Assalamualaikum …
Entry kali ini aku nak tujukan pada seorang kawan yg dah banyak berjasa dan banyak baik punya org….bagi aku dia baiklahhh kalo bagi korang aku tak tahulahhh…aku kenal dia pun lama jugak….3 ker 4 tahun gitulah…dia pun banyak tunjuk ajar aku jikalau aku menghadapi masaalah berkenaan komputer dan segala jenis gadget yg aku pernah hulurkan padanya…dia specialist dalam menyelesaikan masaalah komputer terutamanya bab setting dan software…..bagi aku dia adalah yg terbaik…sebab apa terbaik…sebab selama aku meminta bantuan darinya belum pernah lagi dia kenakan sebarang caj atas perkhidmatannya…inchik dd pernah juga nak hulur saguhati atas bantuannya…tapi mentah2 dia tolak…
Siapa dia…??? tak boleh bagi nama sebenar sebab tak di ijinkan….cukup korang tahu nama glamernya bagi org2 yg kenal ialah Learn To Biz atau singkatannya L2B….dia manusia bukan alien…dan dia juga seorang lelaki…hensem dan single…..kikiki
Dia seorang yg sangat sibuk…sibuk dengan kerjanya yg sentiasa membantu org yg memerlukan tak kira masa…kadang2 dia pun ada naik angin jugak macam org lain….dia tak banyak cakap tapi banyak buat kerja….errr yg aku tahulah…aku pun jarang dengar dia bercakap….tengok mood jugak…ohhhh lagi satu info paling penting……dia jenis buat kerja akan buat sampai habis…let say kalo komputer tu ada problem…dia takkan putus asa gitu sahaja..tapi dia akan cari dan solve’kan masaalah itu tak kira berapa lama mana masa yg dia perlukan….
Wa cakap lu…kalo org lain memang dah blah atau buat ala kadar jer….pastu minta duit….L2B bukan camtu punya org…so sangat beruntung pada sesiapa yg berjaya mendampinginya…lebih dalam lagi…sangat bertuah pada wanita yg berjaya menambat hatinya….
Okay…stop citer tu…kang dia terbaca naya jerrr aku…..Errr tapi aku bukan mengumpat tau…ini cuma tanda penghargaan aku padanya….
Serius aku cakap…jaman sekarang ni jarang sungguh org nak tolak duit….lagi keruk2 duit org lagi adalah…
Semalam jer pun dia telah membantu aku menyelesaikan masaalah komputer aku yg telah diserang dengan virus malware…arghhhh tensen giler aku masa blog aku ni tak boleh bukak kat chrome gara2 malware….dan semalam jugak aku belajar macamana nak hapuskan malware kalau esok2 blog aku diserang balik….
Lama2 dulu pun aku banyak belajar dan ditunjuk ajar oleh inchik L2B tentang camner nak settle masaalah2 internal samada dengan komputer gadget atau kewangan….kikikiki
Tapi percayalah….ilmu yg diberi dia telah manfaatkan dengan sebaiknya….sebab apa yg diajar kat aku walau secara langsung atau tak…aku telah manfaatkan untuk org lain…see…itulah gunanya ilmu….sebagaimana dia membantu aku secara percuma begitu juga aku lakukan pada org lain…bayarannya biarlah Allah yg beri dan tentukan…
Okay….cukup sampai disini sahaja….aku nak hapdet blog lagi satu plak….hohoho
Ma’as salamah…wa ilal liko’….
Comments