Tips Dan Nasihat Bisnes Online Terutamanya Newbie 

tips bisnes online

Untuk yang baru nak bermula…..mungkin ada yang rasa kecewa bila post kita tak dapat respon…betul kan?

Nak tau apa sebabnya ?

Sebelum ini kita tak pernah post pasal produk…..tiba2 sekarang baru ada.

Orang sedang memerhati kita sebenarnya…..sebab sekali tengok mereka tak akan terus order

Teruskan post ….. sebab post yang awal2 ini adalah hanya sekadar ingin memperkenalkan diri dan produk yang kita jual

Jangan target nak menjual terus, pasti anda kecewa.

Bila viewers dah selalu tengok post kita, baru keyakinan akan timbul….sebab dia tau, kita memang betul2 seller yang boleh dipercayai….

Jika kita post 2 kali , 3 kali sahaja…..lepas tu stop (sebab frust kononnya) orang lagi tak percaya pada kita.

So….untuk permulaan ni, post sekerap mungkin, 1/2jam sekali dan setiap hari…non stop.

Sampai 1 tahap…bila org nampak nama kita je orang dah tau kita ni pengedar & peniaga.

Tapi nak sampai tahap tu…..buat dan terus buat…….konsisten…istiqamah.

Hasilnya pasti tak mengecewakan….

Jangan Merasa Diri Orang Popular

tips bisnes dr m

Muhasabah diri……..tanya balik……siapa kita ni sampai sekali post terus orang nak beli….?

Jutawan online yang berjaya PUAN EIDA HASSAN beritahu……dalam 1 jam, dia post sebanyak 5 kali , 12 minit 1 post….

Cuba tengok….kita post berapa kali dalam sejam….?

Jadi , lepas ini  ubah cara berfikir , ubah cara bekerja

InsyaAllah , semua pasti boleh CEMERLANG

14 Cara Nak Berjaya Yang Di Kongsi 

  1. buat bisnes (knowledge)
  2. sentiasa fokus pada matlamat
  3. kuasai suara kecil dalam diri anda
  4. kuasai kepercayaan/ keyakinan ( tukar sistem kepercayaan kita)
  5. tukar persekitaran/suasana hidup yang lebih positif
  6. perhatikan dgn siapa kita bergaul / berkawan
  7. konsistens
  8. follow sistem 100%, strategi
  9. kuasai ilmu yang khusus
  10. komitment dengan mentor
  11. tingkatkan nilai diri andatulis
  12. platform/skill tahun ni dan pergi belajar
  13. siapkan satu2 impian anda yang dah capai target
  14. sumbangan (setiap bulan bagi sumbangan pada siapa2 sahaja walaupun sikit )

3 CARA MENGUASAI DIRI 

  1. persoalan diri (bisikan2 negatif)
  2. lawan balik suara hati yg negatif
  3. follow n tambah lagi dgn idea yg lebihbaik

4 PENGHALANG UNTUK BERJAYA

  1. kurang tenaga
  2. kurang fokus
  3. kurang sihat
  4. kurang minat

6 PEMBUNUH KEBERANIAN / KEYAKINAN MANUSIA

  1. takut , was-was dan ragu-ragu
  2. bisikan orang yang negatif amat bahaya
  3. apa yang orang cakap pasal kita tidak penting tapi apa yang kita cakap pasal kita lagi penting.
  4. jangan campur orang-orang yang bergaduh.
  5. manusia senang terima sesuatu yang realiti
  6. protect kolam (hati / jiwa) anda / jaga kolam anda dari perkara-perkara yang negatif

SEDIKIT TIPS BUAT YANG BERNIAGA

Tolong jadikan rutin harian

Waktu paling berkesan untuk update ialah

  • Jam 9 pagi
  • Jam 3 ptg
  • Jam 9 mlm

Hari efisien ialah pada hari bekerja

Hari minggu jarang orang tgk fon

Sehari 6 kali update

Manusia akan lebih mengingati jika dia nampak dan baca promosi kita 6 kali sehari

  • 1 kali tengok baru dia buat derkk
  • 2 kali tengok dia rasa nak baca
  • 3 kali tengok dia rasa berminat
  • 4 kali tengok dia rasa teruja
  • 5 kali tengok dia rasa tak tahan
  • kali ke 6 dia akan buat keputusan untuk PM @ WHATSAPP kita

Entry Berkaitan :

Tips Bisnes Marketing Di Instagram

6 Resepi Kejayaan KFC Colonel Sanders 

Kenapa Nabi Muhammad SAW Berniaga ?

Panduan MLM Patuh Syariah

Komen Admin Blog  : ini adalah tips yang admin cnp dari group , admin juga masih belajar dan berusaha praktikkan apa yang admin kongsi , di blog’kan supaya admin sendiri boleh baca bila ada kelapangan .

Categorized in: