Sapa tak pernah pergi Pulau Langkawi lagi ? angkat tangan !
Yeahhhh !!! samalah kita ….kalau nak tahu , tahun ni aku pun belum pergi Langkawi lagi .
( gotcha !!! ahahahaha )
Dulu masa aku pergi mana ada tawaran camni , last aku pergi Langkawi tahun 2013 , masa tu punyalah payah nak booking tiket yang murah . Tiap masa cek email kot dapat info dan offer ada tiket murah ker .

jom pergi langkawi
Yang tengah bercadang-cadang nak pergi tahun ni memang untung sebab aku ada tawaran baik nak bagi kat korang .
Tapi itu dulu , sekarang dah mudah sejak wujudnya Traveloka App .
Itu nanti aku cerita kat korang . Sekarang korang kena baca dulu kenapa aku nak korang pergi melancong ke Pulau Langkawi walaupun sekali seumur hidup .
Kenapa Langkawi ?
Jujur aku katakan selain kerana barang bebas cukai aku rasa Pulau Langkawi adalah tempat paling selamat untuk pelancong dan penduduk dan boleh dikatakan pulau bebas jenayah .
Dengan dikelilingi lautan , mana mau pergi ? Sekalipun itu adalah pertama kali kita menjejakkan kaki ke Pulau Lagenda , yang pasti kita tak akan sesat .

bawa daku pergi…
Aku pergi ke sana dari satu tempat ke satu tanpa menggunkan GPS apatah lagi Waze . papan tanda pun ada di merata , masuk sini keluar sana , masuk sana keluar sini .
Kebetulan pulak waktu aku pergi ke sana pameran LIMA sedang berlangsung . Sungguhpun jalan-jalan di Langkawi sesak dengan pelancong tapi peluang menyaksikkan jet-jet pejuang naik ke ruang udara Pulau Langkawi membuat latihan didepan mata , dan melawat ke sekitar pameran LIMA tidak aku lepaskan .

enjoy layan latihan jet

pameran LIMA di bulan Mac tahun 2013
Antara tempat-tempat yang sempat aku lawati termasuklah :
Muzium dan Perkampungan Mahsuri
Kat situ boleh ziarah makam Mahsuri , tengok rumah asal mahsuri , minum air dari telaga mahsuri dan tengok drama pendek sejarah Mahsuri dan keluarganya .

kecik-kecik dah sampai langkawi
Pantai Chenang

pantai chenang tahun 2013
Kalau ke sini korang boleh cuba naik belon yang ditarik dengan bot laju , nak panggil apa pun aku tak tahu . Tapi syoklah , enjoy tengok keliling dari atas sambil terbang-terbang . Menikmati sunset dari sana hanya Subhanallah sahaja yang aku mampu sebut .
Kereta Kabel Gunung Mat Cincang
Yang ni wajib pergi jika cuaca mengizinkan . Keinginan mengatasi gayat .

naik ke atas dengan kereta kabel bukan kereta kebal

2 keluarga osem family Puchong ke Langkawi
Sejarah Dan Asal Usul Pulau Langkawi
Di luar pantai Kedah terdapat gugusan 99 buah pulau yang ada pelbagai tarikan menarik , pantai yang cantik, kemudahan infrastruktur yang bertaraf dunia .
Kawasan paya bakau yang kaya dengan flora dan fauna, pengalaman membeli-belah bebas cukai yang sangat murah dan kisah lagenda yang menarik untuk kita ketahui .
Langkawi mempunyai kisah lagenda berpanjangan yang tersimpul rapi dalam sejarahnya. Tanya sesiapa sahaja di pulau itu mengenai kisah tragik seorang perempuan cantik bernama Mahsuri, dan anda akan mendengar sebuah kisah cinta, cemburu dan satu sumpahan yang telah dikenakan ke atas pulau ini olehnya selama tujuh keturunan.

tempat parking kapal layar mewah
Hari ini, generasi ketujuh penduduk Langkawi telah lama berlalu pergi, tetapi masyarakat di sini masih mempercayai bahawa kekayaan dan kesejahteraan yang dinikmati pulau itu kini dan sumpahan yang dikenakan bukanlah satu kebetulan.
Misteri lagenda ini boleh dirasai di banyak tempat di pulau ini, terutamanya di Makam Mahsuri (Mahsuri Mausoleum), tempat di mana Mahsuri disemadikan.
Walaupun kelihatan seperti cenderung kepada pelancongan, kebanyakan penduduk pulau ini bekerja sebagai petani, nelayan dan usahawan.

