Pada mulanya aku malas nak ikut keluarga aku yang lain pegi jalan-jalan dan bercuti kat Kota Bharu . Yelah kan , dalam banyak-banyak tempat , kenapa nak ke sana ? Kan ada lagi tempat lain yang boleh shopping kain pasang, batik dan songket. Tapi sebab mak aku dah macam orang mengidam nak -nak jugak shopping kat Pasar Siti Khadijah , nak tak nak kenalah join sama .
Lagipun tengah cuti sekolah , so apa salahnya …yer dak ?
Cara Menempah Tiket Penerbangan Juga Hotel Yang Mudah Dan Murah
Macam biasa , plan pertama aku kena buat dulu untuk trip ini ialah cari the most cheap flight ticket and hotel Kota Bharu yang sesuai dengan kitorang semua . Mula-mula ingatkan tak banyak sangat tempat penginapan kat bandar ni . Tapi rupanya banyak je , tu dia aihh , baru la excited sikit nak pilih kan ? ahahahahaha
Pilihan pertama kitorang pada mulanya ialah the premier Hotel Perdana Kota Bharu . Aku dengar tempat ni dah undergone a major transformation . Lokasi yang sangat strategik, dan dilengkapi dengan macam-macam keperluan asas and pelbagai fasiliti tambahan , makanya tempat ni memang dapat menarik minat ramai pengunjung.
Tapi malangnya takde rezeki kitorang nak stay kat sini sebab dah penuh time tu . So, takpe . Lagipun ada jer banyak tempat penginapan lain yang menarik kat ibu negeri Cik Siti Wan Kembang ni .
So aku carilah kat satu website ni yang ada gabungan flight dan hotel sekali . Akhirnya aku jumpa Traveloka.com yang merupakan satu penyelesaian yang lengkap untuk orang macam aku yang tak punya banyak masa nak bukak semua website . Korang boleh book tiket penerbangan dan hotel di seluruh Asia Tenggara juga pada harga yang sangat berpatutan dan dengan penjimatan yang hebat.Lagi senang .
Traveloka Memudahkan Urusan
Tak payah nak search flight lain website , hotel lain website . Sudahnya kau yang pening sendiri . Kawan-kawan aku pun rekomen pada aku hal yang sama
Selain tu, korang tak perlu risau pasal hidden charge sebab apa harga yang kita nampak , hanya harga itulah yang kita perlu bayar . So senang sikit nak rancang bajet . Tak percaya try visit official website ni kat https://www.traveloka.com/en-my/ dan bersedia laa untuk kena serangan jantung dengan dengan promo-promo yang diorang tawarkan !
Daripada site ni jugaklah aku baru perasan kat bandar Kota Bharu ni banyak je tempat-tempat penginapan yang dah setaraf dengan hotel-hotel Kuala Lumpur.
Fuhhh ! makin meriah bandar ni . Kalau camni punya pilihan barulah ada semangat nak datang ke sana . **ehehehehe
Jadi aku uruskan trip ini sebaik-baiknya untuk cari tiket flight dan tempat menginap untuk semua ahli keluarga aku . Tak rugi pun spend masa untuk scout for tempat penginapan dan tiket penerbangan yang paling sesuai dengan kitorang . Yelah , kitorang kan ramai . Jadi mesti la nak cari yang berbaloi . Yer dak…?
Untuk penginapan , sengaja aku pilih cosy hotel yang hanya perlu a few minute walking distant daripada the legend Pasar Siti Khadijah . Sebab dah boleh baca , mana-mana pompuan kalau dah sampai Pasar Siti Khadijah konpom kena angkut banyak shopping bags nak balik ke bilik . Aku pun lebih kurang sama jer macam mak aku . Dalam takder-takder tu sebeban gak barang diangkutnya . **ekekekeke
Untuk pengetahuan korang juga kat kawasan sekitar pasar tu jugak terdapat banyak tempat makan . Jadi mudah untuk kitorang pusing-pusing bila lapar . So tak perlu nak risau atau pening-peningkan kepala mikir nak makan kat mana .
