Labbaikallahumma Labbaik Labbaika Laa Syarikalaka Labbaik Innalhamda Wan Ni’mata Laka Wal Mulk Laa Syarikalak

Bila sebut pasal ibadah umrah, terutama pada yang dah pernah pergi, mesti hati tu akan automatik rasa rindu dan rasa syahdu pada segala yang ada disana. Jiwa sentiasa meronta-ronta nak pergi lagi dan lagi dan lagi.

(tu tak termasuk bila tengok pelbagai poster tawaran untuk pakej umrah yang lebih ekonomi lalu lalang kat timeline…huhuhu)

Aku sendiri dulu tak terlepas dari mempunyai rasa yang sama. Niat dan doa yang tak pernah putus supaya di seru agar dapat menjejakkan kaki ke Kota Madinah dan Tanah Suci Mekah segera dikabulkan.

Alhamdulillah akhirnya, pada November tahun lepas dengan izin dariNya juga aku berjaya menjejakkan kaki ke Madinah untuk menziarahi baginda Rasulullah dan sekaligus mengerjakan Umrah di Mekah buat pertama kali.

rindu yang tak pernah hilang

Antara tips yang aku nak kongsi kalau korang betul-betul nak pergi Umrah ialah :

Tips pertama : bayar deposit pada travel agen pilihan. Aku dengan dd masa nak pergi pun tak cukup duit lagi. Tapi percayalah once kita dah bayar deposit pada travel agen yang kita pilih, selebihnya serah pada Allah dan mohon doa selalu semoga Allah permudahkan niat kita asalkan kita berusaha.

Tips kedua : bertalbiah setiap kali selepas solat fardhu

Tips ketiga : banyakkan selawat ke atas Rasulullah supaya terbit rasa rindu untuk menziarahi baginda

( ahhhh…aku yang tulis balik ni pun dah bergenang air mata )

menunggu giliran untuk masuk ke Raudah

So, untuk coretan aku yang seterusnya aku nak berkongsi sedikit dengan korang tentang persiapan awal aku sebelum ke sana, dan aku harap apa yang aku sampaikan kat sini sedikit sebanyak dapat membantu dan membantu urusan korang sebelum berangkat ke sana dan juga semasa berada disana.

di Jabal Uhud

PILIH TRAVEL AGEN UMRAH YANG SAH DAN BERLESEN

Benda pertama korang kena buat selepas niat nak pergi Umrah adalah, korang kena cari travel ejen yang SAH , BERLESEN dan BERKREDEBILITI dalam menguruskan jemaah Umrah.

Its ok kalau korang rasa ambik masa sikit untuk pilih, sebab aku tahu sekarang dah terlalu banyak syarikat travel yang menawarkan pelbagai pakej Umrah.

Ada yang VIP ada yang Ekonomi. Tetapkan hati dan siap sediakan bajet.

malaysia …bagus !!!

Pernah dulu aku tanya kat satu makcik kat kampung aku. Makcik ni boleh dikategorikan sebagai makcik yang kerap sangat pergi Umrah. Dia dah ikut macam-macam jenis syarikat. Aku tanya pada dia begini “cik selalu pergi umrah kan…bagi cik syarikat mana yang ok dan senang berurusan..?” aku tanya sebab manalah tahu kot aku nak pergi jugak bolehlah ikut saranan makcik nih.

Tapi makcik tu jawab gini “mana-mana syarikat pun sama…sebab ujian kita setiap kali pun tak sama…bukan sebab syarikat tapi sebab Allah nak uji kita..” 

Aku terus angguk-angguk faham. Sejak tu hanya niat yang jadi batu asas untuk aku pergi menunaikan Umrah.

Tapi since korang dah ter’baca entry aku ni, sukalah aku nak permudahkan urusan korang semua. Tak payah pening-pening nak selidik atau tanya orang sana sini travel ejen Umrah mana yang ok mana yang tak.

Antara travel agen umrah yang aku tahu dan boleh dipercayai ialah SYARIKAT JUARA TRAVEL & TOURS SDN BHD . Kenapa Juara Travel ? sila teruskan membaca

10 SEBAB KENAPA NAK KENA PILIH JUARA TRAVEL ?

  1. SYARIKAT BERLESAN YANG DIIKTIRAF KERAJAAN
  2. HARGA PAKEJ BERPATUTAN DAN EKONOMI
  3. PENYEDIAAN KURSUS UMRAH SECARA BERJADUAL
  4. MEMPUNYAI MUASSASAH SENDIRI (PENGELOLA VISA)
  5. PROGRAM PENUH DI TANAH SUCI
  6. JADUAL PENERBANGAN YANG INSYAALLAH CONFIRM TERBANG” 
  7. PENGGUNAAN ALAT BANTUAN (RECEIVER) SEMASA PELAKSAAAN IBADAH UMRAH
  8. JARAK HOTEL YANG DEKAT
  9. MUTAWIFF/PEMBIMBING YANG BERILMU
  10. BARISAN STAF DI MADINAH DAN MEKAH YANG PROFESIONAL

Dan JUARA TRAVEL juga membenarkan untuk kita membayar pakej umrah yang kita pilih secara ansuran. Haaa kan senang tu, kira macam simpanan tetap, cukup duitnya dah boleh pergi. Kalau nak harap simpan sendiri risau bila tiba-tiba ada emergency kita terus guna duit yang kita dah simpan tu, sudahnya nanti duit tetap tak cukup untuk pergi beribadah.

