Asalamualaikum….

Sedih dengar pasal kisah 8 Remaja yang merupakan kawan baik mati lemas di sungai segamat…masing2 lemas kerana cuba menyelematkan antara satu sama lain walaupun ada yg diantaranya dah declare tak pandai berenang….—> Al-Fatihah buat kesemua mangsa…semoga diterima sebagai seorang yang Syahid

sumber gambar

Aku pun pernah lalui perkara yang sama….tapi aku tak pernah cerita hal ni dengan sesiapa…hanya aku dan kawan2 aku tu jer yg tahu….aku tak kasi kecoh2 hal ni….masa tu aku sekolah rendah lagi….mungkin darjah 5 ke 6 camtulah….kitorang dibawak “bapak penjaga” seasrama gi berkelah kat air terjun…apa nama air terjun tu pun aku dah lupa…..masa mandi2…aku ngan kawan aku tu gi kat celah batu besar….nampak cam kolam kat tengah tu….sekali kawan aku terjun….aku plak duduk atas batu besar tengok dia masuk dalam kolam yg disangka cetek…sekali kawan aku timbul tapi nampak tangan jer….aku cuba tarik tangan dia …tapi tak dapat….dia tenggelam balik…aku terjun….dalam hati aku…ya allah dalamnya….aku dapat dia…aku tolak dia naik atas…tapi aku lagi masuk kebawah…masa tu memang dah rasa kaki aku macam dah kena sedut kat bawah tu…..aku dah pikir…mati lemas lah aku nampak gayanya….aku cuba gak tolak badan aku naik…tapi memang aku rasa darah aku dah turun cam kena sedut….masa tu aku cuma mampu doa dalam hati….doa apa pun aku dah lupa….tiba2 aku rasa badan aku ringan…aku rasa macam badan aku ditolak naik….dan aku pun timbul kepermukaan…..lepas aku timbul aku bukak mata…aku nampak kawan2 aku yg lain semua dah keliling tepi batu besar tu….pastu aku tanya diorang….korang apa hal ramai2 kat sini…..pastu kawan aku yg aku tolak naik atas tu cakap sampai nangis….dia ingat aku dah mati lemas…..aku ketawa….aku oklah…saja lepak2 kat bawah tu lama sikit…..air jernih siot kat bawah tu……kawan2 aku yg lain marah kawan aku yang nangis tu…diorang kata kawan aku tu kecoh dan saja buat saspen konon aku lemas….

Kalau nak diukur kedalaman lubang air terjun tu….mungkin ikut ketinggian aku sekarang ni tak derlah dalam mana….tapi masa aku tenggelam tu…ketinggan aku bawah dibawah paras selamat….tak hairanlah budak2 baya aku masa tu  boleh lemas…

Lepas kawan2 aku yg lain blah…baru aku cakap kat kawan aku yg sorang tu…..“aku sebenarnya tadi kena tarik kat bawah….aku pun ingat aku akan mati lemas…tapi tetiba jer badan aku rasa ringan pastu rasa cam kena tolak dari bawah…..tapi aku percaya Allah yg suruh malaikat datang tolong selamatkan aku…..”

Lepas aku cerita kat dia camtu…lagilah dia nangis sebab dia kata kalau aku mati mesti semua orang salahkan dia……tapi aku cakaplah…jangan cakap camtu lagi…lagi satu jangan cerita hal yg sebenarnya pada kawan2 lain dan bapak penjaga kitorang…..

Sejak tu aku berhati-hati dan sejak tu jugak aku tak berapa nak suka pergi air terjun…..padahal sebelum tu akulah ratu lombong , ratu kolam , ratu parit , ratu sungai dan ratu laut…..lepas kejadian tu…aku jadi ratu duduk2 dan ratu tengok2 jer…..

Ok…itu jerrr aku nak rewind…..

Categorized in: