Hai korang! sebelum aku sambung episod ke 2 entry ANJING YANG DIHANTAR TUHAN, ni saja aku nak ajak korang discuss tentang tips memilih kamera mirrorless yang sesuai dengan kegunaan dan juga bajet masing-masing.

Kebelakangan ni aku memang agak taksub sedikit melayan video-video di youtube tentang kegunaan kamera mirrorless dari segala sudut termasuklah bajet dan perbezaan antara setiap kamera mirrorless yang kawan-kawan aku ada guna dan syorkan pada aku.

Seriusnya sewaktu kau membuat perbandingan kau akan rasa bengong tak tahu nak pilih yang mana.

Nafsu untuk memiliki sebuah kamera tak kiralah jenis DSLR ataupun Mirrorless tu selalunya akan cenderung nak yang bagus yang terbaik yang memang tahap padaiyappa. Untuk memilik sebuah camera yang terbaik dan terkini yang boleh buatkan gambar dan video nampak amazing memang banyak belanja yang kena keluar.

Oh yer, lupa bagitahu yang ini adalah cara aku membuat pilihan, sebab aku bukan jenis tangkap muat asal boleh. Jenama kamera yang aku pegang mestilah kena dengan sesuatu nama yang aku suka. Walaupun nampak tak penting bagi semua orang tapi bagi aku agak pentinglah jugak.

Sebabnya yang lain, bila ramai orang menggunakan jenama yang sama, senang untuk kau buat rujukan.

Nak-nak kau tu pulak nubis dalam dunia fotografi. Untuk memudahkan dan mengecilkan pilihan, ada beberapa perkara yang kau kena tetapkan sebagai garis panduan, antaranya ialah:

BAJET

Bila dah tetapkan bajet baru senang nak kecilkan pilihan. Its ok jer kalau nak beli yang second hand tapi korang kena make sure yang condition barang semua dalam keadaan 9/10. Bajet aku telah melebihi sasaran asal.

Sepatutnya ketika ini aku dah boleh pegang sebiji kamera mirrorless, tapi entah macamana fikiran aku berubah, target pun berubah dan kos meningkat. Sudahnya aku kena tunggu untuk beberapa waktu untuk dapatkan apa yang aku nak.

Alah membeli menang memakai, gitttu.

JENAMA

Sapa jer tak obses dengan jenama. Tahap populariti jenama pun adakalanya masuk dalam senarai pilihan. Tapi, tahukah korang ? dalam setiap jenama akan ada macam-macam type dan dalam satu-satu type ada beberapa model dan dalam satu model tu ada pulak siri-siri dia. Haaa kat sinilah cabaran yang sebenar-benarnya.

Aku pun pening oii !!

Contohnya, aku nak kamera jenama Olympus type mirrorless. Pastu aku kena pilih pulak nak model yang Olympus yang mana, OM-D ker Olympus PEN. Lepas dah pilih modelnya, aku kena pilih siri dia yang masing-masing ada lebih kurangnya dan mengikut tahun dikeluarkan.

Kalau ikut kata nafsu nafsi memang aku nak yang terlatest sekali. Tapi memang nahaiiii, tak terkejarnya aku nak beli macam beli jajan tu oiii kecuali aku anak tauke balak haram.

KEGUNAAN

Untuk orang seperti aku, kegunaan tu sebenarnya terletak betul-betul dekat nombor 1. Tapi sengaja aku letak bajet dan jenama tu atas sekali. Bila kau dah nekad nak memliki sebuah kamera idaman, kau mesti dah boleh imagine apa yang bakal kau buat bila kamera yang kau pilih sudah berada dalam genggaman.

Kalau korang tanya aku, aku cuma nak sebuah kamera mirrorless yang tahap sederhana bagus, senang dikendalikan. ada sensor dan autofokus yang baik, boleh ngam dengan pelbagai lense tambahan, boleh wifi , senang nak pindahkan gambar dan ada ramai pengguna supaya senang nak rujuk jika ada masalah.

Tapi itu akulah, korang sendiri pulak macamana ?

Jadi, untuk mengecilkan lagi pilihan mari kita tinjau beberapa perkara.

Mula-mula sekali korang kena tanya diri, “aku nak beli kamera mirrorless ni untuk apa.. ?”

  • adakah disebabkan mengikut trending, usung kamera mirroeless biar nampak up to date
  • atau disebabkan pengaruh rakan sebaya
  • nak ambik gambar pemandangan masa pergi travel

  • untuk ootd biar nampak lagi bergaya

  • untuk buat video/vlog

Kalau korang dah tahu korang nak beli kamera mirrorless ni untuk apa, then langkah seterusnya cari yang sesuai dengan kehendak korang. Mungkin ini pertama kali korang nak beli kamera mirrorless,  jadi ramai yang sarankan supaya beli sahaja dulu apa-apa kamera yang memang dalam bajet. Nak-nak yang suka ambik gambar pakai mode auto.

Lain pulak pada yang beli kamera mirroless sebab suka buat video, makanya carilah kamera yang autofokus’nya cepat bertindak, sebab dalam video kena banyak gerak. Jadi kalau pilih kamera yang autofokus,nya lambat, nanti bila gerak jer autofokus pun berubah, dah jadi satu kerja nak kena adjust balik. Itu yang ada kadang duduk kena statik tak boleh buat gerakkan mengejut disebabkan ada kamera cepat hilang autofokus.

Makanya, pergi kedai kamera pastu minta tauke tu keluarkan semua jenis display kamera yang berada dalam bajet korang, pastu korang try satu persatu kecepatan autofocus kamera yang ada. InsyaAllah mesti korang akan boleh pilih jugak dengan ciri-ciri kamera yang korang nak yang sesuai dengan cara kendalian dan bajet korang.

Aku pun dah buat perbandingan melalui pengalaman kawan-kawan yang dah lama memiliki kamera pelbagai jenis dan juga melalui pembacaan dan juga menonton tutorial di youtube.

https://www.youtube.com/watch?v=CetDfLTg_tw

Tapi, aku ada satu cara paling pantas paling sesuai untuk membuat pilihan yang mungkin korang boleh cuba juga. Korang klik link kat bawah ni dan pilih ikut bajet dan minat korang then nanti dia akan bagi beberapa pilihan. Aku dah cuba dan memang apa yang dicadangkan ada dalam pilihan aku.

TOLONG SAYA PILIH KAMERA MIRRORLESS MANA YANG SESUAI DENGAN BAJET DAN MINAT SAYA

Apapun survey itu penting, biar lambat buat keputusan asal tak menyesal di kemudian hari. Lagi satu yang korang kena ingat termasuk aku jugak, setiap kamera ada kelemahannya biar hebat macamana sekalipun.

Contohnya dua kawan blogger kita ni yang telah memilih kamera dari jenama dan type yang sama tapi hanya siri yang berbeza.

Sebab masing-masing ada keperluan yang sama tapi masih berbeza. Nak tahu apa kamera pilihan diorang, korang boleh rujuk link yang aku bagi ni, kamera pilihan Juju dan Qaseh. 

Kamera biar murah sesuai bajet tapi kalau korang mahir, hasil dia mesti meletops kebabom. Antara pengguna kamera Sony yang aku kagum akan hasilnya ialah Ben Ashaari. Dialah punca aku meroyan nak beli sebijik kamera mirrorless macam dia. Cukup ada lense yang baik ditambah dengan skill yang bagus maka hasil gambar pasti jadi osemmm.

Ok ini sebenarnya sebahagia kecil perkongsian aku jer, ada banyak lagi aku nak kongsi dengan korang tentang tips pemilihan kamera mirrorless yang sesuai. Yup aku bukan profesional dan tak layak nak berbicara dengan lebih dalam tentang cara dan penggunaan sebuah kamera.

Tapi aku sedang belajar memahami dan aku tak kisah pun kalau ada yang kata cara aku salah sebab kalau aku salah mohon tegur dan betulkan supaya aku faham.

Sebelum terlupa, kalau korang nak belajar pasal WordPress dan SEO, sila masuk ke “Kelas Belajar WordPress Dan SEO” yang dianjurkan oleh 2 guru yang mengajar aku tentang pentingnya penulisan SEO dalam blog, sebab SEO aku berjaya memenangi wang tunai berjumlah Rm1200 dari Contest SEO yang pernah dianjurkan oleh syarikat tempatan.

Selamat berfotografi !

Categorized in: