Hai korang , korang tengah google apa tu ?
Adakah korang tengah taip kat kotak carian google “sticker produk yang murah” atau “mana nak print sticker murah” atau “mana nak tempah logo dan print sticker label produk yang murah” atau “kat mana nak tempah design print sticker yang cantik dan murah” . ( tu diaaaa aihh dah macam keyword dah aku tengok )
Alaaaa aku tanya jerr , manalah tahu kot betul korang tengah cari ker , kawan korang tengah cari ker atau company korang tengah cari ker . Kan dah senang aku bagi info nih , yer dakkk?
OK OK aku terus terang dengan korang yerrr tapi korang kena janji yang korang akan bocorkan dan viral’kan rahsia “lawanya sticker , kat mana nak tempah ?” ni kat page siakap senohong , page siapa curi pen merah aku , page oh bulan mana bintang dan page sukan SEA 2017 .
Kenapa Aku Pilih Aizara Design ?
Sebab dia kawan aku dan aku bukan nak promote dia daaa , aku cuma nak bagitahu dan kongsi jer ngan korang apa perkhidmatan yang kawan aku jual . Dia seorang graphic designer yang kaya raya dengan idea , dan dia mampu mencetak apa sahaja yang pelanggan nak asalkan boleh . Maksud aku sebelum nak suruh tu tanyalah dulu .
Yang aku tahu dia memang cetak sticker logo bersiri yang orang order dirumahnya sendiri . Sebab dia dah beli mesin cetak yang sama standard untuk kegunaan indsutri .

errr ni sapa yer….lawa betul kad dia
Since dari dulu lagi ramai gak yang tanya , mana aku tempah kad nama aku , logo dan sticker produk @dilailafood , header blog saidila.com dan banner open house aku .
Hasil kreativiti dia tsumpahhh semuanya cantik-cantik belaka .
Tak caya tengok ni , ini suku jer , kalau korang nak tengok lagi banyak kenalah skodeng FB Page dia Aizara Design

kad nama blogger terkenal di zimbabwe , uganda dan papua new guinea iaitu saidila

kad nama blogger terkenal di gym-gym malaysia dan vietnam iaitu ben ashaari
OK , kagum tak ? kalau kagum boleh teruskan pembacaan , kalau tak kagum tolong buat-buat kagum …bukan aku nampak pun, ahahahahaha .
Siapa Pemilik Aizara Design ?
Hah ni dia aku nak bagitahu , pas dah baca share kat fb masing-masing then save . Pasni jangan tanya lagi ok , tanya aku lagi , nanti aku hajak laki korang gi karaoke ….baru tahu . ( ahahahahaha )
Kalau nak tahu , dah lebih setahun aku kenal dia sejak aku mulakan biz dilailafood , aku suka hasil kerja dia yang cantik , kemas dan cepat walaupun dia bizi ya hamat .
Aku cuma perlu bagitahu dia apa yang aku nak dan dia akan cepat-cepat buatkan . Konsep dia Order — design — confirm –bayar — print out — yeahhh aku sukaaaaa !!!

