Dah lama aku cari produk yang betul-betul boleh kurangkan keguguran rambut . Tak kiralah produk tu sejenis syampu ker hair tonic ker apa ker . Asalkan dapat merawat rambut gugur dan mengatasi gatal kepala yang dah lama aku alami ni pun jadilah . Tapi jangan miang nak suruh aku pergi You Nam’pak plak …sebelum rambut aku ok confirm rambut dd dan gugur habis .
Bayaran rawatan tempat tu katanya untuk orang have-have jer . Aku plak half have half not..so tak matching….. **ehehehe
Kebetulan masa raya haji tu aku jumpalah kawan aku kat rumah kawan aku jugak . Dia hulurkan aku sebotol produk . Aku belek-belek dan aku kata ” ohh…syampu…” dia suh cuba sebab katanya dah banyak testimoni kata syampu ni ok .
Baca label produk dan ianya tertulis bagus untuk mengatasi masaalah-masaaalah rambut seperti dibawah :
- Hail Fall Control
- Anti Dandruff
- Oilness / Dryness Control
- Cooling & Refreshing
Sounds cool’kan…itu kau belum baca lagi bahan-bahan yang terkandung dalam menghasilkan syampu TYZARA . Sekalipun kau noob pasal sains tapi kau mesti tahu apa fungsi Menthol , Glycerin , Fragrance dan Trifolium Pratense . Baca bahan pun dah tahu syampu ni adalah seperti apa yang dikata .
So apa lagi….jom cuba seround dua jap….korang tunggu ehh
( instrumental )
Selepas 30 Minit Menggunakan TYZARA
Biasanya syampu berubat memang kurang buih dan TYZARA ada ciri-ciri itu . Kalau korang nak tahu syampu yang paling baik digunakan adalah syampu yang kurang buih . Syampu kurang buih memang bagus untuk merawat kulit kepala dan rambut yang bermasaalah sebab bahan-bahan yang digunakan sangat alami .
Aku tahu sebab dulu aku pernah kerja kat kedai jamu , ramai yang beli syampu dari Mustika Ratu dan Sari Ayu sebab syampu tu cuma ada 10% buih sahaja dan elok untuk rambut . Aku punya tahap dulu guna syampu brand Mustika Ratu tu sampai kalau gi salon cuci rambut pun aku mintak diorang guna syampu yang aku bawa sendiri .
Aku tak guna syampu kedai yang banyak buih . Sebab tu nak cecah umur 40 nih pun rambut aku masih belum keluar uban.
Penggunaan syampu dari bahan semulajadi memang membantu melambatkan proses uban keluar sebelum waktu . Bagi aku syampu TYZARA ni sama level ngan syampu Mustika Ratu yang dulu . Sekarang punya produk Mustika Ratu aku memang kurang konfiden nak guna sebab pernah ada kes syampu-syampu tersebut diklon oleh pihak yang tak bertanggungjawab dan hanya mementingkan keuntungan semata .
Aku pernah beli kat pasaraya tapi serius quality dah out . Kualiti out maka takkan ada kesan apa-apa kau guna , silap-silap lagi mudarat .
Tengahari tadi masa mandi aku guna TYZARA , aku basahkan rambut dan tuang TYZARA dalam besar 50sen lama pastu aku gosok kat tapak tangan dan ratakan kat rambut sampai ke kulit kepala . Ramas-ramas sikit rambut ngan syampu kemudian tunggu dalam 3 minit supaya bahan-bahan dalam syampu tu meresap . Dalam menunggu tu aku gosoklah gigi dan buatlah apa2 yang patut . Aku tadi main mata dengan cermin jer dalam bilik air .**ehehehehe
Pastu 3 minit , bilas balik rambut tu sampai bersih . Memang rasa kulit kepala sejuk sebab itulah fungsi Menthol . Lepas aku lap-lap rambut , aku spray kulit kepala ngan Hair Tonic Swissvernice yang aku beli lama dulu dekat HQ Bio Pearl . Hair tonic ni produk dari Switzerland .
Cara gunanya aku cuma spray kat part kulit kepala yang rasa gatal jer bukan satu kepala . Yang ni serius gak aku suka , sejak aku guna memang kulit kepala aku dah kurang gatal sebab kulit kepala aku ada banyak kelemumur jenis yang tebal-tebal .
