Orang kata, kalau dah terantuk barulah nak tergadah.
Kalau dah tergadah memang sakitlah.
Apa kes?
Begini ceritanya.
Semalam oleh kerana terlalu banyak masa maka aku pun buatlah satu uji kaji kat blog aku.
Saja aku usha setting kat blog.
Dekat bahagian setting tu mata aku tertarik pada bar permalink.
Eh apakah itu ? hati teringin nak tahu.
Bila bukak jer aku tengok, ohhh menarik jugak nih.
Baru aku tahu , maknanya selama ni link entry kita tu disetting dari sini.
Itu yang kat link ada masuk bulan dan tahun entry tu disiarkan.
Dan menariknya juga, kita pun boleh tukar setting ikut kehendak kita kat situ jugak.
Kalau mengikut susanan permalink aku yang lama, dia lebih kurang camni.
Bermula dengan http pastu nama blog pastu tahun dan bulan artikel di siarkan pastu baru tajuk artikel.
Majoriti semua macam ni kan?
https://namablog/tahun/bulan/tajukartikel/html
Permalink yang siap dengan tarikh ianya disiarkan akan buat kita kenang dan kata wahh masih dalam ranking google gitu.
Tapi bagi pembaca lain, mungkinkah diorang akan terfikir camni, “relevan lagi ker artikel nih ? “
Makanya selepas ini.
Apa kata kita wujudkan elemen surprise.
Pembaca tak perlu tahu pun tahun bila artikel itu disiarkan.
Biar diorang ingat entry tu entry baru.
Dan apa yang membuat aku ingin ubah permalink.
Ianya adalah disebabkan aku nak link aku nampak solid dan simple.
Cukup ada nama blog aku dan tajuk artikel.
Aku juga ada terbaca artikel yang mengatakan bahawa tanpa tahun bulan tu semua.
Entry kita akan menjadi lebih relevan pada carian google dan sekaligus mesra SEO.
Kiranya aku nak jadikan aku link entry aku se’simple yang mungkin.
Hanya ada nama blog dan tajuk sahaja seperti ini
https://namablog/tajukartikel/
Nice kan!
PANIK BILA SEMUA LINK JADI ERROR 404
Tapi inilah dia kalau buat sesuatu tak bertanya-tanya dan tak buat kajian terperinci.
Asalnya entry cendol power aku tu permalink’nya susun dia macam biasa.
Bila aku pandai-pandai ubah permalink blog maka entry cendol power aku dah jadi seperti yang aku nak iaitu
https://saidila.com/laksa-cendol-powerdi-seri-kembangan/07/2018/
Masa ni aku tak sedar lagi apa yang bakal berlaku.
Tapi hari ni bila aku cek UV macam pelik pulak.
Artikel paling hot yang orang view pun sendu.
Aku mula tak sedap hati.
Aku cuba google keyword yang aku pegang dalam carian google.
Ok jumpa !
Tapi bila aku klik.
ERROR 404 !!!!
What ????
Ahh sudah, cuak terus aku dibuatnya.
Apa yang aku harus buat?
Kalau aku biarkan mesti UV drop teruk, sebab bila orang bukak jer link semua tengah error.
Memang aku panik sepanik paniknya.
Tapi dalam masa yang sama aku cuba google dulu cara penyelesaian jika ada.
Jumpa satu artikel ni , aku buat tapi tak jadi sebab ada step yang susah.
Kalau aku buat jugak silap-silap blog aku akan jadi disable sebab kacau coding html.
Nak tanya kat group pun segan.
Silap-silap takder yang tolong dan kena suruh pandai-pandai sendiri.
Takper, jangan putus asa. Aku google dan baca satu-satu link berkaitan.
Akhirnya aku jumpa dengan cara paling mudah dan cepat nak redirect semua permalink lama kepada permalink yang baru secara keseluruhan.
Secara kesimpulannya, aku boleh ubah permalink ikut setting yang aku nak.
Semua entry yang lepas pulak akan redirect ke permalink yang baru.
Caranya pulak sangat senang dan sangat mudah.
Hanya install plugin, kemudian settle.
Tapi kalau korang risau jadi apa-apa kat blog korang better jangan buat.
Baca sahaja sudah.
Tunggu pakar-pakar lain komen tentang tindakkan aku dan aku akan timbang-timbang balik baik buruknya.
CARA PALING MUDAH DAN CEPAT REDIRECT PERMALINK LAMA KEPADA PERMALINK YANG BARU
- Bukak dashboard
- pilih plugin
- add new
- cari “Permalink Finder Plugin” atau “Permalinks Moved Permanently”
- install
- active’kan
Selesai !
Nak tahu jadi ker tak korang boleh google mana-mana entry korang dari link lama dan cuba klik link yang ada.
Alhamdulillah. Jadi kan ?
So , pada korang yang rasa nak tukar permalink tapi bimbang entry-entry lama korang tak ditemui, korang boleh gunakan cara ini.
Terima Kasih pada owner blog Juliastri SN kerana menemukan cara paling cepat mudah dan juga berkesan.
Selamat mencuba !
Bagusnya info ni. TQ Kak Dila sebab sudi share ilmu ni
ala,wp je ke? baru nak cuba.Takpe..btw tq sangat kaklong. New info kat sini,ina dpaat
Tq sharing info Kak. Dura pun pernah hampir menangis bila link di entry lama jadi error sebab tersalah godek. Tapi masa tu tak rajin dan kurang cerdik, Dura akhirnya buat entry baru je tapi bila baca entry akak yg ni, rasa macam, wahhh, dah ketemu caranya
Ooo ada plugin. Tp i masih belum berani nak godek.godek blog haha