Assalamualaikum and hai gais. Aku harap korang semua sihat-sihat sahaja. Alhamdulillah aku pun sihat jugak.
Aku ni sebenarnyakan tak sabar nak kongsi dengan korang pasal lokasi percutian aku baru-baru ni ke Negeri Pahang Darul Makmur. Ada 3 aderah yang aku jelajah iaitu Bentong , Raub dan Lipis.
Tempat-tempat yang aku pergi ni seriusnya memang sangat best. Dan paling best sekali sebab aku sendiri baru first time pergi. Feeling dia i told you gais sama macam korang first time jejak luar negara juga.
Untuk entry ni aku akan cerita dengan korang aktiviti hari pertama aku di daerah Bentong dulu.
Trip kali ni aku pergi bersama 9 lagi blogger Kelab Blogger Ben Ashaari di bawah program Tourism Malaysia dan Tourism Pahang.

Seawal jam 7 pagi aku dan rakan-blogger dah berkumpul di MATIC , Jalan Ampang. Kitorang semua bergerak dari Kuala Lumpur menggunakan van pelancongan yang di sediakan.
So tak payahlah korang nak bersusah payah dan penat nak drive semata nak menuju ke lokasi. Cara travel macam ni menggunakan van atau kenderaan pelancongan juga aku rasa lebih tenang , selamat dan menjimatkan masa.
Sedar-sedar aku dah sampai satu jalan yang agak berliku. Rupanya itulah laluan nak ke lokasi pertama kami di Bentong iaitu Janda Baik. Korang jangan gelak tau sebab sebenarnya itu adalah kali pertama aku sampai ke kawasan Bentong dan pertama kali nak menjejakkan kaki ke kawasan Janda Baik yang selama ni aku hanya mampu baca signboard’nya di tepi higway.
CHALET MAMAPAPA , JANDA BAIK
Facebook : Chalet Mamapapa
Ikutkan ada banyak jer chalet , homestay dan resort di Janda Baik ni. Tapi kenapa pihak Tourism pahang bawa kami ke Chalet Mamapapa ni mesti ada sebab yang istimewa.
So Sampai di Mamapapa Chalet , aku keluar van terus buat regangan badan. Sebelum merayap ke sekitar chalet, wajib scan suhu dan daftar. SOP norma baharu yang kita semua kena patuhi.

Dengar pulak bunyi air sungai menderu menghempas batu. Aduih hilang terus rasa penat, datang pulak rasa riang ria macam nak ajak semua orang mandi manda sama. Ni nasib baik pergi sebab kerja, kalau pergi dengan keluarga aku memang tak tunggu apa dah terjun sungai awal-awal.

Ada satu bilik tu aku sempat masuk tengok , bukak jer pintu belakang dia dalam bilik tu ada beranda dan terus nampak sungai. Fuhhh syoknyaaaaa tak tahu nak cakap camner.

Minum pagi kat situ pun sangat heaven. Ada ubi kayu dengan sambal hijau dan sambal tumis. Dek kerana sekarang masih musim durian maka adalah menu pulut dengan serawa durian.

Walaupun ada air panas macam kopi dan teh tapi aku lebih suka memilih jus oren. East meet west gais.
Selesai makan pagi , layan pulak aktiviti memanah yang disediakan pihak chalet. Memanah ni memang faveret aku. Pandai tak pandai belakang kira , yang penting semangat untuk mencuba tu mesti mau ada.

Ikutkan ada banyak lagi aktiviti. Tapi yang paling menarik aku rasa aktiviti tracking ke Air Terjun Tampik yang mempunyai 7 tingkat. Nak ke sana korang kena melalui renjer dan dapatkan permit.
So , dah selesai aktiviti di Chalet Mamapapa kitorang terus pergi ke lokasi yang kedua.
RADIANT RETREATS
Facebook : Radiant Retreats
Bagusnya dekat sini bukan sekadar korang boleh melihat kebun tanaman tapi kat sini korang akan belajar banyak benda terutamanya mengenai kajian yang mereka lakukan dan cara mereka merawat tanaman dan tumbuh-tumbuhan.

Sempat jugak aku melihat kebun moden yang mereka usahakan. Yang suka bergambar jangan risau yer. Ada beberapa spot disediakan untuk korang bergambar.



Lepas bersiar-siar kat kawasan kebun , masa untuk makan. Gambar lupa ambik sebab dah lapar sangat. Yang penting aku makan licin sehingga menjilat jari. Semuanya sedap, tak sesia kena daki bukit masa datang tadi.


Dan-dan masa makan hujan pun turun. Lagilah bertambah layu mata. sebelum aku minta bantal, adalah lebih baik aku balik ke bas dan meneruskan perjalanan ke lokasi ketiga.

THE LAND , BENTONG
Facebook : The Land Bentong
Sampai jer dekat The Land terus aku tumpang solat di dalam salah sebuah chalet yang boleh memuatkan 16 orang dalam satu-satu masa.

Kat sini korang akan rasa macam suasana balik kampung sebab ada kawasan lapang anak-anak boleh berlari-lari , ada open kitchen untuk masak-masak dan BBQ. Ada kolam ikan ada kumpulan haiwan seperti itik , angsa dan kambing.



Port nak bersantai pun banyak. Nak ala-ala santai tepi kolam ikan pun boleh , nak santai-santai bawah pokok dengan tiupan angin pun boleh.

