Assalamualaikum and hai gais ! Korang apa khabar ? Aku harap semuanya sihat-sihat hendaknya. Kalau tak sihat jangan buat neheng je yer, tapi cepat-cepat pergi klinik atau hospital untuk dapatkan rawatan.
Bukan apa gais , ini semua bukan demi kebaikan diri sendiri sahaja, tapi korang kena buat demi keluarga dan juga orang-orang yang kita dan mereka semua sayang.
So, apakah korang ingat aku ni saja-saja ker tanya khabar korang ? Mestilah ada sebab yer. Sebab tu semestinya ada kena mengena dengan tajuk entry aku kali ini.
Ok, dia macam ni, keadaan kita sekarang kan dah tak sama macam dulu, suka atau tidak kita kini dah kena mengamalkan gaya hidup baru ataupun lebih mudah kita sebut “the new norma”.
Jadinya, semua apa yang dulu mudah untuk kita lakukan kita dah tak boleh buat dan kita juga kena biasakan diri dengan new norma termasuklah dalam bab shopping. Walaupun kini kita dah sampai fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) tapi masih ada yang meng’PKP diri atas sebab tertentu.
Lagi-lagi bila nak beli barang. Sekarang bukan macam dulu yer gais , ko boleh keluar masuk kedai ikut sukahati ko. Sekarang ni semua premis yang kita nak masuk ada SOP kena patuh. Nak-nak kedai yang kau nak masuk tu kedai brand popular.
Cukuplah sekali jer aku cuba pergi mall nak cari barang yang belum tentu aku akan beli. Tapi nak tak nak kau kena beratur sampai 1 hingga ke 2 jam. Ohhh memang taklah yer.
So apakah solution terbaik untuk orang yang suka pergi shopping mall tapi tak gigih tak rajin dan tak suka berdiri sampai berejam macam aku ?
Yess gais , shopping mall online’lah jawapannya.
Walaupun berlambak online shop ada tapi kalau boleh aku nak online shop yang beri aku banyak kelebihan dari segi variasi dan juga diskaun. Dapat pula online shop yang bagi kita jana pendapatan dari situ , aishhh lagilah syok!
Tapi ada ker online shop macam tu ? Haaa ni ler yang aku nak habaq sangat kat korang pasal satu port baik untuk korang window shopping online tak lain tak bukan di PG MALL

Try ushar sat, umang aiii macam-macam ada gais. Tapi tu nanti ehh , yang penting kita kasi faham dulu apa kelebihan-kelebihan yang kita sebagai pemebeli akan dapat jika kita berbelanja di paltform PG Mall.
APA ITU PG MALL ?
PG Mall adalah LOCAL E-COMMERCE PLATFORM (online shopping platform) PERTAMA di malaysia yang berkonsepkan consumermerchant sejak tahun 2017 lagi.
Aku tahu pasal PG Mall ni pun dari kawan-kawan aku yang selalu updet kat FB , IG dan Blog. Dalam hati tertanya gak , apa benda PG Mall tu ?
Bila dah tahu, itu yang aku pun berasa tak sabar nak share dengan korang semua. Jadi kalau nak tahu lanjut sila teruskan membaca yer. Jangan malas-malas nanti korang jugak yang rugi. Ehek ..!
Di sini juga ada ‘added value’ dimana pembeli dan penjual akan menikmati insentif (additional income) dari pihak PG Mall which is bagus untuk kita yang nak tambah side income.
PG Mall juga sentiasa memastikan harga produk dan perkhidmatan yang ditawarkan adalah rendah dan tidak akan membebankan pembeli.
Sebagai contoh, produk keluaran Nestle seperti Milo, Maggi, Kiub Ayam dan sebagainya merupakan keperluan. Tapi ianya boleh menjadi lebih murah kerana dibeli dari OFFICIAL STORE di PG Mall.

Lain-lain kelebihan shopping kat PG Mall adalah seperti berikut :
- PG Mall tersenarai dalam top 3 di Iprice insight report – https://iprice.my/insights/mapofecommerce/en/
- Ada Hot Day Sales sebanyak 3 slots setiap hari iaitu pada pukul 10AM, 4PM dan 9PM untuk pembeli grab secepatnya sebelum masa tamat.

