Bismillahirahmanirohim , annyeong !! khaifa halukh ??
Tengah buat apa tu…?
Haaa entry kali ni aku nak kongsi pasal tips penjagaan kulit dan jenis produk yang sesuai digunakan semasa musim sejuk . Tapi produk yang aku gunakan ni memang sesuai digunakan untuk semua cuaca pun .
Korang perasan tak bila cuaca panas kulit muka pun kering dan bila sejuk pun kulit muka mudah kering .
Aku fokus pada muka sebab bahagian tu yang lebih terdedah dari mana-mana bahagian anggota kita .
Masa kat Madinah wajah aku terdedah pada angin sejuk dan masa kat Mekah pulak wajah aku terdedah pada terik mentari panas dan angin kering . Tak sampai sebulan balik dari Umrah sekali lagi wajah aku kena tadah angin sejuk beku di bumi Korea.

kimchi !!!!
Walaupun aku bukan seorang yang cerewet tentang penjagaan wajah , tapi aku kena jaga jugak . Wajah kita ni terutamanya untuk orang perempuan adalah aset penyejuk mata buat suami yang memandang . Sebab kalau tak jaga langsung alamat makin buruklah kulit jadinya . Tapi cantik tu subjektif ok .
Jangan kata tak mampu pulak ok . Sebab produk yang aku guna ni memang produk mampu milik .
HALAL Dan Selamat Digunakan
So , selain dari harga mampu milik , aku pilih produk bukan setakat ikut brand dan ada GMP semata , tapi kena ambik kira ciri-ciri lain seperti produk mestilah tanpa bahan kimia macam paraben , SLS dan SLES . Lagi satu , adakah ianya HALAL ?
Namun berapa kerat sangat produk kecantikan yang ada dalam Malaysia mahupun luar negara yang dapat pengiktirafan HALAL ? Haaa kann , bukan semua dan tidak semudah itu . Dan lagi satu berapa banyak produk buatan Malaysia yang mampu tembus masuk ke kaunter Farmasi ? pun susah .
Sekali lagi aku cakap bukan mudah produk skincare bumiputera nak masuk farmasi disebabkan prosuder makmal yang ketat dan sukar untuk memastikan produk yang dijual dalam farmasi adalah produk yang bebas dari bahan kimia yang merbahaya .
Ok , faham yer semua ? kalau dah faham aku nak bawak korang baca selanjutnya .**bunyinya agak poyo disitu….ekekeke
Orait aku sambung balik cerita pasal produk yang aku guna masa kat Korea . Yang produk aku guna masa Umrah tu nanti aku cerita dalam next entry . InsyaAllah
Aku cerita sebab aku nak korang pilih produk yang betul walaupun untuk makhluk yang sesimple aku . Macamana sekalipun aku punya simple , aku masih tetap memerlukan produk penjagaan wajah .
So apa dia produknya ?
.
.
.
.
.
.
.
Tadaaaaaa !!! inilah dia set yang aku bawak masa aku ber’winter sonata kat Korea . Tanpa produk ni confirm muka aku breakout habis . Bukan setakat muka jer boleh breakout tapi dengan kaki-kaki kau dan keseluruhan anggota badan kau pun boleh kejung tak dapat bergerak akibat sejuk yang teramat .

antara set travel Cosmoderm yang aku bawak kehulu hilir sepanjang trip ke Korea
Deep Heat Lotion – aku sapu DHL ni pada peha , betis dan tapak kaki setiap kali aku nak tidur . Kalau tak memang hazab bangun pagi dengan kelenguhan akibat berjalan . Dan aku sapu jugak setiap kali aku ready nak keluar dari hostel . Aku mintak tolong kawan aku Hanani untuk sapu DHL ni pada bahagian belakang badan aku supaya badan aku sentiasa hangat untuk meredah cuaca sejuk beku sehingga -16 di bandar Seoul .
Aku bawak DHL ni senantiasa dalam backpack aku . Sebab aku fikir mana tahu masa berjalan nanti aku memerlukan . Memang betul , masa hari salji turun tu lagilah kaki cepat rasa kebas , sebab aku guna kasut yang salah tapi selesa . Kasut dan stokin aku dah mula basah sebab aku pijak-pijak salji .

