Pertamanya aku nak ucapkan terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi menasihatkan aku supaya jangan guna dan bawa iPhone pada musim sejuk dan bersalji masa aku nak pergi di Korea Disember tahun lepas kerana dikhuatiri akan gagal berfungsi atau istilah tepatnya hang.
Masa aku buat survey pun ramai yang kata iPhone mereka tidak berfungsi dalam cuaca sejuk apatah lagi kalau sampai ke suhu sejuk yang negatif . Atas dasar pengalaman aku sendiri maka aku selitkan sedikit tips dan cara nak elak iphone atau smartphone dari jadi hang semasa pergi bercuti ke negara yang bermusim sejuk.
Persoalannya Ialah Benarkah ?
Pada asalnya, aku yang memang tak berpengalaman pun ada terfikir “takkan sampai macam tu sekali kot …?” pastu nak argue dan cakap lebih-lebih pun bukan aku ada pengalaman lagi, so aku haah kan saja, tapi dalam diam aku bawak jugak smartphone spare yang bukan iPhone.
Manalah tahu kot betul masin mulut diorang tu, aku jugak yang menyesal. Sebab yang cakap tu semua orang yang dah ada pengalamn pergi kat tempat sejuk.Dahlah aku ada misi khas kat Korea nih, kalau iPhone aku buat hal , mau habis kejaya aku sebagai seorang blogger. Dahlah kena label jadi blogger kampung’lah , jakunlah. **huhuhuhu
Kat bawah ni semua gambar-gambar aku ambik menggunakan iPhone.
Maka pada 15 Disember 2017 bermulalah perjalanan aku berbekalkan seketul gajet iPhone 6 ker Korea.
Dek kerana teruja, sampai Incheon Airport aku terlupa pantang larang iPhone yang tak boleh kena sejuk , sebab nanti iPhone hang, kata dioranglah .
Keluar jer pintu airport nak naik bas aku terus buat go live kat FB . Sampai kawasan Namsan Hostel pun aku buat go live FB.Kalau korang nak tahu suhu waktu tu memang tengah – 10 , sejuk beku campur dengan angin yang agak kuat pada pukul 1 pagi hingga menggigit kulit sampai ke tulang. **brrrrrrrrr

ni kawasan paling hujung kat kawasan Namsan Tower , Nampak seluruh Seoul
Sampai hostel pijak lantai dalam bilik barulah rasa lega sebab panas. Lemak aku yang dah beku terpaksa aku cairkan dengan menempelkan badan atas lantai bilik.
Tapi bukan itu yang aku nak cerita.
iPhone hang Semasa Musim Sejuk Hanya Mitos
Selama aku berada di Korea memang aku guna iPhone 6 aku jer untuk aku ambik gambar,video, dan buat live. Siapa yang follow aku mesti tahu berapa banyak live aku buat sampai tengah live pun jatuh atas salji dek kerana ralit buat live masa salji turun.
Dari hari pertama kat Seoul tu pun angin sejuk dia memang lain macam. Kulit kau kena angin pun rasa sakit dan perit, rasa macam nak kena frost bite pun ada. Bahagian yang paling terdedah opkoslah jari, sebab aku pakai glove yang half, lagipun nak ambik gambar nak type status semua senang .

meredah salji di Itaewon
Bila pakai glove yang full dan katanya boleh touch skrin , masa tu pulak tak berapa berfungsi . Tu yang tak sampai beberapa saat jejari yang terdedah tu pun mula nak membeku. Nak tak nak kenalah cepat-cepat aku pakai glove yang full cover.

ralit dengan keindahan sinaran lampu di depan Lotte World
Pendek kata sepanjang di sana memang aku tak guna phone lain selain dari iPhone 6. Ada yang kata mungkin sebab aku guna casing tebal. Oh tak yer, aku tak suka pakai casing tebal-tebal sebab nanti jadi berat.
Tu tak campur aku lepak kat Namsan Tower lebih 3 jam dan naik kereta kabel yang terakhir . Aku rakam pemandangan bandar Seoul dari atas , buat live FB , pastu video call keluarga kat Puchong dan video call boss aku kat rumah dia . Semata kerana nak tunjuk yang mitos tentang iPhone tidak boleh guna pada masa musim sejuk adalah tidak benar .

mercu tanda Seoul , Namsan Tower

bandar Seoul dari atas Namsan Tower dengan suhu -16
Kepentingan Hot Pad
So bila orang tanya aku camner iPhone 6 aku boleh survive dalam cuaca sejuk . Jawapan aku ialah aku guna hotpad. Tapi ta perlulah sampai nak tampal hot pad tu kat phone, cukup sekadar letak kat kocek baju yang mudah seluk. Once kau tak guna phone kau letak jer phone tu kat kocek yang ada hotpad.

hana ..tul…set ….kimchiiii
Dan hotpad paling bagus paling lama boleh tahan panasnya ialah hotpad yang aku beli di kedai cenderamata Winter Sonata kat Nami Island. Berbanding dengan hot pad yang ada gambar kanggaru.Tapi kalau dah takder tu guna jerlah apa-apa brand janji hotpad.

#kbba9 forever
Ok ? jelaskan ? takder rahsia-rahsianya. Dan lagi satu aku juga pastikan phone aku sentiasa ber’caj bila tak digunakan. Guna kabel caj yang panjang supaya pergerakkan tu senang waktu kau nak ambik gambar.
So , sekian tips dan cara guna iPhone pada musim sejuk. Saranghae !
Nota : antara header blog kawan-kawan yang sempat aku dan partner rakam semasa di Nami Island .
Nampak header kita disitu
Cantik semua gambar².
Takde pun gambar snap blog saya. K done unfriend
kita tak pakai ipong…patutlah semua gambar cantik² ye..
Cantik sangat gambar dengan iphone ni
ohhhh cantiknya gambar tu…dah lama nak fefeling sejuk snow gitu
Oh itulah rahsianya…hik. Nice info. Manatau ada rejki guna ipong di musim sejuk..hehehe
Jaja Zaleha recently posted…Tips Cantik | Jenis Kulit dan Cara Penjagaan Kulit Wajah
I really enjoy your writing, this iphone related article is easy to understand so help me and increase my knowledge about this, thanks for sharing with us, I wait for the next update.