- Dijamin harga terendah
- Tawaran sehingga 80% setiap hari
- Setiap pembelian RM30 dan ke atas di PGMall pula korang berpeluang untuk menyertai kempen Love You 3000
– Nama pemenang bertuah akan di umumkan pada 15hb dan 30hb setiap bulan
– Peluang memenangi hadiah keseluruhan sehingga RM3000
– Lagi banyak berbelanja lagi tinggi peluang untuk menang

- Pembeli juga akan dapat Cashback sehingga 3.5% apabila membuat pembelian di PGMall
- Payweek Bonanza bermula pada 25hb setiap bulan sehingga 5hb bulan berikutnya. Objektif Payweek Bonanza yang akan di jalankan pula bertujuan untuk memberi mereka gaji kerana menjadi pembeli yang membuat pembelian tertinggi dan juga kerap. Hanya dengan pembelian minimum RM50 dari kedai yang sama, pembeli juga akan menikmati penghantaran barang secara PERCUMA.
MACAMANA NAK SHOPPING DI PG MALL ?
Ok faham dah kan apa kelebihan yang kita akan dapat kalau kita berbelanja dekat PGMall.
So macamana nak mulakan ?
Korang hanya perlu muat turun Apps PGMall dari Google Play ataupun Apps Store ke smartphone masing-masing. Lepas dah download dah sign up semua apa lagi kasi shoppinglah.
Itu kalau korang guna apps kat phone tapi kalau korang guna PC ke laptop ker just masuk jer kat PGMall.MY
Berbelanja secara online ini juga sebenarnya dapat menjimatkan duit minyak, duit tol, duit makan, duit minum dan paling penting dapat menjimatkan masa.

LAGI KELEBIHAN SHOPPING DI PG MALL
Tadi kat atas aku ada bagitahu pasal consumermerchant kan. Tapi korang mesti nak tahu apa itu ?
Consumermerchant adalah konsep pertama di dunia di mana pembeli sendiri boleh mendapat insentif dari pembelian sendiri setiap kali membeli belah di PG Mall. Dan pembeli juga boleh mendapatkan insentif dari pembelian oleh pembeli lain yang mendaftar melalui referral link pembeli.
Hatt ni mesti ramai yang suka kan ? sebab cek pun sukaaaa ..ahahahaha
Point dia kat sini, walaupun kita bukan peniaga di PG MAll tetapi kita masih boleh mendapatkan insentif pembelian sendiri dan pembelian orang lain melalui referral link. Secara tak langsung kita pun boleh menjana pendapatan.

Kualiti produk adalah terjamin dan selamat sampai ke pintu rumah pembeli dengan adanya kerjasama dari POS MALAYSIA.
Bagi 1st time SHOPPER, korang hanya perlu DAFTAR PERCUMA jer di PG Mall sebelum buat belian dan dapatkan referral link sendiri. Jadinya bila korang punya keluarga , saudara mara dan kawan-kawan nak shopping , korang bagi jer link korang atau korang tolong beli jer pakai akaun korang tapi pastikan diorang bayarlah yer. Kangg apapun tak jadi.
Haa, senang jer kan ? Apa tunggu lagi ? Jom shopping sekarang di : https://pgmall.my/home
Korang boleh follow laman sosial PG Mall juga untuk sebarang updet terkini.
Website : www.pgmall.my
Instagram : @pgmall.my
Facebook : PGmall Malaysia
Nak shopping ? PGMall kan ada. Stay safe , stay at home.
#PGMall #onlineshopping #shopping #MalaysiaNo1ecommerceplatform #ecommerceplatform #Shopnow #Shoponline #HDS #Payweekbonanza #Loveyou3k
Hehe shopping online ni habis duit tak sedar. Bahaya
best pgmall ni dapat cashback terus
lepas baca je entri ni, auto buka website. HAHHA. kemas susunannya. senang nak buat carian. sebagai seorang perempuan, kecik mesti akan pergi dekat bahagian women’s fashion! ni tengah usha -usha harga and design kot berkenan. tq kak long share pasal PG Mall. selalu tengok shoppe je. ni ada platform lain jgk. bole buat perbandingan
MiezaS recently posted…Bakal Gathering CJ
Bestnye shopping kat sini. Dapat cashback
menarik ! jom lee shoppingg
Duduk rumah pun dah banyak pilihan untuk shopping.
I like.. Banyak pilihan nak shopping online sekrg.. Lagi suka shoping yg dpt cashback
Dah beberaoa.kali.beli kat pgmall
Wah baru tahu ada PGMall.. Boleh delivery ke Indo tak?=P btw Nice entry keep blogging sis !^^
Menarik skrg mmg semuanya on9, cuci mata pun on9