Lepas satu….satu2 hal lagi muncul….semua nak bikin hot topik…..haishhhh
Cenggini…..ada satu bidio baru jer aku tengok kat pesbuk….ala bidio Tazkirah Sham Kamikaze kat TV Al-Hijrah dengan tajuk Hadiah Kepada Si Mati…
Aku bukan nak bahas apatah lagi pertikaikan segala kata2nya yang berlandaskan hadis2 yg sahih beserta nas dan dalil2nya….aku tak layak okayyy….nak menggunakan istilah2 agama juga jauh sekali aku tak pandai….
Tapi aku nak kongsi satu isi kandungan buku yg aku baca…aku beli buku ni beberapa bulan selepas perginya arwah abah mertua yg sangat2 aku kasihi…
Dalam diam aku sentiasa menangisi kepergian arwah…..sebab hati aku belum cukup puas untuk berkhidmat dan berbakti padanya…walau arwah cuma bapa mertua aku untuk tempoh 8 tahun sejak aku berkhawin dengan inchik dd…tapi tak pernah pulak rasa aku ini menantunya…malah kedua mertua aku cukup sayang dan kasihkan aku lebih dari anak2nya sendiri…..itulah yang aku rasa walau diorang tak kata…
Lepas aku baca buku ni…aku mula memahami apa yg terjadi di alam sana sedikit demi sedikit….dan sehingga habis baca pun aku masih tetap akan baca bila2 ada masa lapang…apa yg tertulis didalamnya buat aku senyum dan lega serta berlapang hati menerimanya….hati aku kembali ceria….bila selesai baca juga aku sedar aku tak perlu untuk merasa hiba dan sedih yang teramat dan keterlaluan kerana arwah telah pun berada ditempat yang sebaik-baiknya…doa dan sedekah tak pernah putus untuknya….lagipun boleh nak dikatakan hampir setiap hari aku mesti melalui perkuburan dimana arwah disemadikan…
Makanya pada entry aku yang ini…aku harap aku dapat berkongsi apa yang aku baca…mana tau mungkin ketika ini ada ati yang tak tenteram megenangkan Tazkirah beliau samada sampai atau paala bacaan Al-Fatihah dan apa saja untuk para arwah2 yang kita kasihi….
InsyaAllah jika ada masa lagi aku akan tulis lagi satu tajuk dalam buku ni tentang ” Apa Yang Ditinggal Dan Apa yang Dibawa Ke Kubur “
Percayalah banyak manfaatnya……
Leave a Reply