APA KATA MEREKA

KURSUS UMRAH PERCUMA SEPANJANG TAHUN

Inipun penting jugak, teringat lagi masa aku nak pergi Umrah. Masa tu dah suntuk sangat nak pergi tapi syarikat travel yang aku join tu hanya akan buat kursus sebelum beberapa hari nak bertolak.

Nak tak nak aku kenalah cari tempat kursus Umrah lain untuk dengar. Sekali pergi memang tak cukup, almaklumlah kita ni first time nak pergi, bimbang kurang ilmu pengetahuan kang jadi salah.

Kebetulan seminggu dua sebelum pergi, kat Masjid kampung aku ada Ustaz dari Juara Travel buat Kursus Umrah Percuma. Itupun kakak aku yang bagitahu aku, katanya sapa-sapa yang nak dengar Kursus Umrah Percuma hari tu boleh jer datang walaupun belum ada rasa nak pergi ataupun nak pergi tapi dah daftar dengan syarikat travel lain.

Memang best, seronok dengar dan tak mengantuk langsung serta mudah faham apa yang disampaikan oleh Ustaz dari Juara Travel tentang ibadah Umrah.

Untuk jadual kursus percuma, korang boleh rujuk sini Jadual Kursus Umrah Percuma 

TAWARAN PAKEJ HAJI JUARA TRAVEL

Settle jer ibadah Umrah kita dah boleh plan untuk next target. Dan next target itu semestinya adalah menunaikan rukun Islam yang ke-5 iaitu Haji.

Sebelum aku syorkan pada korang pakej-pakej Haji, aku nak korang pastikan yang korang dah ada akaun dengan Tabung haji dulu dan juga korang sudah mendaftarkan nama untuk giliran pergi Haji .

Cara-cara untuk dapatkan giliran haji dengan cepat walaupun TH kata giliran korang 90 tahun lagi, jangan risau, kita  masih ada cara untuk dapat giliran haji. Untuk itu korang boleh rujuk dekat entry yang aku pernah tulis di sini : Cara Nak Dapat Giliran Haji Yang Cepat Dan Contoh Surat Rayuan Haji

Dan jika korang ada rancangan nak jalankan ibadah Haji dengan penuh rasa selesa, aku syorkan pada korang untuk ambik Pakej Haji dari Juara Travel.

Tak percaya kenapa aku kata best ? korang boleh rujuk poster kat bawah ni.

*Harga pakej adalah termasuk Bayaran Haji (BH) jemaah haji PJH 1439H sebanyak RM 11,2000 yang akan didebit oleh Tabung Haji(TH) daripada akuan Jemaah Haji di TH.

Nampak ? haaaa memang selesa kan ? korang boleh pilih nak sebilik berdua atau bertiga atau berempat hingga berlima. Aku sendiri bila tengok pakej ni pun terus rasa nak kumpul duit untuk next target.

Lain-lain perkhidmatan yang disediakan pihak JUARA TRAVEL semasa HAJI termasuklah :

BIMBINGAN – Taklimat tanah air dan tanah suci akan dibimbimg oleh pembimbing yang bertauliah dan berpengalaman.

PETUGAS – Berpengalaman menguruskan jemaah haji.

MAKANAN – Makanan 3X sehari (MAKKAH,MADINAH,ARAFAH,MINA).

CENDERAHATI – Beg pakaian, beg troli, kain ihram, telekung, sarung tangan wanita, uncang kasut, beg sandang,& uncang belakang serbaguna

KURSUS HAJI – Secara intensif dan taklimat akhir sebelum berlepas.

ZIARAH – 7x umrah (3x Tanaeim, 3x Jaranah, 1x Hudaibiyah Makkah) & (7x Masjid Quba,Madinah).

INSURANS PERJALANAN – Atas permintaan jemaah dengan bayaran tambahan sebanyak RM 300.

Bagi aku tak salah pun kita ikut pakej Haji dari syarikat travel jika kita mampu. Itu rezeki ketentuan dari Allah andai kita dapat buat ibadah Haji dalam keadaan yang lebih baik dan lebih selesa.

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI

Jadi, sudahkah anda semua bersedia ? kalau dah terbit rasa-rasa nak menunaikan Umrah tu jangan tangguh-tangguh lagi, korang boleh terus berhubung dengan :

Whatsapp: http://www.wasap.my/60182204406 (ANIS)

Whatsapp: http://www.wasap.my/60179027713 (MUHAIMI)

Whatsapp: http://www.wasap.my/60193888710 (AFIQ)

Whatsapp: http://www.wasap.my/60193704551 (AINA)

Emel: infojuara@gmail.com

FACEBOOK : https://www.facebook.com/juaratravelHQ/ 

INSTAGRAM : https://www.instagram.com/juarahq/ 

TWITTER : https://twitter.com/JUARAHQ 

WEBSITE : https://www.juaratravel.com.my/

Nota : Hanya satu nasihat aku, sekalipun korang nak cari pakej yang paling bajet, tapi korang jangan sampai terpedaya dengan pakej yang terlalu murah dan memang diluar kebiasaan. Sebab aku tak nak korang kena game dengan sindiket penipu deposit umrah.

Categorized in: