Sesekali kalau datang aku punya perasan romantik memang boleh kalah si Aeril ngan Wawa tu tau . Jom layan mana tahu ada lagu yang korang suka jugak bolehlah kita geng . Bukan addict sangat cuma layan sesekali . Dasar manusia yang perlukan hiburan gitu .
Tapi yang bagusnya lagu-lagu ni kan buat aku semakin rindu ngan inchik dd walaupun dia ada alam bilik jer . Auwwww , sweet’kannn ? hahahahaha
Kadang-kadang bila dalam kereta dd pun nyanyi-nyanyikan untuk aku , tu yang aku suka dengar tu . Tak semestinya nyanyi tu kena bersuara sedap .
Kalau penyanyi dia nyanyi untuk orang ramai tapi dd nyanyi khas untuk aku seorang….ciaaa ciaa ciaaaa
Paling latest lagu yang aku suka dengar ialah lagu Katakan dari Harris Baba , first time dengar terus rasa sweet sangat walhal lagu ni dah lama kot . Tapi aku tak tahu lagu tu sebab aku jarang dengar radio melayu kecuali radio ikim.fm , radio wajib dengar masa dalam kereta .
Selain dari tu memang selalunya aku dengar Mix.fm . Kadang-kadang jer kalau dah macam muak dengar MIX.fm barulah aku aku layan sinar.fm atau suria.fm .
Cumanya semenjak tahun ni aku perasan yang aku dah suka dengar THR Gegar Pantai Timur . Entah kenapa aku rasa best pulak . Tak semak kepala dengar macam radio lain yang banyak mengilai dari bercakap .
Dulu masa zaman remaja aku memang dengar THR sebab aku suka dengar celoteh DJ Nas dan DJ Adiwati . Nak-nak time hari ahad bila dia jemput penyanyi masuk konti dan jawab pelbagai soalan yang takder dalam majalah hiburan .
Siap rekod kau , dan percayalah yang aku rekod ful temubual diorang dengan kumpulan KRU , masa tu diorang pun baru lancarkan Album terbaru , tak silap aku album Ooh La La ker reKRUed camtulah .
Setia pasang telinga dan jari nak rekod lagu-lagu terbaru . Dengar banyak kali pastu salin lirik . hohohoho…giler ahhhh…nasib dulu budak-budak lagi.
Sekarang kau google tajuk lagu nahhhh berderet keluar lirik . Patutlah budak sekarang malas menghafal dan menulis sebab dah semakin senang . Search pastu CNP .
Oklahh , banyak plak bebel .
1. Tentang Rasa – Astrid
2. Katakan – Harris Baba
3. Melepaskanmu – Sakura Band
4. Kemarau Kasih – Spring
5. Masih Mencintainya – Papinka
memang membuai perasaan tu. hihi salam kenal sis
raihanah recently posted…Resveratrol Dalam Vivix Bantu Mitokondria Tingkatkan Tenaga Sel
lagu papinka semuanya best…sgt sesuai lagu pengubat rindu
semua lagu best. hahha. tp kalau dengar memang jiwa kacau la
Memang pilihan lagu yang membuai perasaan betul.
StudioAJ recently posted…Chord dan Lirik Cinta Azali – Nurul