Dulu-dulu benda paling susah nak buat dekat iPhone adalah ringtone. Siap nak kena jailbreak baru dapat akses macam-macam apps yang free. Sekarang ni semuanya semakin mudah semudah order makanan dekat mamak jer dah boleh siap. So entry kali ni aku nak ajar korang satu tutorial buat ringtone iPhone yang sangat mudah untuk korang dengan lagu yang best-best dan yang terkini.
Dan paling penting ianya PERCUMA !
Baca : Cara Rekod Video Guna Kamera Depan dan Belakang Serentak Menggunakan iPhone
By the way tutorial buat ringtone iPhone ni untuk mereka yang tak tahu. Kalau yang dah tahu atau ada cara lain yang lebih baik dan bagus boleh skip entry ni atau share dengan kawan-kawan lain yang tak tahu.
Pertama sekali korang kena ada ialah iPhone kemudian kena download atau install 3 apps yang paling diperlukan iaitu Tik Tok , Garage Band dan Ringtone Maker.



1. Mula-mula buka apps TikTok dan pilih mana-mana sound atau lagu yang korang suka kemudian pilih Save Video.

2. Buka apps Ringtone Maker tekan simbol ( + ) ,

3. Pilih Import From Video dan pilih video yang kita dah save.


4. Kemudian tekan file tersebut dan akan keluar option Make . Sebelum tekan make korang boleh Rename dulu file tersebut supaya lebih mudah nak tahu lagu apa yang korang save.

5. Lepas tekan make akan keluar apps garage band . Pilih apps Garage band dan kemudian tekan lama dekat file lagu yang korang dah rename tu


6. Bila dah keluar option macam ni tekan Share

7. Lepas tekan share korang akan nampak option macam ni dan pilih Ringtone dan pilih Continue kemudian pilih Export


8. Kemudian akan keluarlah option Use Sound As . Sekarang terpulang pada korang nak set ringtone tu sebagai standard ring tone iaitu untuk semua call yang masuk atau jadikan dia ringtone khas untuk seseorang.


9. Then korang boleh cek dekat Sound & Haptics

10. Dah siap. Haa mudah sangat kan. Dah selesai jadi ringtone korang boleh jer delete video yang korang save tu.
Selamat Mencuba !
FOLLOW & SUBSCRIBE
Facebook : Saidila Abdul Rahman Instagram : Saidila Youtube : Saidila Lifestyle TikTok : saidila79
bagus entri ni. Nanti Kak dila tolong buat entri macam mana nak buang ring tone tu, sebab saya buat tak dapat-dapat pun. huhu
Bagus. Da follow step mmg menjadi. Nti boleh pula up entry pasal nk delete ringtone dh kita setup