Secara peribadinya aku lebih tertarik dengan program Biodiversiti yang disediakan oleh pihak The Land iaitu RGM Jumbo Camp.
RGM Jumbo Camp ini sangat sesuai untuk aktiviti keluarga, program sekolah , dimana kita dan anak-anak atau pelajar sekolah boleh belajar dengan lebih mendalam lagi cara menjaga dan menghargai alam sekitar dengan lebih baik.
Kita juga akan belajar dan dapat pengetahuan bagaimana semua yang ada didalam hutan itu berhubung kait antara satu sama lain untuk menjadikan alam ini lebih stabil.
Selepas itu barulah korang boleh pergi ke Air Terjun Chamang dan mandi manda bersama gajah di Kuala Gandah.
Semasa mendengar penerangan dari pemilik ada dihidangkan juga minum petang , tapi macam biasa aku terlupa ambik gambar sebab tengah ralit dengar cerita dari pemilik The Land.
Pemiliknya juga sangat-sangat peramah dan tak putus-putus mengucapkan terima kasih dan menjemput kami semua datang kembali di lain masa.
Now kami akan bergerak ke lokasi terakhir untuk berehat.
GLAMPING TANAH AINA FAHAD , RAUB
Rasa berbunga hati bila dapat tahu malam ini kami akan menginap secara glamping di tanah Aiana Fahad. Setahu aku nama Tanah Aina ni sangat-sangat terkenal. Pemiliknya juga seorang yang sangat mencintai serta menghargai nature dan juga seorang pejuang alam sekitar.

Walaupun melakukan pembinaan tapi tak ada pun pokok-pokok besar yang ditebang semata-mata demi melapangkang kawasan.
Nak penginapan yang selesa berdinding batu atau kayu pun ada, tapi aku rasa glamping yang disediakan pun dah cukup-cukup selesa sampai aku rasa next time aku nak bawa keluarga aku ke sini juga dan rasa tidur dalam glamping. Buat pertama kalinya juga tanpa ekon pun aku mampu tidur dengan aman, tenang dan selesa.




Makan malam yang disediakan pun sedap. Siap ada durian lagi. Maklumlah tengah musim kan.
Syoknya lepak kat Tanah Aina Fahad ni ialah korang bebas lakukan apa–apa aktiviti. Nak berjalan-jalan pun boleh sebab laluan berkarpet dan selamat walaupun pada waktu malam sebab ada lampu.

Kalau tak nak berjalan korang boleh jer “menyumbangkan” lagu atau main indoor games seperti ping pong dan karom. Kat sini juga ada permainan dam ular dan chess gergasi.
Aku sendiri malam tu just lepak-lepak minum kopi dan berborak tentang masa hadapan dengan kawan-kawan sealiran.
Facebook : Tanah Aina
So gais, cukup sampai disini sahaja dulu, insyaAllah dalam masa terdekat ni aku akan sambung lagi pengalaman aku yang seterusnya pada hari kedua dan ketiga di daerah Raub dan Lipis yang lebih advanture.
Percayalah yang bercuti dalam Malaysia pun tak kurang hebatnya. Banyak tempat-tempat menarik yang kita belum pernah lawati dan sekarang inilah masanya untuk kita sokong industri pelancongan dalam Malaysia .
So tunggu apa lagi ? kalau bukan kita, siapa ? kalau bukan sekarang , bila ?
Jumpa lagi!
Nak tengok lebih banyak gambar dan video trip boleh follow aku di :
Facebook : Saidila Abdul Rahman
IG : @saidila
Youtube : @sadilalifestyle
Untuklebih banyak maklumat mengenai tempat-tempat menarik di Pahang pula, korang boleh follow :
Website : Tourism Pahang
IG : @tourismpahang
FB : Tourism Pahang
Wahh bestnya . Kita kat Pahang ni banyak lagi tak g jelajah. Kak Long yang duk luar dari negeri Pahang dah sampai dulu. Takleh jadik ni. Nak kena g jugak la nanti. Tq Kak Long kongsi info ..
Boleh la ajak husband g sini sambil2 balik kampung sendiri..
Best wooo.. Nak repeat…
menariknya…
best yer. semua tempat ni huda tak pernah sampai lagi..
huda recently posted…Wah, McD Putrajaya Jadi Little Seoul!
Land betong tu cantiknyaa
Azni recently posted…11 cara ubahsuai rumah secara DIY & Upah kontraktor
Besar negeri Pahang ni… Byk lg tempat nk kena xplore. The Land mmg cun.
Seronoknya explore Pahang!
Menarik laaaa
Nina Mirza recently posted…Cara BERDOA Yang Betul. Minta laaa , amalkan dan InsyaAllah . . . Dikurniakan Dimakbulkan!
Baiklah … akan di cari masa yang sesuai dan menikmati keindahan alam di sana
Sakan kak Dila bercuti kali ni..Bestnya dpt bercuti di tempat mcm ni. Blh release stress bila tgk alam hijau ni.. Btw, Eirna pun x pernah sampai lg kt situ..
Bestnya dapat jalan2 macam ni. Dapat glamping, arghhh…teringin sangat nak join aktiviti macam ni lagi.
Best sangat, yes semua tempat ni sangat berbaloi untuk kita stay dan meneroka, back to nature tak pernah mengecewakan
Banyak tempat menarik ni. Semua best2.. Ada rezeki nak pergi
Chalet mamapapa tu cantik.
[…] Minum pagi kat situ pun sangat heaven. Ada ubi kayu dengan sambal hijau dan sambal tumis. Dek kerana sekarang masih musim durian maka adalah menu pulut dengan serawa durian. – Saidila […]