Assalamualaikum dan hai gais ! entry kali ni aku nak kongsi dengan korang tempat aku beli peralatan snorkeling.
Aku memang dah rindu teruk nak buat aktiviti snorkeling sejak balik dari Pulau Sabang. Tapi itulah , baru nak layan balik kita semua dah kena stay at home and stay at your own country.
Tapi bersyukur jugak disebabkan covid19 ni barulah ramai yang nak melancong balik dalam negara sendiri termasuklah aku.

Bukanlah sebelum ni tak nak pergi tapi kita tahu dalam negara ni anytime boleh pergi sedangkan yang oversea tu mungkin sekali seumur hidup. Sebab tu ramai orang nak pergi melancong ke luar negara dulu. Bukan sebab dalam negara tak best yer tapi sebab merasakan “takper nanti bila2 pun boleh pergi.”
Bukan kita jer yang pikir macam ni , orang negara luar yang ada 4 musim pun sama jugak. Ikutkan diorang tu lagi teruk, asal tiba musim winter , time tu lah kalau boleh diorang nak lari dari negara sendiri dan datang ke negara lain seperti Malaysia yang sebenarnya juga ada 3 musim. Panas , hujan dan jerebu.
Memandangkan Malaysia juga banyak tempat-tempat menarik untuk buat aktiviti snorkeling jadi aku rasa dah boleh jugak nak mulakan travelog jelajah pulau-pulau.
Biasanya bila kita ambik pakej snorkeling , peralatan tersebut akan disediakan oleh mereka.
Jadi dah kenapa aku beria nak cari dan beli peralatan snorkeling sendiri nih ?
Kalau ikutkan boleh jer beli dekat kedai sukan seperti Sports Direct ataupun Decathlon. Tetapi untuk orang macam aku yang berkepeluan khas kena beli dekat tempat yang khas juga.
Berkeperluan khas tu maksudnya ialah aku perlukan mask yang ada power. Bukan mask yang biasa-biasa. Sebab aku kan rabun jauh. Pastu rabun jauh aku bukan rendah tapi tinggi. Aku lebih rela tak buat aktiviti snorkeling kalau tak boleh nampak apa-apa kat bawah laut tu.
Teringat masa aku buat snorkeling kat Pulau Rubiah di Sabang, Acheh diorang tanya aku kalau aku perlukan mask yang ada power atau tak. Dan aku segera kata aku nak walaupun kena caj lebih dari harga biasa.
Tapi tak apalah asalkan aku boleh melihat dengan jelas apa yang ada di bawah sana. Barulah aktiviti snorkeling jadi lebih syok !
Balik Malaysia aku cari , jenuh jugak tanya dan google mana nak beli mask yang ada power. Tapi banyaknya semua tunjuk beli dekat Decathlon.
Pergi kat Decathlon tengok memanglah ada tapi mask’nya , tapi tak seperti yang aku harapkan. Last-last nak givap cari ada sorang staff Decathlon syorkan aku cari dekat kedai yang jual peralatan scuba diving. Aduiii awatlah aku tak terfikir.
Then aku google, dapat satu contact kedai ni aku pun call tanya untuk sahkan betul ker kedai dia ada jual mask yang ada power. Lepas dah sahkan barulah aku spend masa untuk pergi beli. Dan akhirnya viola !!

