Aku tengok waktu MCO ni ramai juga yang ambil kesempatan untuk renovate rumah masing-masing. So sambil-sambil tu aku nak kongsi dengan korang beberapa tips pilih kontraktor yang bagus. Tak kisahlah samada untuk bina atau ubah suai rumah, tips pilih kontraktor ni memang sesuai untuk korang baca.

Sebelum ni mungkin tak berapa nak kisah sebab sibuk bekerja dan bercuti di luar kawasan. Bila dah duduk rumah barulah dapat perhatikan setiap inci dirumah dan barulah perasan ada jer ruang yang dah rosak dan perlu diperbaiki.
Rumah yang aku dah duduk hampir 15 tahun ni lagilah dah mula bocor sana sini terutamanya dibahagian dapur. Ia bukanlah sebab usang tapi cara kerja tukang rumah yang kurang ambik kisah dan tidak menitik beratkan kualiti kerja semasa membuat renovation menyebabkan hasil kerja tidak menepati citarasa pelanggan.

Walaupun aku tak pandai bertukang tapi aku tahu apa yang tak kena dengan hanya melihat. Pernah aku tegur dan tanya sendiri dekat tukang yang buat bumbung dapur, aku tanya kenapa pasang siling senget ? Boleh pulak dia jawab sebab tanah. Dan setiap kali ditegur ada sahaja jawapannya.

Nak kata tak sedih tu mestilah sedih. Bagi orang perempuan dapur adalah tempat istimewa untuk mereka sediakan hidangan untuk ahli keluarga tersayang. Apapun benda dah jadi, nak ungkit-ungkit pun tak guna. Nanti jadi sakit hati pulak.
Itu yang aku nekad nak kumpul duit dan kalau boleh nak ubah suai balik dapur menjadi seperti apa yang aku idamkan. Sebolehnya nak mengelak pisang berbuah dua kali. Makanya kali ni aku sendiri yang buat research tentang kontarktor mana yang nak diguna, yang pasti cirin-cirinya mestilah berlesan dan boleh dipercayai hasil kerjanya.
BACA : TIPS BELI PERALATAN SNORKELING YANG SESUAI

Bila terbaca perkongsian kawan-kawan aku iaitu Nina Mirza dan Ben Ashaari tentang satu company ni terus aku baca apa istimewanya. So far aku cukup puas hati dengan semua testimoni pelanggan yang dah pernah gunakan khidmat syarikat ini. Tu yang aku terus tunjuk dan cakap dekat DD macam ni.
Aku kata “sayang, nanti kalau duit kita dah cukup nak buat renovation dapur dan bilik anak-anak , kita guna jer syarikat Nusara Bina ni yer bang, sebab mama dah baca banyak review yang bagus tentang syarikat ni tau…”
DD macam biasalah, dia angguk jer tanda setuju dengan cadangan aku. Lagipun dia tahu aku mesti akan buat research terlebih dahulu sebelum buat apa-apa keputusan.
Korang pun boleh tengok sendiri projek yang diorang dah buat dekat sini –> Senarai Projek
Antara Servis Yang Disediakan Oleh NUSARA BINA PMC
Macam-macam servis ada disediakan oleh Nusara BIna PMC ni yer. Nak bina boleh, nak ubah suai boleh, nak baiki pun boleh. Pendek kata macam one stop centre, dah tak perlu nak guna atau panggil kontraktor yang berlainan.




Tips Pilih Kontraktor
So gais alang-alang ni aku nak kongsi dengan korang tips pilih kontraktor perumahan yang bagus untuk korang upah dan gunakan.
- Pilih kontraktor atau company yang mempunyai lesen CIDB
- Pastikan kontraktor atau company mempunyai premis dan urusniaga yang sah
- Mudah dihubungi jika berlaku masalah
- Gunakan kontarktor yang disyorkan oleh saudara dan kawan yang dipercayai
- Mempunyai rekod hasil kerja yang bagus
- Pastikan kontraktor atau company mempunyai senarai projek dan lakukan lawatan ke tapak jika perlu
- Pilih kontraktor atau company yang berdekatan dengan rumah
- Memberi lakaran atau plan kerja yang akan dilakukan
- Menyatakan sebut harga bertulis , jenis bahan binaan dan menyediakan surat perjanjian
- Tidak menjanjikan bulan dan bintang
Jangan Guna Atau Elakkan Kontraktor Binaan Yang
- Tiada lesen perniagaan
- Tiada alamat perniagaan/pejabat fizikal
- Susah untuk dihubungi
- Tiada rekod kerja & rujukan projek yang telah dibuat
- Memberikan sebutharga paling murah dibawah harga market
- Memberi sehelai kertas sebutharga ‘lump sum’ tanpa perincian skop kerja/bahan binaan
- Banyak berjanji dan mengaku boleh buat semua (kontraktor yang jujur akan mengakui bahawa ada skop kerja tertentu yang akan di’sub-con’ kepada kontraktor lain)
- Mengaku gerenti siap dalam tempoh singkat
- Tidak mahu menyediakan perjanjian bertulis lengkap, hanya sediakan satu surat ringkas & terus sain & ambil deposit
- Berjanji bulan dan bintang sebelum dapat projek
Tentang Nusara Bina
Nusara Bina PMC yang dimiliki sepenuhnya oleh MCM Nusara Sdn Bhd, 201001014251 (898485-M) adalah perniagaan yang diperbadankan di Malaysia yang dimiliki oleh 100% pemilik bumiputera.
Penubuhan perniagaan kami bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan untuk kerja-kerja sivil dan struktur, pengubahsuaian bangunan, hiasan dalaman dan kerja-kerja pembinaan rumah yang lengkap dengan perabot lanskap dan kediaman kepada agensi kerajaan, jabatan kerajaan, pihak berkuasa tempatan, syarikat berkaitan kerajaan, sektor swasta dan juga pemilik persendirian.
Kami menawarkan perkhidmatan reka bentuk dan pembinaan yang telah menjadi kepakaran kami selama lebih dari 11 tahun. Tujuan syarikat adalah untuk memberikan kepuasan pelanggan terhadap kualiti pekerjaan dalam industri perkhidmatan awam dan struktur dan hiasan dalaman dengan harga yang sesuai dengan keperluan pelanggan.
Whatsapp : +6012-988 0414
Website : https://www.nusaraconstruction.com/
Facebook : Nusara Bina PMC
Instagram : @nusarabina
Nina pun plan sama nak renovate rumah nanti nak upah Nusara Bina. Depa dah berpengalaman lama dan trusted company
Tengah berangan nak ada rumah sendiri soon… Tassabar nak renovate
Mampu berangan dan set goal utk ada rumah sendiri tapi xtahu la bila. Kalau da Cam2 plan nak ubah suai.. Doakan2.. Suka tgok rumah desing Lawa2..
Bab pilih kontraktor tu kita kena bijak dalam membuat pilihan. Jangan tersalah pilih susah jadinya. Ambik masa lama sikit pon takpe untuk buat perbandingan dan pilihan agar apa yang kita nak kita dapat dan ita pon puas hati .. Tak gitu KakLong.
Betul Saidila. Kena pilih betul2. Takut2 kerja tak siap, dia dah lari. Pernah dengar kes ni berlaku. Bagus company ni ye?. Boleh masuk list kalau nak renovate rumah.
Ezna recently posted…Menjana duit dengan online survey | Triaba Malaysia
Nak juga renovate rumah.. Rumah lama ni memg bnayaknak betulkan
Terima kasih share panduan ni.. Berguna untuk sesiapa sahaja yang plan nak buat rumah atau renovate rumah.
Juju pun rekemen kat blog kompeni ni, trusted.
Terbaek !!
Betul tu. Kena pilih yang terbukti kredibiliti dia. Parents Rawlins dulu sebab nak tolong bisnes kawan, sekali jahanam rumah. Nie anak2 ada duit sket, bantu la perbetul rumah tu. Rawlins sebagai abang long paling keras bersuara agar semua lantik kontraktor yang dipercayai, walaupun lebih belanja.
Rawlins GLAM recently posted…A Quiet Place Part II [Movie Review]
nak pilih konttraktor pun kena berhati-hati. dapat yg jenis buat kerja cincai memang rasa tak berbaloi dengan duit yg dibelanjakan.
Tips yang bagus. Memang kena pilih dan pilih kontraktor ni. Supaya tak terkena dan teraniaya. Duit habis, rumah yang siap ala kadar.
Saya nak buat kak rumah saya, nak pasang laminate, tapi aduii ID tu tak bekerja time PKP ni.. terpaksa lee tungguu.. lagipun barang pun kilang tak boleh keluar..
Saya nk tengok laaa yang akak share ni, kotlah kan boleh sampai ke JB..
Sis Lin recently posted…CAKNA TAWAR SKIM PEMBAHARUAN TAKAFUL DAN CUKAI JALAN (SPTC) MELALUI APLIKASI DIGITAL
Memang bagus tips ni. Yup bab umah n bab nak pilih kontraktor memang sangat2 kena berhati2 n pilih dengan teliti sebab if salah pilih kte akan rugi n sakit hati hahah
these tips are so good and so important. most people spend so much money on renovation work that they can save on. i hope this article will being more people awareness! 🙂
Bukan senang cukupkan tabung nak ubahsuai rumah. Memang kena hati-hati..
Yaya Azura recently posted…Aktiviti Untuk Elak Anak-Anak Stress Ketika PKP
Kalau pilih kontraktor, saya lebih suka rekemen dari kawan-kawan dan saudara mara. Kemudian saya pi tengok hasil kerja kontraktor tu. Kadang dalam gambar tu saya kurang percaya. Bila visit kediaman, saya bleh la interview kos dan ambil masa berapa lama setel. Sebab saya suka kontraktor follow dateline. Harap lepas PKP ni bisnes kontraktor kembali rancak. Kesian mereka terjejas sangat kan Kak Sai.
Ruby recently posted…KDrama Voice Kembali Dengan Musim Baru! Voice 4 Menampilkan Gandingan Lee Ha-na Dan Song Seung-heon Menjadikan Drama Ini Lebih Mendebarkan.
one of kontraktor melayu yang sukses dan dipercayai. byk design rumah dia cantik2 suka tgk
Betul bila kita nak buat sesuai yang melibat kan kos yang tinggi dan juga jangka masa yang panjang kena pastikan betul-betul pilih kontraktor yang bertanggungjawab kerana ia akan musnahkan masa depan kita bila rumah yang diidam tak siap dan terbengkalai… Bagus tips yang dikongsikan ni ok lah kita cadang juga nak buat rumah kat kg tu…
Mahamahu recently posted…Konsep Mexican Street Foods Di Kafe Mercado Wisma Central
thanks for sharing kak long. bagus tips ni sangat bermanfaat
huda halid recently posted…Terharunya Dapat Kiriman Buah Rambutan Segar Dari Kampung
Wow.. Bagus info ini..
Nak renovate rumah tapi tak ada rumah.