Hai gais , terutamanya pada para blogger yang ada akaun AdSense. Korang dah isi ke belum tax info ni ? Alhamdulillah aku dah selepas kawan aku remind buat kali kedua. Mulanya aku ingat untuk youtuber content creator jer. Rupanya untuk semua platform. Maksudnya untuk mereka yang ada akaun AdSense.
So samada korang dah buat atau tak ini aku hanya nak kongsi tutorial bagi memudahkan korang semua. Sebaiknya jangan abaikan sebab kalau tak silap aku jika korang tak isi sebelum tarikh tertentu, earnings korang di AdSense akan ditolak sebanyak 30% dari apa yang korang dapat.
1. Login ke akaun AdSense
2. Klik bahagian “payment”
3. Klik “manage tax info”

4. Klik add tax info
5. Dibahagian “United States tax info” pilih “individual”
6. Pilih “No”
7. Pilih W-8BEN

8. Dekat form W-8BEN korang akan isi tax form identity. So kat sini korang kena isi nama sebenar. Yang mana ada bahagian tulis optional korang tak perlu isi. Aku cuma isi nama sebenar dan warganegara asal.
9. Tekan “Next”

10. Selepas isi “Tax Identity” korang kena isi alamat sebenar.

11. Jika alamat surat menyurat sama dengan alamat tetap korang just tick dekat box “mailing address is same as permanent address”. Kemudian tekan “Next”

12. Dibahagian “Tax Treaty” korang pilih “No” dan tekan “Next”

13. Lepas korang tekan “Next” akan keluar “Document Preview” . So korang semak dulu semua butiran dan tanda kotak “i confirm blablabla…” dan tekan “Next”.

14. Untuk bahagian “Certification” isi “Full Legal Name” sebagai signature dan tick “Yes,I am the person blablabla”

15. Klik “Next” dan dibahagian “Activities” klik “No” dan tick kotak “I certify that the service blablablabla” . Last sekali pilih kotak “I am providing tax info blablabla” dan klik kotak “under penalties or perjury blablabla”.
16. Last sekali tekan “Submit”. Siap.


Siap. Dan tunggu jer email sampai mengatakan permohonan korang sudah diterima.
Selamat Mencuba !
Comments