BIARLAH AKU MAKLUMKAN
KEDUDUKAN SEBENAR
UNTUK KU TERIMA MU SEPERTI DULU
KU SUDAH TAWAR…
#ripErtiSahabatSebenar
Sangat-sangat terkesan kalau ada kawan yg macam tu..
Memang kena dengan mood kite hari ini… People do say a broken heart can be healed with time but no one knows ‘the day’!
nur yusuf recently posted…Glendalough – Kongsi kisah dan tips trekking bersama anak kecil
Sabarlah yer…. Sempena hari Raya ini, mungkin masa yang terbaik untuk saling maaf-memaafkan…. Ada kalanya memamng kita akan terluka setelah memaafkan orang lain…. Tapi, mungkin ada hikmah disebaliknya…
Anuar recently posted…Pendaftaran Kelas Persediaan MUET di PSIS di Buka Sekarang (Sehingga 5 Ogos 2016).
Percaya tak kalau SA cakap SA memang takde kawan baik/ rapat/ sahabat? yang ramai hanya kawan di kala SA senang.. bila dalam kesusahan semua lari
Suriaamanda recently posted…Shahida Bajrangi Baijaan…
aku suka lagu ni ukays ni..Masa bercinta frust menonggeng, lagu ni la yang aku dengar.. hahaha!