Bismilahirahmanirohim
Asalamualaikum semua,lama dah tak sembang ngan korang.Rasa berdebar dengar komen photog antarabangsa Rahman Roslan dalam Bengkel Fotofon Sony tu pun tak habis lagi .Memang banyak sangat benda di alam realiti aku kena buat sekarang ni Salah satunya tugas wajib aku setiap Isnin hingga Jumaat ialah jaga anak kakak.Sabtu dan Ahad pulak masa untuk lepak dengan kawan-kawan dan keluarga.
Ceritanya begini,pada 10 Februari lepas aku mengikuti Bengkel Fotofon dengan team KBBA yang berlokasi di MaTic.Sebagai seorang blogger yang kena bermain dengan gambar dan juga seorang yang suka dan sentiasa kagum dengan kerja-kerja fotografi,maka wajib untuk aku berada disini.
Pstt …ni saja nak bagitau kat korang yang MaTic juga ada dewan seminar yang selesa,berhawa dingin dan lengkap dengan segala peralatan untuk digunkan semasa seminar dijalankan.

gambar senget itu seni…
Firstly aku memang noob sangat dalam bab ambik gambar guna phone. Aku punya style bila nak judge gambar yang ada, asal cantik dimata aku sudahlah.Lain-lain aspek apa yang kena ada tak pernah pulak aku kisah .
Tapi bila photog Rahman Roslan dari Sony mula buat post mortem pada gambar-gambar yang kitorang ambik,baru nampak dengan jelas apa yang boleh kita buat dan apa yang tidak bila mengambil gambar.

“yang tidur kat belakang tu dengar tak saya cakap apa ? “
Gambar bukan sekadar kena clean tapi kena ada POI ataupun Point Of Interest . Dalam gambar tu sebenarnya apa yang kita nak orang tengok dan apa POI dia. Dari POI mata automatik akan menganalisa keseluruhan frame yang ada. Dan kedudukkan POI pula ada dalam Rules Of Third .
Apa Dia Rules Of Third ?
Rules of third adalah sejenis garis bantuan dalam setiap frame. Dan dalam frame itulah subjek akan menjadi POI.Dan POI pulak terhasil selepas kita mampu menganalisa penggunaan rules of third.
Ahhh pening pulak aku nak explain
Aku faham apa yang nak disampaikan cuma nak explain dalam bahasa fotografi tu jer aku tak berapa nak reti. Salah explain mahu jugak aku kena kecam.Tapi lepas baca huraian dari blogger YB Shehan, memang apa yang aku nak sampaikan pada korang tu lebih kurang sama jer macam apa yang dia dah tulis.
Kesimpulannya kalau korang nak baca dengan lebih lanjut pasal teknik mengambil gambar menggunakan smartphone dan setting menggunakan mode manual pada phone dan kamera masing-masing jika ada. Sila kunjungi blog beliau di www.shehanzstudio.com
Apa yang aku boleh bagitahu , bengkel macam ni bukan sahaja dapat memberi ilmu pengetahuan dalam bidang seni fotografi tapi sekaligus dapat meningkatkan lagi skill dan kreativiti setiap blogger pada hari itu.

antara pengguna smartphone yang hadir ke bengkel
Mungkin selama ni kita terlalu fokus pada cantik sedangkan cantik itu sangat subjektif.
Aku lepas keluar bengkel pun mula jadi lebih berhati-hati. Apa yang kita nak letak dalam frame tu supaya orang boleh nampak POI yang nak disampaikan. Arraso ???
Terima Kasih Para Penaja
Sekarang aku nak bawak korang tengok beberapa hasil gambar fotofon dari aku dan lain-lain blogger dan juga gambar-gambar pemenang contest yang hadiahnya ditaja oleh Cosmoderm.
Pada hari itu juga semua produk sponsor seperti menu sarapan pagi dari Restoran Nelayan Gombak , cream puff gebu dari Tasty Bake , 4 jenis roti dari Ira Bakeri, sandwich dan brownies dari Khaisya Delights , nasi beriyani kambing masalla dari Cafe Cerita Kambing dan juga 3 jenis air kopi premium sedia diminum dari Brill Premium Coffee telah dijadikan subjek untuk para blogger gunakan dengan mengikut tips-tips yang telah diberi oleh photog Rahman Roslan.
Nampak tak gigihnya masing-masing nak tunjuk skil fotofon yang ada.

Sarapan dari Restoran Nelayan Gombak

Cream Puff Gebu Tasty Bake by Zeta Aziz

Lunch box Beriyani Kambing Masalla dari Cafe Cerita Kambing

Brownies dari Khaisya Delights

pelbagai jenis roti gebu dari Ira Bakeri

penghilang dahaga dan membaeri kesegaran dari mengantuk oleh Brill Coffee Premium
Oleh kerana aku kurang faham gambar seperti apa yang dimahukan maka gambar-gambar yang aku pertaruhkan dalam contest telah kalah dengan bergaya sekali. Rupanya pemilihan gambar bukan sekadar wajib cantik tapi mesti ada elemen-elemen dari apa yang telah diajar.
Walaupun kalah tapi ilmu yang diperoleh tu sedikit sebanyak dapat mengubah cara dan teknik kita untuk menjadikan gambar-gambar kita selepas ini lebih baik bagus dan menepati stantdard jurugambar profesional antarabangsa .

subjek paling penting pada hari kejadian…

flatlay yang cantik..katanyalah

apa fungsi pen yang berada dikalangan produk skincare ? hurmm , korang tanyalah kenapa ?
Tahniah Kepada Pemenang

tahniah MamaKembarTiga

Tahniah NinaMirza
Gambar Selepas Keluar Bengkel
Amacam ? ok tak ?
Nota : setiap gambar yang terhasil pasti ada cantiknya , cuma bergantung pada pandangan mata masing-masing dan kecenderungan kita menilai elemen setiap gambar . ada yang suka menilai melalui penggunaan rules of third, ada yang suka bermain dengan editing apps dan macam-macam istilah lagi yang aku pun tak berapa mahir.
bila dah tahu ilmu tentang fotofon ni, memang lagi seronok nak ambik gambar. kan?
Wah seronoknya bila dh tau teknik ambil gambar .
tq akak tag saya.. btw, huraian akak pn tambah lagi ilmu utk saya. terima kasih. sama2 improve k? chayokk
Laaa pen tu untuk ambik order produk laaa, kan kan? Hehehhee
Cantik kak long. Tahniah!!