Itaewon yang telah diselimuti salji
Nak tak nak aku kena duduk kat mana-mana dan sapu DHL kat tapak kaki dulu , kalau tak memang tak berjalanlah darah aku sebab aku rasa macam kaki aku dah nak beku .
Ada sekali tu pulak kebetulan aku terserempak dengan tourist lain yang menggigil kesejukkan masa kat Pulau Nami , cepat-cepat aku hulur DHL untuk diorang guna .

aku tengah bagi tourist yang kesejukkan di Nami Island mencuba Deep Heat Lotion dan lain-lain produk Cosmoderm yang aku bawak
Bila diorang rasa hangat selepas sapu DHL ni terus diorang tanya aku mana nak beli DHL nih sebab diorang mula suka dengan kesan dari DHL ni yang memang cepat memberi rasa hangat , cepat meresap kat kulit dan tidak melekit langsung .
Nak bagi DHL tu kat diorang terus pun aku cuma ada satu jer , kang aku bagi diorang aku pulak yang kejung . Jadinya aku cuma mampu minta diorang ke laman web www.cosmoderm.com.my untuk sebarang pembelian .
Vitamin E Cream 3000 i.u & Vitamin E Oil 30’000 i.u – haaa jangan tak tahu pasal cream ni yer , dah banyak kali kot aku cakap yang Vitamin E Crem 3000 i.u ni sangat-sangat berguna dan sangat-sangat bagus untuk merawat kulit yang dah mula kelihatan macam nak breakout akibat cuaca sejuk beku . Angin sejuk kat Korea ni bila kena jer kat muka , dia punya rasa sejuk tu sampai ke tulang dan ada rasa macam menghiris kulit sampai rasa sakit dan pedih . Kalau korang pernah rasa cuaca macam yang aku pernah rasa mesti korang tahu macamana rasanya .
Tambah cuak bila aku rasa kat muka mula nak rasa kasar macam berbulu halus dan macam nak menggelupas . Kalau sebelum ni aku guna time nak tidur jer , tapi sejak kat Mekah lagi aku dah gunakan Vitamin E Cream 3000 i.u ni pada setiap masa yang diperlukan dan aku bukan setakat sapu Vitamin E Cream 3000 i.u ni kat seluruh muka tapi termasuk kat bibir juga .
Korang pun tahu yang aku kan tak suka pakai lipbalm .Ada sekali tu aku saja test Hanani punya lipbalm tapi mak aihhh aku rasa cam pelik jer kat bibir aku . Cepat-cepat aku lap pastu aku sapu jer bibir aku dengan Vitamin E Cream 3000 i.u .

pasangan suami isteri romantik dalam team ke Korea …**kak ani sedang sapukan vitamin e cream 3000 i.u kat suaminya yang mengalami kekeringan kulit muka dan bibir .
Alhamdulillah bibir aku tak kering langsung . Lagi bertambah helok bibir aku adalah sejak aku gunakan Vitamin E cream 3000 i.u ni sebagai pelembab bibir .
Walaupun pihak Cosmoderm tak declare boleh pakai Vitamin E Cream 3000 i.u ni kat bibir , tapi aku sebagai pengguna mengakui yang tiada kesan sampingan buruk langsung berlaku sejak aku menggunakan Vitamin E Cream 3000 i.u kat bahagian bibir .
Kalau korang tak yakin nak guna better jangan guna dan sebagai ganti korang boleh gunakan Vitamin E Oil 30’000 i.u untuk sapu kat bibir . Sebab sebelum aku guna cara shortcut untuk melembabkan bibir , Vitamin E Oil 30’00 i.u inilah yang aku gunakan .
Dan bagusnya Vitamin E Oil 30’000 i.u ni ialah ianya mampu menghilangkan parut akibat luka . Pernah anak aku si Cinta luka kat bahagian dagu dan tepi mata , setiap masa dalam tempoh nak sempuh tu aku cuma sapu Vitamin E Oil 30’000 ni jer . Kawan-kawan aku yang kena chicken pok pun ada cerita yang diorang guna dan katanya memang takder tinggal parut .
**Kenapalah masa zaman aku kena chicke pox takder yang suakan aku dengan minyak nih . Nak sapu sekarang dah terlambat kot . Tapi takperlah , at least aku dah tahu dan selepas ni aku guna untuk anak-anak aku dan bagitahu pada kawan-kawan dan saudara mara yang memerlukan.
Tea Tree Oil Magic Body Lotion – yang ni pun aku selalu ceritakan apa yang magic’nya . Masa kat Korea memang badan tak berbau busuk , so penggunaan Magic Body Lotion sebagai deodorant boleh dikatakan tak ada . Tapi akibat memakai long john seharian , makanya kulit kau mudah jadi gatal bila sampai ke tempat panas .
Tapi sebenarnya bukan salah long john , tapi salah aku makan sotong dan tak sedar diri ada alergik . Ubat alergik pulak tak bawak . Apa yang ada kat tangan aku waktu tu cuma TTO Magic Body Lotion . Terus aku rasa nak cium-cium jer cream tu sambil berguling-guiling kat salji sebab gembira .
Alhamdulillah dengan izin Allah lepas sapu TTO Magic Body Lotion ( walaupun tak mandi ) rasa gatal-gatal kat kulit aku mula terkawal dan aku pun berhenti menggaru macam monyet kena belacan siam .
BB Cream SPF 35 PA+++ – ok, sapa nak tahu aku guna yang mana ? takder yang nak teka ? ok takper ,biar aku bagitahu kat korang untuk BB Cream ni aku pakai yang ada oil control dan warna yang aku suka guna ialah warna nude code 01 . Tapi kadang-kadang aku pakai gak yang ada kaler . Biar lebih berseri kekdahnya .