Jenis kulit kepala aku ni pulak berminyak jadi memang helok sangat bila TYZARA ada mention pasal Oilness Control . Dah kurang banyak aku kena belanja beli syampu . Kalau tak segala macam jenis syampu untuk masaalah yang berlainan aku kena beli .
Ialah kan…kau nak cari yang all in one macam TYZARA ni memang susah derr…untuk masaalah gugur lain , untuk kelemumur lain , untuk rambut rosak pulak lain , untuk hitamkan rambut pulak lain . Berapa banyak mau beli daaa….
Gabungan Sempurna Rawat Masalaah Rambut Dan Kulit Kepala
Hair tonic ni aku bukan selalu guna pun . Masa awal-awal aku beli lepas orang kat salon syorkan memang aku guna setiap kali lepas cuci rambut dan setiap kali kulit kepala aku gatal . Bila dah mula berkurangan rasa gatal tu semua baru aku pakai ikut keperluan . Jadi agak jimat guna walaupun harga sebotol Hair Tonic tu cecah dekat Rm80.
Dan kalau nak tahu jugak , aku punya tahap gatal kat kepala memang teruk sebab kadang aku menggaru sampai luka dan kalau panas jer mesti gatal . Kadang kita nih tak sempat nak keringkan rambut betul-betul dah kena tutup habis . Rambut dan kulit kepala tak dapat pengudaraan yang baik dan lembab yang terkepung tu penyebab kelemumur jadi tebal dan kulit kepala rosak dan gatal .
Sapa tak nak rasa selesa kan ? so aku kenalah cuba pelbagai produk yang ada dipasaran . Kulit kepala bersih , rambut tak gugur meacam salji tu semua idaman semua perempuan yang ada rambut walaupun dia bertudung .
Sehari ni memang takder langsung rasa gatal-gatal kat kepala , rambut bau wangi dan rasa ringan jer .
So isunya aku nak bagitahu kat korang , jangan berkira sangat kalau kita nak kulit kepala dan rambut yang sihat . Pelaburan aku untuk penjagaan rambut dan kulit kepala ni juga bagi aku tak mahal sebab pelaburan yang aku keluarkan tu untuk jangka masa panjang dari aku kena belanja ribuan ringgit ke pusat penjagaan rambut yang sebenarnya aku boleh buat dan jaga sendiri kat rumah .
Ok ..itu jer aku nak habaq tentang cara dan tips penjagaan rambut dan kulit kepala supaya bebas kelemumur , bebas dari keguguran dan bebas dari gatal-gatal hanya dengan menggunakan 2 produk .
Kalau korang nak cuba sendiri atau ada inchik-inchik suami yang terbaca entry ni , manalah tau kan kot wife korang ker anak dara korang ker atau awek korang ker ada problem rambut dan kulit kepala cam aku ni bolehlah cuba belikan untuk diorang .
Ok…apapun aku ni cuma menyampaikan jer….apa-apa hal sila berurusan dengan info contact yang aku dah bagi nih untuk menyenangkan korang .
Selamat Mencuba !!!!
Syampu TYZARA
IG TYZARA
Hair Tonic Swissvernice
Bio Pearl Bangi Gateway
Macam best jer…. nak try gak laa shampoo tuu
Nina Mirza recently posted…Percutian last minute buat anak-anak kat Kuala Terengganu
Rambut I dah ada uban dah huhu. Maybe sebab selalu guna syampu yang banyak buih banyak chemicals laa tu huhu. Nak try Tyzara ni gak lah
Senangnya nak gina produk ni.. boleh spray dkt kepala… 😉
anuar recently posted…7 Kerja Part Time PALING HOT yang Boleh Dilakukan dari Rumah
seronok pakai shampoo ni..lagi2 waktu malam sebelum tidur..pakai letak kepala, esok basuh..segar je
hi…cmne eak nk jd dropship atau pengedar utk shampoo tu? Boleh contact sy 0193890489
memang tak selesa kalau rambut asyik gugur dan ada kelumumur..habis kat lantai bersepah dengàn rambut..penat nak kena sapu hari-hari dan rambut pun nampak nipis..
jida recently posted…Cara Menghilangkan Sunburn Dengan Cepat dan Berkesan
Nak tanya hair tonic Perlu pakai berapa kali dlm seminggu