Aku suka cerita ni…..dulu selalu tengok ulangan jam 12:30am kat prima…..tapi skang terpaksa alert ngan masa pukul 5:30pm…..isnin sampai rabu jer….tiada siaran ulangan……manyak kedekut…..aku suka tengok malam2….sebab semua kerja dah setel….anak2 dah tido….itulah masa aku nak santai2….La niii….kalo teringat yer tengok…..kalau tak tunggu lah besok tak pun minggu depan….hahahahaha
Aku jarang nak suka ngan cerita bersiri ni…..tap aku taklah sampai meroyan kalau dah ter’miss beberapa episod…..cerita bersiri ni kalau dilayan sangat boleh buat putus saudara tau….contohnya aku sendiri pernah dikenakan ngan tuan rumah yang aku pergi…..diorang sanggup tak layan tetamu yang datang sebab nak layan tengok cerita bersiri episod terakhir…..sebab apa aku cakap boleh putus saudara….??? sebab selepas kejadian hari tu……kejadian yang berlaku pada hari raya korban tahun lepas…..aku memutuskan untuk tidak akan menjejakkan kaki kerumah mereka buat selamanya….aku maafkan perbuatan diorang seadik beradik yang melayan aku sekeluarga macam sampah…..namun untuk melupakannya tidak….selagi aku tak hilang akal selagi itu akan aku kenang bila aku rasa sedih dan kesal…….aku berjanji yang ianya tidaka akan pernah terjadi dlam keluarga aku……
Tahukah korang semua bagaimana perasaan aku ketika itu……aku keluar dari rumah mereka dengan hati yang tersayat pilu…..dalam perjalanan pulang aku menahan kepedihan hati yang teramat sangat…..besok paginya baru aku nangis puas2…..
Aku datang bawak buah tangan…..seplastik besar rambutan aku suruh somiku petik….aku sekeluarga duduk kat ruang tamu…..dihidangkan air teh kosong yang panas berasap….tanpa sedikit makanan atau kuih….pastu diorang seberadik mengadap tv besar dengan suara tv yang dikuat-kuatkan….tak sorang pun datang menjenguk aku sekeluarga kat ruang tamu…..apatah lagi nak berborak ngan aku sekeluarga….mentang2lah aku orang miskin……dilayannya aku cam sampah sarap kat tepi longkang….
Tapi sekarang ni aku lagi kesian kat diorang sekeluarga……tak dinafikan diorang seberadik tu semua kaya raya……ada yang jutawan lagi….tapi dioranglah semiskin2 manusia yang aku pernah jumpa….kalau diorang boleh menghinakan aku sebab aku miskin….tapi aku cuma miskin dari segi harta sahaja…..disisi allah bukan kita dinilai dari segi harta….kena ingat tu kawannnn…..jadi selepas aku bermuhasabah diri mententeramkan jiwa….aku rasa alllah lebih sayangkan aku kerana telah menghindarkan aku dari terus bergaul dengan manusia2 yang lebih memuliakan hiburan dari memuliakan tetamu……
Pengajaran…..tengok cerita bersiri takkan dapat pahala ok…….kalau pun suka sangat ngan cerita tu tapi jangan sampai lupa yang perkara2 yang sunat apatah lagi yang wajib2……
So sekian sampai disini…..
@DuniakuAbstrak
terima ksih yer…..begitulah kehidupan….jadikan ia sebagai iktibar….
Suka baca duniaku abstrak….