ni BB Cream yang aku gunakan masa aku berjemur dengan kapal TLDM kat Selat Melaka
Walaupun kat Korea sejuk tapi matahari masih muncul lagi . Makanya sebelum keluar berjalan keluar , aku pasti akan sapu BB Cream SPF 35 PA +++ dulu kat muka .
So amacam ? nampak tak setiap satu barang tu memang ada kepentingan dan kegunaan dalam situasi yang tak terduga . Aku huraikan satu persatu supaya korang boleh nampak dengan jelas macamana aku menggunakan produk yang aku bawa semasa aku travel ke Korea pada musim sejuk .
Manalah tahu , lepas ni rezeki korang pulak nak merasa salji di negara orang , jangan lupa bawak Set Travel dari Cosmoderm dan beberapa produk Cosmoderm yang dijual berasingan untuk digunakan .

i love Cosmoderm
Korang boleh ushar sendiri kat laman web : www.cosmoderm.com.my
Facebook : https://www.facebook.com/Cosmoderm/
Instagram : https://www.instagram.com/Cosmoderm/
Dropship : https://goo.gl/ik4gQM
Sangat2 berguna item yang dilla bawak ni.
Produk Cosmoderm ni mmg tiada ragu2 nak pakai. DHL tu mmg peneman dikala Haida pms
Barang cosmoderm mmg ok..suka..DHL terbaik.malam tidur pun pakai
cikza suka guna vit-e memang bagus untuk kulit, stock dah nak habis ni boleh lah usha-usha.
Bagusnya ada penjagaan kulit yang sesuai di bawa untuk dipakai semasa melancong time musim sejuk kan!
terbaik kak.. mmg sy bwk set travel cosmoderm stiap kali travel
Anak remaja akak guna pencuci, toner dan pelembap tea tree. Mak mereka pun share guna pencuci muka je sebab untuk pelembap muka eiza guna vitamin E sebagai krim malam dan Luminous Pearl Brightening Day as krim siang. Rasa jelita sentiasa.
bagus ni.. dalam planning nak beli vit e itu
tak sabar nak try DHL tu, cepat la dropship poskan barang i..hehe
Next winter trip kena ada full range ni.. kl x pedih muka
Cosmoderm terbaik!!!
teringin lak nak guna Deep Heat Lotion tu kak…banyak dah produk cosmoderm berwajah baru..
Haaa nasib baik bawak Magic Lotion tu kan, kalau tak mau luka kulit u menggaru punya ganaihnya hari tu
Bilalh berpeluang pergi negara sejuk ek.huuuu
I love cosmoderm too..hehehe
baguih haish produk cosmoderm ni
Produk Cosmoderm memang best! Nina pun pakai… paling Nina suka Vitamin E 3ooo dia. Ini lah krim malam terbaik so far Nina guna.