kilim river
Nikmati keindahan kawasan desa dan sawah padi yang menenangkan dengan menyewa kereta dan bersiar-siar di sekitar pulau. Beberapa pemandangan suasana desa yang terbaik terdapat di sepanjang jalan mengelilingi pulau.
Anda akan dapat melihat kampung-kampung kecil dengan rumah kayu yang dikelilingi oleh pokok palma, dan kanak-kanak sibuk mengayuh basikal bersiar-siar di desa.
Selain daripada menikmati cara hidup masyarakat setempat , banyak lagi aktiviti yang boleh dilakukan di Langkawi.
Tak lengkap rasanya kedatangan ke Pulau Langkawi kalau tak merasai sendiri pengalaman menaiki kereta kabel yang mendebarkan ke puncak Gunung Mat Cincang ( gunung kedua tertinggi di Langkawi ) untuk menikmati pemandangan keseluruhan pulau yang mengasyikkan.

santai-santai atas gunung mat cincang

pemandangan atas gunung mat cincang , sejuk dan berkabus
Antara destinasi terkenal yang lain juga termasuklah Padang Beras Terbakar, Telaga Air Panas, Telaga Tujuh (The Seven Wells) dan Pantai Pasir Hitam.
Lawatan bot juga disediakan untuk ke Tasik Dayang Bunting (Lake of the Pregnant Maiden), Gua Cerita (Cave of Stories) dan Gua Langsir (Curtain Cave).

tasik dayang bunting
Untuk menghabiskan masa dengan alam semulajadi, anda boleh menjelajah merentasi hutan hujan dara yang meliputi hampir seluruh Langkawi, atau menaiki bot melalui kawasan paya bakau.

taman pulau payar
Anda juga boleh pergi menyelam / snorkling ke Taman Laut Pulau Payar , atau bermain golf di beberapa resort 5 bintang.
Langkawi juga mempunyai satu dunia bawah air, dengan terowong bawah tanah yang merentasi sebuah akuarium gergasi, yang menjadi bualan ramai di Underwater World Langkawi . – sumber
Ada Apa Dengan Traveloka ?
So , korang dah bersedia ker nak fly ke Langkawi ?
Kalau dah baca jangan lupa save siap-siap . Tag dan share jugak maklumat ni pada kawan-kawan serta saudara mara atau jadikan hadiah untuk honeymoon pun ok . Bijak tak aku ? ehehehehe
Kalau korang nak tahu Traveloka adalah pakar dalam pelancongan di Asia, malah tawaran yang ditawarkan juga lebih hebat dari Matta Fair .
Sebagai hadiah sebab korang baca entry aku sampai habis , aku nak hadiahkan korang satu kempen cuti-cuti terbang ke Pulau Langkawi dengan Traveloka :
Wonderful Asia by Traveloka :
- Tema : Pulau
- Destinasi : Langkawi
- Promo period : 21 Julai (Jumaat) – 23 Julai (Ahad) selama 3 hari
- Potongan sebanyak RM188 untuk hotel dan penerbangan melalui Traveloka app
Potongan harga ( discount ) sebanyak RM188 untuk hotel dan penerbangan yang dibuat hanya boleh dibeli melalui Traveloka App di Play Store ( android ) atau Apps Store ( ios )
Tawaran ini juga hanya berlangsung selama 3 hari sahaja . Tapi korang boleh fly bila-bila masa sahaja yang korang suka .
Syarat-syarat :
- Hanya penerbangan ke Langkawi melalui Traveloka App sahaja
- Buat tempahan penerbangan dahulu dan dapatkan potongan sebanyak RM50 ( guna kupon SEAFLYLGK ).
- Selepas pengesahan tiket, terima email untuk kupon potongan harga hotel sebanyak RM138. ( Minimum spend untuk flight RM150 dan hotel RM300 untuk 2 malam.)
- Booking period (flight): 21 Julai (Jumaat) – 23 Julai (Ahad)
- Booking period (hotel): selepas terima email selepas pembelian tiket penerbangan sah sehingga 31hb Julai.
- Travel period: bila-bila masa sahaja / anytime
- Harga terakhir yang ditunjukkan di Traveloka App adalah harga termasuk tax, tiada harga tersembunyi .
- Traveloka adalah app yang boleh dipercayai di Asia Tenggara dengan 15million muat turun (15million download)
- Untuk destinasi lain, sila layari traveloka
- Muat turun Aplikasi Traveloka sekarang untuk tawaran hebat ini .
Wahh bestnya jalan jalan ke Langkawi..kakngah belum.pernah sampai langkawi lagi kak long.. seronok tgk orang pegi sana ..
syokkan pergi sana. rasa nak repeat again jer
Teringinnya nak pi Langkawi lagi. Nak borong coklat Whitaker’s banyak banyak heheh
Lamanya tak pegi langkawi. Mana tau ttba dpt sponsor kan. Hehehehe.
Woww.. Rindu pulak nk pegi langkawiii
Suka pergi Langkawi, 4 kali dah.
Tengok promosi hebat ni teringin pulak nak pergi lagi, best arr Travelok App ni.
Nanti nak g langkawi gak tggu hujung tahun hohoho
langkai masa belajar pernah pergi..mas atu takde traveloka lagi..sekrg dh ada..mudah ni