Alhamdulillah, terima kasih McDonald’s Malaysia. Untuk pengetahuan pembaca blog sekalian , pada 19 Mei 2018, lebih 500 kanak-kanak dari 12 rumah kebajikan di Selangor telah diraikan dalam satu majlis berbuka puasa yang dianjurkan oleh McDonalds’s Malaysia, Persatuan Kebajikan Ronald McDonald’s (RMHC) , Majlis Agama Islam Selangor(MAIS), Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) di Masjid Kampung Raja Uda, Klang Selangor.
Majlis berbuka puasa yang diadakan kali ini merupakan inisiatif tahunan McDonald’s Malaysia dengan jemputan paling ramai setakat ini.
Pada majlis tersebut sebanyak 12 rumah kebajikan terpilih telah menerima sumbangan, dan setiap rumah kebajikan telah berbesar hati menerima sebanyak Rm10’000 dari RMHC dan pemberian duit raya Rm40 untuk setiap kanak-kanak dari rumah kebajikan dan asnaf. Rm20 dari RMHC dan Rm20 pula sumbangan peribadi dari Setiausaha MAIS YBhg Dato Bakhtiar Bin Hussin.
SENARAI 12 RUMAH KEBAJIKAN YANG MENERIMA SUMBANGAN
- Pertubuhan Kebajikan Ehsan Ash-Shakun ( PEKEAS ) di Rawang, Selangor
- Badan Kebajikan Siti Khadijah Anak Yatim Selangor di Petaling Jaya, Selangor
- Rumah Kebajikan Anak Yatim Al-Munirah di Klang, Selangor
- Rumah Amal Baitul Kasih/Baitul Fitrah di Rawang, Selangor
- Rumah Kebajikan Anak Yatim Al-Khairiyah di Klang, Selangor
- Persatuan Kebajikan Anak Yatim Damai Kuang di Kuang, Selangor
- Rumah Raudhatul Jannah di Banting , Selangor
- Pertubuhan Rahoma Darul Fakir di Subang, Selangor
- Rumah Kasih Harmoni di Sungai Buloh, Selangor
- Rumah Anak-anak Yatim An-Nasuha di Batu Caves, Selangor
- Rumah Anak Yatim & Hidayah Al Hijrah di Hulu Langat, Selangor
- Pusat Jagaan Siraman Kasih di Rawang, Selangor
Dalam ucapan Dato’ Bakhtiar berkata, MAIS berasa amat sukacita dapat bersama-sama McDonald’s Malaysia , Lembaga Zakat Selangor dan Yayasan Islam Darul Ehsan dalam usaha sebegini yang memfokuskan kepada membawa kegembiraan kepada anak-anak yatim dan asnaf di bulan Ramadhan yang mulia.
“Usaha yang dilakukan oleh McDonalds Malaysia, seperti majlis ini, seiring dengan matlamat MAIS, Lembagaza Zakat dan Yayaysan Islam Darul Ehsan iaiti\u menjaga kebajikan dan memberi sumbangan kepada golongan yang berhak menerimanya.Diharapkan supaya anak-anak yang kita raikan pada malam ini terus diberi rezekiyang melimpah-ruah bukan sahaja di bulan Ramadhan tetapi juga di bulan-bulan lain.” katanya.

YBhg Dato Bakhtiar Hussin, Setiusaha MAIS ( kiri ) dan En Azmir Jaafar, Pengarah Urusan & Rakan Kongsi Tempatan McDonald’s Malaysia
Pengarah Urusan dan Rakan Kongsi Tempatan McDonald’s Malaysia iaitu Azmir Jaafar pula berkata bahawa McDonalds Malaysia berasa bangga dapat turut serta melibatkan diri dalam aktiviti kebajikan seperti ini , lebih-lebih lagi sepanjang bulan Ramadhan yang penuh barakah ini.
“Kami amat berbesar hati menerima kehadiran lebih 500 anak-anak dari 12 rumah kebajikan pada malam ini dan berharap hari ini merupakan hari yang bermakna buat merek. Saya juga mengucapkan setinggi-tinngi terima kasih kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Yayasan Islam Darul Ehsanatas sokongan mereka dalam menjayakan majlis pada hari ini.
Untuk makluman semua, Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd ( GARSB ) adalah pengendali rangkaian restoran McDonald’s di Malaysia. Lebih penting lagi, GARSB adalah syarikat milik tempatan yang dikendalikan oleh incividu Islam sebagai pemegang saham tebesar. Sebagai sbuah syarikat milik incividu Islam, kami turut melaksanakan kewajipan kami untuk membayar zakat bagi membantu serta memberi manfaat kepada golongan fakir miskin di Malaysia.”
Untuk pengetahuan korang juga, Gerbang Alaf Restaurant Sdn Bhd ( GARSB ) juga telah membayar zakat sebanyak 1 juta sejak tahun lepas.
MENU BARU DI MCDONALD’S SEMPENA BULAN RAMADHAN
Selain meraikan anak-anak yatim dan menjamu selera dengan pelbagai hidangan tempatan untuk bebuka puasa, McDonalds juga turut mengumumkan dan menghidangkan kepada tetamu jemputan dengan Nasi McD yang telah dilancarkan pada 10 Mei yang lalu.
Nasi McD ini ditawarkah khusus kepada pelanggan yang menggemari hidangan nasi untuk berbuka puasa sepanjang bulan Ramadhan. Nasi McDmerupakan hidangan nasi yang dimasak sempurna dan disajikan dengan sambal istimewa dengan pilihan sama ada telur rebus, Ayam Goreng McD atau kedua-duanya sekali sebagai hidangan tambahan.
Dengan setiap pembelian Nasi McD, pelanggan juga boleh menambah minuman Teh Ais Limau bersaiz Medium dengan harga yang istimewa.
MCDONALD’S KOMITED MENERUSKAN PELBAGAI AKTIVITI KEMASYARAKATAN
Walaupun ditohmah dengan pelbagai tuduhan terutamanya berkenaan dengan isu Palestin, McDonald’s Malaysia akan tetap meneruskan pelbagai aktiviti kemasyarakatan seperti menaja moreh di surau-surau dan masjid-masjid di sekitar lokasi restoran. Tajaan moreh juga turut diagihkan kepada 26 institusi pengajian tinggi dan mengagihkan kurma serta air kepada orang awam untuk berbuka puasa di stesen-stesen LRT terpilih.
McDonalad’s Malaysia juga telah menjalankan kira-kira 10’000 aktiviti bersama komuniti masyarakat setempat di restoran-restoran McDonald’s di seluruh negara sejak dari tahun 2016 sehingga kini. Disamping itu McDonald’s Malaysia juga telah mengadakan inisiatif kemasyarakatan jangka panjang iaitu “Anugerah Guru Inspirasi” sebagai pengiktirafan kepada guru-guru terpilih yang telah melaksanakan tugas mereka lebih dari seorang tenaga pengajar dalam memberi impak positif kepada pelajar dan juga komuniti.
Manakala “Bulan Komuniti” pula adalah inisiatif setiap tahun di bulan Oktober bersempena dengan Hari Kanak-kanak Malaysia yang memfokuskan aktiviti kemasyrakatan kepada golongan kanak-kanak.
TERIMA KASIH MCDONALD’S
Tujuan kedatangan aku pada program CSR yang dianjurkan McDonalad’s pada hari itu bukan sahaja aku dapat meraikan anak-anak yatim, tetapi sungguh aku tak sangka pada hari itu juga aku telah berjumpa dengan pengetua/penjaga rumah anak yatim tempat aku membesar. Bagi aku ianya satu rahmat dan program McDonald’s ini telah mempertemukan aku dengan mereka yang sekian lama aku tidak temui.
Disitu juga kami berpelukkan dengan erat dan menangis kerana tidak dapat menahan rasa rindu. Sungguh aku berterima kasih dengan McDonald’s Malaysia , sejak dulu lagi aku tahu yang McDonald’s tidak pernah mengabaikan golongan-golongan anak-anak yatim dan miskin seperti aku dan mereka.
Dan aku tidak pernah malu untuk mengaku bahawa, satu masa dahulu aku pernah duduk ditempat mereka.
Nota Penting : Kolaborasi antara MAIS dan McDonald’s di majlis ini bertujuan untuk menyampaikan sumbangan kepada golongan kanak-kanak yang memerlukan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai satu pengesahan MAIS terhadap apa juga kegiatan perniagaan McDonalds’s.
Sedap yer tengok nasi McD tu.. Tahniah McDonalds, semoga terus murah rezeki
rasa sedap dan mengenyangkan perut makan nasi mcd
Alhamdulillahhhh,rahmat Ramadhan mempertemukan.
allah gerakkan hati datang ke sini…..rupanya ada hikmah yg besar allah nak bagi
Alhamdulillah.. semua berjalan lancar.
Nampak sedap nasi mcd.. boleh cuba nanti
semua berjalan dengan lancar sekali walaupun hujan
Alhamdulillah, moga McD teruskan projek projek amal macam ni. Rezeki kak long juga dapat bertemu setelah sekian lama.
itulah , sapa sangka……
Alhamdulillah. Semoga McD meneruskan aktiviti sebegini.
Alhamdulillah..
Alhamdulillah. Bagus McD sebab membantu golongan yang memerlukan
Semoga usaha camni berterusan bagi.meraikan anak² yatim.
alhamdulillah dapat juga meraikan anak2 yatim di bulan yang mulia ini
Terbaik McD !! Ramadan .. bulan yang penuh keberkatan dan peluang yang ada digunakan sebaik mungkin untuk berkongsi rezeki . Syukur Alhamdulillah
Syukur alhamdulillah…
Semoga program sebegini diteruskan dari semasa ke semasa tidal hanya di bulan Ramadhan.
good one mcd ! keep it up. nasi lemak dia win dekat ayam. hehehhe
Alhamdulillah.. Semoga program charity sebegini diteruskan lagi bagi membantu golongan yang memerlukan.