Maka dengan itu aku nak kongsi dengan korang supaya mana yang sama perlu dengan aku tu bolehlah cari di tempat yang sama.
Jangan risau kedai ni ada banyak lokasi di seluruh Malaysia.
Salah satunya di Petaling Jaya. Kedai dia tepi jalan jer. Masa aku masuk pun ada yang buat muka pelik tengok aku. Haaa lerr muka cam acik2 jual goreng pisang masuk kedai scuba ko.
PRESTIGE SCUBA SDN BHD
Address: 14, Jalan SS 2/75, SS 2, 47300 Petaling Jaya, Selangor
Email: info@prestigescuba.com
Contact: 03-7495 6777
Pastu ramai staff dia silih ganti tanya aku “cari apa..?” “you nak cari apa..?” Aku sengih jer sebab sebelum datang pun aku dah call dulu dan staff tu dah assist aku pun sebelum diorang yang lain tanya.
Mungkin diorang bajet aku ni salah kedai nak cari peralatan dapur tapi masuk kedai peralatan diving. Ekekekekeke. Overall diorang peramah. Aku siap dapat head strap percuma ko sebab aku mintak kurangkan harga sikit.
TIPS PILIH MASK SNORKELING YANG SESUAI
Sebab aku bukanlah diver atau orang yang profesional jadi nak bagi tips lelebih taklah aku pandai. Ni pun aku kongsi dari pengalaman dan pembacaan serta penerangan.
Aku hanya nak beli mask yang basic dengan tambahan lense yang ada power. Tapi kena ingat waktu beli mask ni kena cari yang betul-betul ngam dengan muka.
Macamana nak tahu ?
Bila test mask tanpa pakai strap , korang tarik nafas then goyang-goyangkan kepala. Kalau mask tu tak jatuh then kita pun tak boleh bernafas maknanya mask tu ngam dengan muka korang. Bila ngam maknanya air tak akan masuk.
So mask yang aku cuba mula2 memang tak ngam dengan muka sebab kena hidung. Test mask yang lain pulak ok tapi harga dia pulak lebih.
Tapi itulah nak tak nak kena pejam mata beli jugak.
Ok settle satu bab pasal pilih mask yang sesuai. Now masa untuk tambah lense yang ada power. Beli mask pilih lense yang kaca yer bukan yang plastik.
Harga lense ada power sebelah sahaja Rm110 so nak sepasang jadi Rm220 macamtulah.
Aiii nasiblah ada bajet. Kalau tak tunggu next month’lah jawabnya. Tapi oklah sebab mask ni akan jadi mask khas untuk aku yang orang lain tak boleh guna kecuali dia pun rabun sama macam aku.
Tak sampai sejam pun untuk tukar lense biasa ke lense ada power. Nice !
Jadi , sebagai tambahan info pasal mask snorkeling aku CNP dari kawan Facebook Jack S Adli yang kebetulan dia juga menulis pasal mask ni. Dan dia juga seorang yang lebih berpengalaman dalam dunia bawah laut.
Tips Untuk Diving Mask / Snorkeling Mask
Dive/Snorkeling mask antara peralatan yang sangat penting untuk penglihatan anda semasa didasar laut atau untuk melihat ke dasar laut.
Pemilihan face mask yang tepat dapat membantu menjamin keselesaan anda untuk melakukan aktiviti Diving/Snokling.
Berikut antara tip pemilihan mask untuk anda.
Jenis
- Beli yang menggunakan cermin Kaca, bukan Plastik.
- Beli yang jenis faceplate untuk penglihatan lebih luas dan jelas.

Diving Mask
Terdapat banyak jenis dipasaran dengan pelbagai bentuk, antara yang selalu di gunakan dari jenis biasa, full face dan Jenis hand Free clearing [purge valve]
Bagi saya jenis hand free clearing lebih mudah, anda hanya perlu hembus udara dari hidung [blow out] untuk keluarkan air yg masuk ke dalam mask tanpa perlu menyentuh mask, berbanding yang biasa dimana anda perlu buka sedikit bahagian bawah dan hembus udara [blow out].
Snorkeling Mask
Terdapa 2 jenis :
- Yang sama di gunakan untuk diving berserta snokel untuk bernafas dari mulut.
2. Yang terkini Easy breath, menutup seluruh muka dan snokel tersedia, anda hanya perlu bernafas seperti biasa melalui hidung.
Bagi saya jika anda hanya ingin melakukan aktiviti snorkeling sahaja, NO.2 adalah pilihan yang bijak dan lebih selesa.

Saiz
Face mask BUKAN free saiz. Pilih face masak berdasarkan bentuk muka anda, jika tidak, air akan sering masuk kedalam mask mengganggu pandangan mata dan menyebabkan anda berada di situasi tidak selesa.
Tip Pemilihan Facemasak Mengikut Bentuk Muka :
Tekupkan face mask pada muka, [tanpa sarungkan strap] dan tarik nafas agar ia melekat, kemudian tunduk ke bawah selama lebih kurang 30saat. Jika ia masih melekat, bermakna ia sesuai dengan muka anda. Jika terlucut bermakna ia tidak sesuai dan air mudah masuk.
[Test ini juga boleh dibuat untuk memastikan skirt pada mask lama masih berfungsi dengan baik]Cara Pemakaian
Pastikan tidak ada gangguan pada skirt mask [rambut, penutup kepala] yang membolehkan air masuk.
Anda tidak perlu pakai terlalu ketat, kerana tekanan dalam laut akan menjadikannya double ketat dan bakal meyakitkan muka anda.
Pakai secara sederhana kerana tekanan di dalam laut akan membantu untuk memberi lagi tekanan bagi mengelakkan air masuk jika facemask tersebut bersesuaian dengan muka anda.
Masalah Kabus Pada Cermin
Masalah ini sering berlaku bagi facemask yang baru di beli dan yang jarang di gunakan.
Anda boleh mencuci facemask anda sebelum melakukan aktiviti dengan beberapa cara :
- Cecair khas anti foging yang terdapat di jual di kedai outdoor
- Ubat gigi [bukan jenis gel]
- Syampu Bayi
- Airliur sendiri [bukan kahak]
JANGAN guna bahan yang bahaya dan boleh memedihkan mata seperti cecair basuh pinggan.
Jika masih tidak berkesan bermakna ada lapisan lain yang terdapat pada cermin.
Apa yang selalu saya buat, saya akan melayurkan api lighter /lilin secara perlahan lahan pada keseluruhan bahagian dalam cermin,kemudian di gosok menggunakan ubat gigi dan dibiarkan kering,kemudian bilas dengan air.

Cara Untuk Bersihkan Selepas Pengunaan
Rendam dalam air suam seketika untuk membuang garam yang terlekat, kemudian bilas dengan air bersih dan lap dengan taula bersih atau biarkan sehingga kering sebelum disimpan semula didalam kotak.
Moga tip diatas dapat sedikit sebanyak melancarkan aktiviti laut anda.
Lepas ni tak adalah sibuk buat clearing mask aje kerjanya bila diving atau snokeling sebab pemilihan mask yang salah.
Pilih Keselesaan Bukan Jenama.
Kredit : Jack S Adli
TIPS PILIH SNORKLE
Now masuk bab nak pilih snorkle pulak. Sebelum beli aku dah buat research sikit pasal cara pilih snorkle yang sesuai.
Snorkle ni juga alat yang penting. Ia yang akan buat korang boleh bernafas melalui mulut. Sebab masa korang snokeling korang tak akan bernafas guna hidung yer tapi kena guna mulut.
Ikutkan snorkle pun ada macam-macam jenis. Ada yang klasik ada yang dry ada yang jenis apatah lagi. Tapi aku ambik jenis dry snorkle.

Kredit : Reef Tourer
Snorkle Klasik Open Top
Yang snorkle klasik tu macam apa yang biasa kita guna once air masuk ikut snorkle korang kena blow out masa corong snorkle tu dah naik ke permukaan udara.
Dry Snorkle
Kalau snorkle masuk air dari atas korang tak perlu untuk blow out air tu balik sebab dry snorkle dah ada satu lubang extra untuk keluarkan air yang masuk.
Snorkle yang aku pilih juga yang boleh di sesuaikan ikut shape muka kita. Dan macam biasa benda yang bagus juga harganya lebihlah sedikit berbanding yang biasa. Plus aku nak samakan dengan tema warna pilihan aku iaitu biru.
Apapun terpulang pada keselesaan masing-masing macamana.
Setakat ini aku baru dapat 2 peralatan yang penting untuk aktiviti snorkeling . Next bajet baru aku nak beli fin ataupun kaki itik / kaki katak.
Tapi sebagai info tambahan mengenai Fin aku CNP dari kawan FB yang memang profesional.
PEMILIHAN FIN ATAU KAKI ITIK YANG SESUAI
Diving FIN a.k.a Kaki Itik Ibarat Propeller Untuk Aktiviti Diving/Snokeling.
Pemilihan Fin yang salah boleh menyebabkan kita tidak selesa atau boleh menyebabkan kesakitan semasa aktiviti Diving/Snokeling.
Walaupun memilih fin nampak mudah, tetapi sebenarnya mencari fin yang sesuai dengan kita dan aktiviti boleh menjadi rumit.

MENGENALI JENIS FIN
Fin terbahagi kepada dua kategori.
1. Fin kaki penuh [Full Foot]
2. Fin tumit terbuka [Half Heel]
Fin Kaki Penuh
Fin kaki penuh, juga di panggil sebagai snorkeling fin. Fin jenis ini mempunyai rekabentuk seperti kasut dan cara memakainya juga seperti memakai kasut. Fin ini di pakai secara terus tanpa perlu memakai kasut. [kaki ayam]
Fin ini popular digunakan untuk diving atau snorkeling di laut yang airnya tidak begitu sejuk, ia lebih ringan dan ia menjadikannya pilihan untuk di bawa travel. Fin ini juga membolehkan anda memakainya dengan cepat sekiranya anda melihat sesuatu yang menarik di sekitar bot anda dan anda hanya ingin snorkeling di permukaan air sahaja.

Bagi penyelam yang menggunakan fin jenis ini dalam masa panjang akan cenderung mengalami kecederaan di kaki seperti melecet. Walaubagaimanapun, masalah dapat di atasi dengan penggunaan stokin fin yang bersesuaian tetapi ia masih juga mempunyai risiko melecet di bahagian kaki. dengan berkaki ayam, ia membuatkan si pemakai fin ini tidak sesuai membuat penyelaman bermula daripada pantai.
Tips : Paling utama dalam pemilihan fin ini adalah pilih saiz yang tepat dengan kaki. Pastikan ia tidak terlalu kecik sehingga mencengkam kaki anda. Anda juga perlu memakai sehingga jari kaki anda sampai ke hujung, ini bagi memastikan yang fin tersebut akan sentiasa berada di kaki walaupun anda tengah melalui situasi yang sukar.
Fin Tumit Terbuka / Fin Boleh Laras
Penyelam yang menggunakan fin kaki terbuka akan memakai fin ini bersama booties. Di bahagian untuk meletakkan kaki, terdapat strap tali yang boleh mengetatkan atau melonggarkan bergantung pada saiz kaki dan booties anda.
Kini terlalu banyak pilihan bagi fin jenis ini. Bilahnya yang lebih besar, akan memberi lebih kekuatan semasa kayuhan, ia lebih mudah digunakan dan lebih fit untuk kaki kerana ia boleh laras.
Untuk saiz medium, fin ini sesuai untuk seseorang yang berkaki saiz 6 to 10 (UK/US) setelah memakai booties, penggunaan booties akan memberi perlindungan thermal pada kaki anda untuk mencegah kesejukan serta mengurangkan risiko melecet. Anda juga boleh melindungi kaki anda daripada terpijak pasir yang panas, batu atau objek tajam semasa berjalan sebelum memakai fin ketika membuat penyelaman dari pantai.

Walaubagaimanapun Fin jenis ini selalunya lebih berat dan besar, ini akan memakan ruang bagasi anda. Perlu memakai booties sebelum menggunakan fin ini akan menyebabkan pergerakan anda lebih perlahan sekiranya anda perlu membuat penyelaman dalam masa yang singkat.
Namun bilah yang besar akan memberi lebih kekuatan di dalam kayuhan, tetapi ia juga selalu menyebabkan penyelam mengalami kekejangan otot betis semasa menyelam.
Tips: Walaupun selalunya fin kaki terbuka didatangkan dengan pelbagai saiz, pilih fin yang sesuai dengan saiz kaki adalah kuncinya. Pastikan fin anda sesuai dengan mencubanya setelah anda memakainya dengan booties. Pastikan poket kaki fin boleh dipakai dengan selesa.
JENIS BILAH DAN AKSESORI
Jenis bilah dan pembuatan adalah kunci di dalam membuat pilihan yang tepat.
BLADED/PADDLE FINS
Bilah jenis ini adalah rekabentuk yang paling klasik dan terbaik dan menjadi pilihan ramai penyelam. . Ia telah melalui revolusi di dalam pembuatannya dengan pelbagai penambahbaikan.

Fin bilah ini menawarkan pergerakan yang sangat baik apabila anda menggunakannya dengan betul, keupayaan berhenti, berpusing dan membalikkannya hampir sama dengan jet fin. Fin ini juga menawarkan ukuran dan keupayaan yang berbeza untuk disesuaikan dengan kaki dan tenaga penggunanya.
Kebanyakkan penyelam yang selesa dengan fin jenis ini tetapi di ingatkan sekiranya anda kerap berdepan dengan risiko kekejangan, anda dinasihatkan tidak menggunakan bilah yang terlalu besar dan keras.
JET FINS
Jenama Beuchat adalah pelopor di dalam pemasaran jet fin bermula pada tahun 1960 dan Pada tahun 1970, apabila Scubapro membeli hak cipta rekaan ini, fin ini terus menjadi pilihan.

Dengan rekaan yang padu, jet fin ini sangat sesuai bagi penyelam yang mahukan kuasa gerak yang hebat. Penyelam komersial dan Pasukan Khas
Tentera sangat mengemari fin jenis ini kerana ia sesuai di gunakan untuk melakukan kerja kerja bawah air, menyelam di kawasan/tempat yang sempit dan menyelam melawan harus.
SPLIT FINS
Fin terbelah mungkin tidak memberikan daya kejauan yang tertinggi namun ia boleh membantu anda untuk mengawal buoyancy ketika ingin berkedudukan stabil.

Ia juga dapat mengurangkan tekanan pada kaki dan belakang anda. Kelemahan fin ini pada ketika untuk melawan arus dan membuat manuver.
Sesuai untuk Penyelam yang mempunyai kaki yang lemah dan menyelam di kawasan yang tidak mempunyai arus yang kuat.
Aktiviti Snorkeling
Menggunakan fin yang bilahnya pendek, untuk lebih mudah membuat kayuhan dan manuver di permukaan air.

Aktiviti FreeDive
Memerlukan Fin yang panjang, untuk mengurangkan penggunaan tenaga kayuhan dan dapat sampai ke dasar atau ke permukaan dengan lebih cepat.

Fin menyelam yang betul mestilah tidak mengganggu dan membolehkan anda menyelam dengan selesa.
Kredit : Jack S Adli
Firs time aku guna fin kat Pulau Sabang masa snorkeling memang best. Selama aku snorkeling biasanya kaki ayam jer. Rupanya bila dah guna fin atau kaki itik ni jauh lebih mudah dan relax.
Penggunaan fin ni juga lebih memudahkan pergerakan kita dalam air. So tak perlulah beria nak buat gerakan yang memenatkan untuk layan pemandangan bawah laut. Dengan fin ni aktiviti snorkeling kita juga jadi lebih santai.
So gais amacam, ada rasa nak join aku pergi snorkeling kat pulau-pulau dalam Malaysia ni tak ?
Kalau tanya kenapa aku invest beli peralatan snorkeling aku just boleh jawab benda dah suka , tak basi dan kalau memang nak serius buat aktiviti perlulah invest demi keselamatan dan juga keselesaan diri sendiri.
Lagilah dengan musim virus nih. Seriau jugak aihh nak guna peralatan snorkeling umum, lagi-lagi part snorkel sebab mouthpiece dia kan kena masuk dalam mulut. Sendiri bayangkan sudahlah yer. Hahahaha.
So gais , sampai sini sahaja coretan aku untuk korang semua. Jumpa lagi di entry akan datang.
InsyaAllah !
ilmu yang baru ni. siapa suka skuba..snorkeling kat pulau tak salah nak beli semua ni. utk keselesaan sendiri kan.
yup , berbaloi beli untuk diri sendiri dan lepas ni takder isu keselesaan bila pakai yang pinjam punya
kita ni tak pernah lagi pergi snorkeling baca entry ni macam membuak pula niat nak join hahaha
cubalah ..,best tau , rasa macam berada di alam lain yang buat kita rasa seronok dan dalam masa yang sama boleh hilang stress
Kak Sai, terima kasih untuk artikel bermanfaat ni. Tak sangka saya baca semua sampai habis. Hahahaha. Saya pun sedang mencari peralatan ni semua. Sebab dah tak tahan rindu laut. Kemudian, mata rabun. Memang kena cari yang ada power mata. Pernah dulu pakai yang boat punya stok. Stress kakkk. Sekejap je masuk dalam air. Ni nak bawa anak masuk dalam air kalau mak rabun acaner kannn. Bahaya oooooo. Hahaha
Ruby recently posted…Produk Mandian Dan Penjagaan Rambut Summerie Membangkitkan Mood Ketika Me-Mandi Time.
haah Ruby…faham jer orang yang ada masalah rabun macam kita nih nak cari mask yg ada power memang payah …sebab tu akak kongsi kat sini biar sama2 tahu ….
ada peralatan sendirilah best anytime rasa nak pergi pulau pun dah ready ….
Bagus perkongsian nie..k mid sangat duka snookeling…bila ada yg share mcmnie..bagus jugak beli sendiri x payah share2 dgn ramai orang..k mid pun rabun gak..thanks for sharing..sangat2 bermanafaat
Yer kak , faham jerr , memang payah nak cari barang snorkeling kat kedai biasa , tapi ni dah tahu mana nak beli boleh kongsi dengan orang lain yang memerlukan juga …
Kebetulan kita mmg nk cri artikel mngenai ini kak… Sebab kawan kita nk snorkling nti.. Dia buntu nk cari camne…. Boleh suggest kt dia nanti.. Thanks share entry ni
Kita ada mask snorkeling dengan snorkel tu je. Tu pun beli sebab tak nak pakai yang sewa punya. Hehe. Tp lama dah duk simpan dalam almari sebab tak ke pulau. Tggu baby besar dulu lah.
Kitkat kat Tioman ni.. Baru jer berbincang dengan member nak beli equipment sendiri lepas ni.. Thanks for sharing this great tips.. Memang nak try mask no. 2.. Senang sikit kan..
Baguslah Kak sharing gini..kita dulu masa nak beli pun kita google..Akak punya siap semua lengkap..
Memang kena beli sendiri, lagi kalau jenis ko pengeli hahahahaha…
Lagi satu kena time wabak gini, eloklah guna sendiri punya aja..
Sis Lin recently posted…HERBALIFE NUTRITION MALAYSIA LAUNCHES VITAMIN MASK FOR BEAUTIFUL AND HEALTHY SKIN
ikutkan pengalaman saya, saya kurang titik beratkan bab kasut tu. tapi rupanya kasut fin tu pun sama penting. tajam oo batu karang
Raihanah recently posted…Polifenol untuk Kesan Pencegahan Kanser, dan Kemo-protective
Terima kasih sharing info berguna tentang peralatan snorkeling ni. Saya ni memang tak reti nak snorkeling apa tah lagi berenang. Jadi semua info ni macam sangat baru dan seronok saya baca.
Mohd Zarin recently posted…Roti Aki, roti lembut tanpa telur
Kak Long.. Yaya baca sampi habis. Panjang tp penuh info. Habis baca membuak ni hah rasa nak ke pulau. Dah la kita duk Ganu, banyak pulau..
Best aje nampak snorkeling ni. Ingatkan barang-barang dia main pakai camtu aje. Rupanya ada jenis-jenisnya juga. Siap ada saiz lagi.
[…] BACA : TIPS BELI PERALATAN SNORKELING YANG SESUAI […]
If power naik. Boleh tukar ke lens goggle tu?