Alhamdulillah….

Akhirnya …impian aku untuk memilik set bola bowling tercapai juga pada hari ini . Agak lama jugak untuk aku decide sukan indoor yang mana harus aku jadikan rutin mingguan atau masa lapang .

img_6946

Antara sukan Bowling atau sukan Archery ( Memanah ) mana lagi best…? Bagi aku dua-dua pun best . Bowling best ..archery pun best kalau selalu main . Ada sekali aku try main indoor archery , memang layan . Tapi time tu aku tak fokus sebab jarak antara player agak rapat dan aku tak bersedia dari segi tenaga . Dah habis masa training bowling .

Tips Memilih

Antara tips dan cara memilih sukan indoor mana yang lebih sesuai dengan gaya hidup kita tu pun korang kena ambik kira jugak . Mana yang lebih bagus ? sebenarnya terpulang pada kehendak kita masing-masing . Tak semestinya kau kena jadi bagus dulu dalam sesuatu baru nak decide . Pertamanya pilih sukan yang sesuai dengan gaya hidup , pastu kemudahan yang disediakan , baru kemampuan diri sendiri termasuklah kesihatan dan kos peruntukkan untuk sukan tersebut .

img_6307

Kalau ikut taste sukan yang mencabar memang aku pilih sukan menembak jer . Almaklumlah dah pernah dinobatkan sebagai juara sharp shooter’kan …**ekekekeke

Tapi sukan menembak kos dia sangat tinggi . Tak semua orang mampu kecuali kau join ahli dan boleh bagi komitmen .

Sejak tournament bowling bersama muslimat berakhir 3/10 hari tu , semakin berkobar-kobar pulak perasaan aku nak memiliki set bola bowling sendiri . Tak sangka akhirnya ada gak rezeki aku . Dan semoga Allah tambahkan rezeki dd sebab dia yang menggalakkan aku dan dia juga yang beria nak hadiahkan aku sebiji bola bowling . **sweet angatttt

img_6646

Start hari Rabu , Khamis dan Jumaat memang jeenuh gi sana -sini semata nak survey harga bola dan kasut . Kat Sunway harga sangat tinggi tapi sesuailah ngan bolanya yang comel-comel …

Hari Rabu dd bawak aku gi survey kat PAS ( Plaza Alam Sentral ) . Sambil dia hantar bola yang dia baru beli ngan sapa tah kat online untuk ditebuk lubang baru ikut jari sendiri .

Sekali aku terbekanan ngan sebiji bola , memang menarik perhatian betul warnanya . Tapi sebab tak pasti berat bola tu berapa paun dan jenis yang macamana so aku buat derk jer dulu .

Bila dd buka mulut kata nak beli bola untuk aku untuk corak permainan dan berat yang sesuai ngan aku terus tauke tu tunjuk bola yang aku suka dalam diam pada mulanya .

Katanya itu bola corak baru . Perghhh memanglah mata aku nih …selalu jer berkenan ngan yang latest design . Harga sebiji bola tu pun boleh tahan . Rm200++ . Tu diaaa aihh …baru bola , belum kasut ngan beg tarik lagi .

img_6919

Ada kasut yang murah tapi tak sedap pakai , ada kasut sedap dipakai tapi harga dia pun sedaplah jugak .

Terus aku hold tak jadi nak beli dan ajak dd survey tempat lain pulak . Tapi dd kata takper . Asalkan aku suka dan rasa selesa cukuplah . Hari khamis aku pergi ke Setia City Mall , kasut takder stok tapi dapat beli beg tarik . Bola kat situ mahal seringgit dari yang aku beli .

Hari Jumaat tu kira final , pagi tu pergi IOI Mall Puchong tapi kedai tak bukak lagi , intai-intai nampak banyak gak pilihan kasut . Pastu pergi pulak ke IOI Putrajaya pagi yang sama tapi kedai belum bukak lagi . Petang lepas dd solat jumaat kitorang pergi balik ke PAS untuk ambik bola dd dan bola aku . Tapi bola dd tak siap lagi so tebuk bola aku jer .

Nak balik tu aku teringat satu tempat kedai bowling kat Ole-Ole , pergi sana jumpa jugak ngan kasut yang aku baru jer tengok online . Test kasut yang ada , ngam pulak . Terus jer grab . Akhirnya di hari Jumaat yang mulia semalam lengkap sudah pencarian aku dan dd .

Harga semua tempat tak sama walaupun benda yang sama . Bola aku beli kat PAS sebab itu yang aku berkenan mula-mula . Kasut ngan beg agak mahal jugak kat situ dan takder brand yang aku nak . Beg tarik pulak beli kat Setia City Mall , harga bola agak murah berbanding PAS . Kasut takder pilihan langsung . Beg tarik dapat murah beza dari kat PAS .

Kasut pulak aku beli kat Ole-Ole Seksyen 18 Shah Alam . Bola mahal sangat , beg takder ready stok tapi kasut semua branded ada kualiti dan kat situ jugak aku dapat beli kasut yang aku berkenan sangat dengan harga yang murah .

Kos keseluruhan seperti ini ,

Bola WD 11 paun : Rm219
Tempat Beli : PAS ( Plaza Alam Sentral )

img_6918

Kasut Brand Dexter : Rm250
Tempat Beli : Ole-Ole Seksyen18 Shah Alam

img_6924

Beg Tarik Panther : Rm250
Tempat Beli : Setia City Mall , Setia Alam

Beg tu boleh muat 2 biji bola , 1 bola aku 1 bola dd so tak boleh kira masuk dalam kos .

Jangan korang pikir wow mahal , bagi aku semua sukan ada kosnya tersendiri . Yang aku beli tu bukan benda basi , bukan leh pakai setahun dua jer tapi semua untuk jangka masa panjang .

First thing aku bukanlah nak jadi player profesional walaupun aku dah bergelar player untuk wakil daerah Puchong . Tapi lebih kepada nak beriadah . Aku nak bersenam kat luar segan . Aku nak jogging kat luar pun dd tak bagi . Bimbang apa-apa jadi kat aku masa tengah berlari katanya , tau tau tak balik . Dah dia nak kena menikah lain pulak , lagi tinggi kosnya nanti…ehehehehe

img_6663

Ditambah dengan kes culik , rompak , rogol wanita yang sedang bersenam pun dah tinggi kan . Memang tak kira apa dah penjenayah zaman sekarang nih . Orang nak kurus pun tak senang ….

Yang keduanya bila main bowling ni tumpuan kita akan pergi pada pin bowling , camner nak dapat strike , kalau tak dapat camner nak buat jadi spare pulak . Nampak macam elehh baling jerlahh …memanglah baling jer beb , tapi kalau kau takder letak target langsung kau dah kenapa ?

Target lari tu dah kira benda lain , tapi jangan takder target langsung . Frame demi frame cuba jadikan target kau mengena pada sasaran yang kau sasarkan .

So ….itulah dipanggil FOKUS . Bila kau fokus , kau ada startegi , kau ubah cara kau fikir HOW TO barulah akhirnya kau akan rasa manisnya sebuah kejayaan yang kau dah atur dengan baik . Kena tak kena pada sasaran tu belakang kira .

img_6556

Fuhhh…..panjang pulak sembang aku pasal sebiji bola bowling .

InsyaAllah nanti time aku dah terer sikit dan memahami cara bermain yang betul , aku akan kongsi tips-tips camner nak pilih bola , kasut dan tips dari seorang amatur bowling .

So oklah…itu jer aku nak cerita . Kalau nampak aku tengah main bowling kat mana-mana nanti tegur-tegurlah aku yer walaupun aku bukan player profesional tapi bolehlah tahan .

Categorized in: