Asalamualaikum and hai gaiss ! korang ingat lagi tak beberapa minggu yang lepas aku ada share dengan korang pasal satu suplemen yang aku makan sebab nak perkuatkan balik sendi-sendi ?
Tak ingat ? takper meh aku cerita balik kat korang sebab aku tengah rajin nak berkongsi dan menulis.
Umum mesti dah tahu kan yang produk keluaran Himalaya ni telah berada dipasaran sejak 1930.Aku belum lahir pun produk ni dah lahir dulu. Bahan yang terdapat dalam ke semua produk Himlaya terutamanya supplement adalah berasaskan herba yang terdapat di banjaran-banjaran dan pergunungan di negara India.
BACA : MAMPUKAH BONNISAN MENAMBAH & MENGEMBALIKAN SELERA MAKAN PADA ANAK-ANAK?
Joint Wellness dari Himalaya yang aku consume beberapa minggu sebelum aku fly ke Melbourne. Risau weihh nak jalan jauh tapi tak cukup stamina semua. nak bawak bukan tak boleh tapi aku malas nak declare. so aku consume awal-awal dari Malaysia jer senang.
Tapi kali ni bukan hanya Joint Wellness sahaja yang aku cuba, tapi aku cuba sekali dengan Bowel Wellness sebab aku ternampak posting member lain yang cuba Bowel Wellness dan katanya ia elok untuk sistem penghadaman.

Tu yang bila aku nampak jer posting member-member pasal kelebihan Bowel Wellness terus aku ajak dd pergi Watsons untuk beli. Kebetulan kat Watsons ada sale , so dapatlah beli murah lagi dari harga asal. Yang nak beli online pun boleh, cari jer kat Shoppee atau Lazada.
Dan kalau korang memang dah jadi member kat farmasi atau member Himalaya tak silap aku boleh dapat beli lagi murah dari apa yang aku dapat beli.
Now aku nak kongsi sedikit dengan korang yer apa fungsi Joint Wellness dan Bowel Wellness ni supaya korang faham apa fungsinya.
KENAPA JOINT WELLNESS ?
Ok sambung cerita pasal Joint Wellness, Kenapa aku beria ambik sebelum pergi travel ?
Faham-faham sahajalah, trip ke Melbourne kali ni aku akan berada di atas flight selama 8 jam duduk sahaja tak dapat nak gerak kemana-mana kecuali ke toilet. Sendi-sendi kau kena digerakkan jugak weihh kalau tak mahu cramp. Ingat tak rasa lenguh ke sendi punggung dan pinggang sebab duduk terlalu lama?
Ditambah aku tahu aku kena hangkut sendiri segala mak nenek luggage sebab travel kali ni dd tak ikut sama, so aku tak naklah rasa macam tak tercabut segala sendi seterusnya mengundang aku untuk jatuh sakit ker apa ker sebab masalah joint.
Kalau nak tahu aku memang ada problem dengan joint terutamanya kat tangan kiri dan lutut kanan. Masalah lutut ni aku rasa macam normal untuk orang yang dah mula menginjak ke umur 40 tahun ada. Sememangnya aku perlu rasa risau sebab aku nak fly, kang sakit sapa pulak yang nak jaga aku. Itu pasal tapi aku usaha cari jalan camner nak kurangkan rasa sakit sampailah aku disyorkan untuk cuba Joint Wellness beberapa minggu sebelum fly.
Now giliran aku pulak berkongsi kebaikkan Joint Wellness dari Himalaya ni dengan korang.

Alhamdulillah memang berkesan pada aku. Aku boleh jalan jauh dan daki bukit semua dengan selamba. Sebab tu aku akan terus consume Joint Wellness ni selagi diperlukan.
BOWEL WELLNESS MEMBERSIHKAN USUS DAN MASALAH TIDAK LAWAS
Sekarang aku nak ajak korang baca pulak pasal lagi satu produk yang aku memang cosume atas sebab aku dah ada masalah tidak lawas yang sememangnya tak baik untuk kesihatan.
Bayangkanlah kau simpan racun dalam badan hingga berhari lamanya. Opkos perut rasa tak selesa, perut rasa penuh dan rasa sebu jer. Nak makan pun tak selerasa sebab perut sentiasa rasa tak sedap.
Ini pun sebab aku baca kat wall FB kawan-kawan yang dah consume dulu, katanya dia ambik Bowel Wellness ni untuk baiki sistem penghadaman dia. Dia kata lepas ambik Bowel Wellness dia nak membuang setiap pagi senang dan tak kena sembelit.
Bowel Wellness juga lebih dikenali sebagai Triphala dan ianya adalah kapsul sayuran. Sayurkan serat , mana yang tak suka makan sayur tu eloklah consume Bowel Wellness ni.
BACA : SUPPLEMENT CYSTONE DARI HIMALAYA BERKESAN UNTUK MERAWAT BATU KARANG DAN BUAH PINGGANG
Yang aku rasa dan perasan sejak aku consume Bowel Wellness ni perut aku rasa lebih bersih dan ringan selepas membuang setiap pagi. Nak makan apapun lepas tu rasa syok jer. Cadangannya ambik 2 kapsul pagi dan malam tapi aku ambik 1 kapsul pagi dan 1 kapsul malam selepas makan.
Again, sebelum travel aku dah consume Bowell Wellnes awal-awal supaya perut dan usus aku benar-benar bersih dan tak buat hal masa dalam flight selama 8 jam.
Tahu jerlah yer dimana penggunaan air atas flight sangat-sangatlah terhad dan tak selesa nak buat kekuda. Tambahan lagi kau pulak bakal ke negara yang tak ada paip air kat toilet. Serius payah, tapi kalau awal-awal lagi kau dah buat preparation, Insyallah takkan ada istilah perut meragam tak kena masa.
Bagi yang tak tahu, semua produk Himalaya mempunyai sijil HALAL yer. Dahlah produk berasaskan herba dan ada HALAL lagi, tu yang aku nak consume pun tak rasa ragu-ragu.
Kalau korang nak tahu lebih lanjut pasal produk-produk Himalaya korang boleg follow FB dan IG mereka. Bestnya sebab kadang-kadang diorang ada buat promo dan giveaway , kalau rajin bolehlah join, mana tahu memang. Kan kan kan ?
Facebook : Himalaya Healthcare Malaysia
Instagram : @himalayamalaysia
So itu sahaja perkongsian aku kali ini. If aku ada cerita baik lagi nak kongsi dengan korang pasti aku akan tulis buat rujukan kita bersama.
Selamat mencuba dan jaga kesihatan diri dengan produk Himalaya.
un suka ssangat dengan bowel wellness.. nak cari lagi stok..sedap gila berak..hehe
Bowel wellness tu memang terbaik… Rasa lega bila berak…
I rasa dua dua pun i nak try lah, dah makin ‘muda’ ni lutut kdg sakit huhu
Mama Kembar Tiga recently posted…Jatuh Cinta Dengan Obsess Cosmetics…Treatment Cushion Foundation Paling Best!
Himalaya ni memang produk yang saya guna sejak dari dulu lagi. kalau travel pon mudah sebab banyak produk dia mesra travel. siap datang dengan bag kecik lagi.
Terima kasih atas perkongsian. Yang joint welness tu cam menarik..maklumlah dh berumur ni kalau jalan jauh sikit mulalah sakit itu ini, nanti nak belilah bila travel
Produk Himalaya memang tak pernah mengecewakan. Kat rumah mesti ada rangkaian produk Himalaya sebab sangat bersesuaian untuk digunakan seisi keluarga. Sal sukan Womens Wellness, sesuai untuk penjagaan dalaman wanita !
baguslah ada suppliment untuk joint. semakin hari kita semakin kehilangan kalsium. so suppliment ni as support untuk kita terus kekal sihat. insyaAllah.
Produk Himalaya ni memang dah terkenal dan boleh dipercayai.. saya pernah pakai lotion dia pun best.. bagus kan..
wah info menariknya..ciktom tertarik dgn bowel wellness tu..nak try la tgk kat watson weekend ni..tq
ciktom recently posted…EduCity Educators Conference 2019
joint wellness ni orang muda boleh ambil jugak kan? selain dari duduk lama dalam flight, banyak berjalan pun buat sendi-sendi lenguh haa gituuu
Himalaya jenama natural yang ramai suka dari zaman dulu lagi. Ruby pernah makan ubat kurus dari mereka masa nak kawin dulu. Hahaha. Nanti nak cuba balik produk Himalaya. Sebab top kanser di Malaysia adalah kanser usus. Ada dengar talk semasa hari kanser dunia hari tu. Doktor siap suruh pi farmasi untuk beli test kit cek najis. Seram plak kan. So ayuh jaga kesihatan.
Ruby recently posted…Dato’ Sri Mahadi Badrul Zaman Menerima Anugerah Jewel Di 9th Muslim World Biz 2019
Belum lagi cuba supplement himalaya ni. Suka amalkan supplement untuk bekalan hari mendatang
Comel je komen org kat fb tu. Bunyi meletop lutut dia. Tapi betui kalau stretching ni bunyi krak kruk sana sini walhal masih 20an hahaha.
Tapi not sure kalau ambik joint wellness ni efek tak kalau makan dengan supp lain? Pasal trust tu okay je sbb i pun pakai Himalaya products but yg luar2 punya je lah~
Aaaa tq share tips kekal sihat masa travel. Bermanfaat sgt. Sbb kesihatan sgt penting semasa travel. Rugi lah tengah nak syok travel, tetiba sakit. Hatta sekecil sakut perut pun. So mmg bagus consume joint wellness & bowel wellness ni..
Decamellia recently posted…Sedapnya Makan Mexican Buffet Dinner Di Cafe BLD, Renaissance Hotel Johor Bahru
Marsha ni memang ada sakit2 lutut dan juga mengalami masalah kurang lawas. Memang elok ada ni waktu travel. Baru rasa sihat dan selesa. Nak usha lah dekat cawangan sini.
Menarik ni. Abh sebelum ni ada sakit sakit kat lutut. Nanti nak suggest kat dia la suruh makan ni. Mana tahu boleh atasi sakit lutut tu kan..
Thank you share info ni.