Dan satu lagi benda yang aku paling suka kat Kelantan ni yelah aku boleh dapat keropok ikan kat mana-mana je dengan harga yang sangat murah . Keropok authentic tau , ikan lebih tepung kurang haha ! Memang borong sakan untuk stok sendiri dan untuk kawan-kawan bila balik nanti .
Lagi satu benda yang aku perasan pasal pasar ni ialah aku nampak kesungguhan kaum hawa yang gigih cari rezeki . Boleh dikatakan majoriti peniaga di pasar ni terdiri daripada kaum wanita .
Daripada makanan , pakaian , barang kelengkapan rumah sampai la barang-barang dapur semua diorang boleh jual.
Kagum betul aku dengan semangat para wanita kat sini . Aura macam ni jarang ada kat tempat lain tau .
All in all, aku dah faham kenapa mak aku nak sangat shopping kat sini. Senang nak bargain, banyak pilihan dan yang paling penting semua kain cantik, one of a kind , berkualiti dan tak semahal kat tempat lain .
Perjalanan balik kitorang ke KL ditambah dengan lima extra luggage yang berisi hasil tangkapan kitorang satu keluarga kat pasar ni . Memang puas hati dengan trip kali ni . Mak aku siap bisik nak repeat , katanya “lepas ni kena plan annual trip ke sini lagi sebab mak nak shopping banyak lagi ! Hahaha .
Yang pastinya aku dah tahu mana nak cari tiket flight dan hotel yang murah sekaligus . Tak sabar nak bagitahu ngan kawan-kawan aku yang kaki travel . hihihi
Alamak…rindu kelantan. K azni nak p januari ni laa
Azni recently posted…Japan trip – part 3
Bestnya dapat bercuti di Kota Bharu Kelantan.. mesti puas dpt makan masakan pantai timur..
anuar recently posted…5 Cara Simple Jana Pendapatan pasif melalui blog
Kak ngah baru balik klate kak long..klate mmg best..makanan sedap orangnya mesra..Pendek kata kalau nak carik tempat makan kat klate mmg mudah..harga pon murah..Akak shopping kopok kat sana kak..sedapp kan kan kan kopok ikan klate.wah mesti shopping sakan ni..
Tengok org tu jual sayur. Memang nampak sungguh2 dia. Haish. Xpernah lgi jejak kelantan. Harap dpt la berpeluang pergi kelantan
Mieza Suhaini recently posted…Kemeriahan Pesta Pantai dan Tanjung Rhu Swim Fest 2016
Bestnya gi Kelantan… suka suasanakat sana. Nanti nak tengok laaaa kot ada promosi yang menarik…
Nina Mirza recently posted…Kat CLINIC WESTERN | ‘ubat’ tuk penggemar western food murah tapi sedap
Lama dah x turun Kelantan. Huhu. Makanan kat sana best2.
Seronoknya cuti-cuti jalan-jalan. Dura pun tak pernah lagi sampai ke Kelantan ni 🙂
Sempoi ni.. Cuti2 lg mudah plan jadi lancar dgn traveloka. Nak cuba lah..
nak balik klate gakkk.. huk huk
tak pernah lagi sampai kelantan.. kena plan cuti² ke sana ni.. dgn ada traveloka lagi mudah..
menarik betul kelantan ni. tk pernah sampai sana… nti kalau dah kawen leh la pi sana… hahah dekat sikit dr sini
lisa recently posted…Tips Hilangkan Lingkaran Gelap Bawah Mata
aduhai nak pi Kelantan la bawak mak abah..mesti best..
Suria Amanda recently posted…Giveaway Hand & Body Lotion By Suriaamanda
hotel ni dekat dengan wakaf che yeh takkk
kelantan murah2 barangan dia, memang best ah! Hartitu saya buat trip pegi kelantan dengan saudara mara banyak tempat saya pegi tau! Semuanya saya baca dari post ni
https://www.duaposen.com/tempat-menarik-di-kelantan/
Ha ni tempat wajib kena singgah.