header blog saidiladot com yang akan digunakan tahun depan
Bagi aku once korang dah pernah berurusan dengan dia aku garenti sampai bila-bila pun korang nak guna khidmat dia dan berbaloi rekemen’kan dia pada orang lain .
Psst , kalau korang nak tahu dia juga seorang tukang jahit baju dan tudung , dan bakal design serta print kad khawin untuk anak buah aku yang nak khawin bulan November ni . Aku cakap ngan anak buah aku , “kau tak payah nak pening-pening cari kat mana nak tempah , kawan moksu ada , dia lagi hebat bab design dan yang pasti tiada harga tersembunyi .”
Harga semua boleh adjust ikut budget pelanggan . Sekalipun ikut budget tapi servis tetap 5 star , bagus kan ..?
So , jom berkenalan dengan kawan aku nih , mana tau boleh jadi kawan korang jugak . Yer dakkk ?
Siapa Saya ?
Nama saya Nur Athirah Noel Abdullah boleh panggil saya Kak Terah jer . Saya mempunyai sebuah syarikat yang menjalankan perkhidmatan reka bentuk untuk pelbagai design . Nama syarikat terkini yang saya usahakan ialah Aizara Design dan bakal bertukar nama ke Tyra Noel Creative Factory .
Syarikat saya mula beroperasi sejak tahun 2011 secara kecil-kecilan dari rumah sehingga ke hari ini .
Saya memulakan bisnes percetakan dengan menggunakan mesin printer laser biasa , hingga kini saya mampu memiliki mesin digital industri.
Saya pernah bekerja sebagai graphic designer sejak tahun 1999 hingga 2015 di pelbagai syarikat pengiklanan .
Saya juga banyak membuat pelbagai design untuk logo , sticker untuk home baker dan home biz dan label pelbagai produk .

pelbagai kad nama ikut bajet pelanggan

design sticker lawa dan pelbagai bentuk
Sticker Pelbagai Saiz Dan Bentuk Tapi Murah Untuk Peniaga
Sticker saya adalah boleh dibuat apa saja bentuk sebab saya ada mesin potong sticker. dan ada dua jenis setakat ini. white mirrorcote dan transparent sticker

comel-comel semua design
Sumbangan terbesar saya pada masyarakat khususnya pada peniaga-peniaga kecil yang baru nak memulakan perniagaan , saya menawarkan ,
harga sticker serendah Rm10 sekeping bersaiz A3 hingga Rm5
**bergantung pada kuantiti yang ditempah

contoh sticker sai A3 yang di print
Misi & Polisi Aizara Design Membantu Peniaga Kecil
Polisi saya ,
“tempah sticker tanpa minimum order”
Walaupun tempahan hanya sekeping A3 , itu semua bertujuan bagi meringankan beban peniaga yang bermodal terhad .
Sedia Menerima Tempahan Pelbagai Banner , Signboard
Aizara Design juga bersedia menerima tempahan banner, signboard dan bunting untuk pelbagai sektor seperti Industri Kecil Usahawan ( IKS ) hingga ke syarikat ternama seperti IOI dan badan kerajaan . Contoh, Jabatan Perancang Bandar Kuala Lumpur dan lain-lain .
Untuk bunting pulak ada jenis yupo ( indoor ) dan tapolene ( outdoor )

nak tempah ayam golek pun boleh…ehh bunting untuk biz ayam golek
Saya juga menerima tempahan untuk membuat flyers, namecard, kad kawin, packaging label dan lain-lain produk .

sticker magnet untuk dijadikan cenderamata majlis
InsyaAllah saya akan sentiasa ada untuk membantu pelanggan mendapatkan perkhidmatan saya dari semasa ke semasa .
Sila ikuti perkembangan saya di : FB Pages Aizara Design atau FB personal saya di : Nur Athirah Aizara HQ
Sebarang pertanyaan mengenai design dan sebut harga sila hubungi saya di : www.wasap/my/60133330717
Email : aizaracomapany@gmail.com
Instagram : @aizaraco
Salam 1 sticker dari saya – kak terah
PROMOSI !!!!!!!!
STICKER BULAT SIZE 6CM
500 PCS RM175
1000 PCS RM270
Lawa kad kak long. Sticker magnet tu pun good idea tu, buat door gift kan
Wahh menarik ni
kedai dekat mana yea
Bestnya.. Menarik ni..
Boleh tempah logo.. ada juga plan nak buat logo satu hari nanti..
anuar recently posted…Belajar Cara Urus Wang Dengan Betul dalam Program Be $MART CIMB Foundation di PSIS
Memang cantik dan menarik kad² yang dia design. Nanti bolehlah tempah.
Okay dah tu dia design. Lawa.
Nice design visiting card.
ada min order x???
boleh call tanya sendiri tuannya ..tapi setahu saya memang taka da minima order