Sapa pernah tengok cerita ALONG WITH THE GODS – The Two Worlds ? alaa yang cerita dia pasal Kim Ja Hong seorang ahli bomba yang mati semasa tengah bertugas. 

So lepas dia mati dia kena dibicarakan kat alam baqa dulu sebelum dia boleh dilahirkan semula. 

Oleh kerana dia tergolong dalam golongan insan mulia maka banyak neraka yang dia skip kecuali 4 neraka ni yang dia kena lalui jugak atas alasan ada kesalahan yang kurang jelas. 

Antara neraka yang dia kena lalui ialah Neraka Kemalasan, Neraka Ketaatan , Neraka Pembunuhan dan Neraka Penipuan. 

Dalam masa dia menghadapi perbicaraan  di alam baqa, Raja Yeomra iaitu raja di alam baqa telah menugaskan 3 orang pengawal alam baqa untuk membantu Kim Ja Hong membela diri. 

Mereka ialah Gang Lim sebagai ketua pengawal dan ketua peguam bela, Haewonmak sebagai  pengawal keselamatan dan Deok Chun sebagai penganalisa kesalahan merangkap peguam bela. 

Raja Yeomra telah menetapkan syarat jika diorang bertiga nak dilahirkan semula, diorang kena bawak roh insan mulia untuk dibicarakan dan dilahirkan semula. 

Haaa sapa dah tengok yang pertama mesti nak tengok sequel dia yang kedua. 

Kali ni AWTG 2 – The Last 49 Days menceritakan pasal adik Kim Ja Hong iaitu Soo Hong pulak dibicarakan dimahkamah alam baqa.

Soo Hong yang pernah jadi roh yang berdendam di alam manusia hingga menyebabkan alam baqa jadi kucar kacir.

Atas sebab-sebab tertentu, Soo Hong juga telah disenaraikan sebagai golongan insan mulia. 

Tapi , AWTG 2 bukan fokus pada kesalahan Soo Hong sangat sebenarnya. Dia lebih kepada nak membongkar siapa 3 pengawal ni sebenarnya. Terutamanya siapa diri diorang masa hidup kat dunia dan macamana diorang boleh mati. 

Dalam rasa berdebar nak tahu siapa diorang dalam kehidupan dunia , watak Sung Jung sebagai Dewa Rumahtangga amat mencuit hati. 

Walaupun badan sado tapi memang kelakar bila dapat tahu apa kelemahan dia. 

Memang terkejut bila satu persatu rahsia siapa Gang Lim , Haewonmak dan Deok Chun ni terbongkar termasuklah rahsia siapa Raja Yeomra yang banyak mempersoalkan perbuatan Gang Lim yang mencampuri urusan manusia di dunia dan melanggar undang-undang alam baqa demi membela insan-insan mulia.

Pendek kata aku dengan dd rasa puas hati dapat tengok sambungan AWTG kat pawagam. 

Senarai pelakon yang terlibat dengan ATWG pun boleh dikatakan hebat-hebat dalam dunia perfileman dan drama di Korea. Antaranya Ha Jung Woo , Kim Dong Wook , Ju Ji Hoon , Kim Hyang Gi  , Ma Dong Seok ( Don Lee ), dan Lee Jun Jae.

Dan ada lagi beberapa movie yang aku rasa nak tengok macam Equalizer 2 lakonan Denzel Washington. Tapi Johnny English 2 pun cam best jugak kan ? Hohohoho

Haa korang pulak layan citer apa kat wayang ? Hantu Kak Limah 2 ker Munafiq 2 ? 

Categorized in: