Salam semua, entry aku kali ni nak kongsi dengan korang satu kaedah menulis yang baru tanpa perlu bersusah payah memerah otak untuk membina artikel iaitu menggunakan aplikasi ChatGPT yang di bangunkan oleh teknologi dari Open AI ( Artificial Inteligent ).
ChatGPT ni boleh berfungsi sebagai google dan juga membuat karangan menggunakan arahan yang di beri. Contohnya aku nak suruh ChatGPT buat karangan mengenai sesuatu tempat dengan 5 fakta yang di perenggankan.
Dan hasilnya adalah seperti dibawah.

Walaupun chatGPT berjaya mengikut arahan tapi fakta yang diberikan tidak semestinya tepat. Macamana pun tetap kena diperbetulkan. Jauh nau Daerah Bachok tu nak sampai ke Dabong tu chatGPT oii.
Apa itu ChatGPT ?
ChatGPT adalah model bahasa alami besar yang dilatih oleh OpenAI menggunakan arsitektur GPT (Generative Pre-trained Transformer) 3.5. Model ini dapat menghasilkan teks yang mirip dengan bahasa manusia dan dapat digunakan untuk berbagai tugas dalam bidang pemrosesan bahasa alami, termasuk chatbot dan asisten virtual. ChatGPT dapat digunakan untuk memahami dan membalas pertanyaan atau permintaan pengguna dalam bahasa alami yang sama dengan manusia.

Haa kalau nak tahu atas tu hasil dari penulisan chatGPT. Tinggal copy dan paste. Walaupun nampak profesional tapi sayang tak original. Tapi untuk fakta sebegini tak ori pun takper asalkan tak salah fakta.
Bagi korang yang nak mencuba boleh ke sini SINI
Gaya Penulisan Adalah Identiti Pengenalan
Bagi aku penulisan seseorang tu bergantung pada susunan lenggok bahasa yang digunakan sebagai identiti sang penulis. Yang pastinya semua itu bergantung pada tahap kreativiti si penulis itu sendiri , tapi sampai satu tahap tiba-tiba memang hilang kata-kata dan idea, mau mati kutu jugak kau kat situ.
Pernah satu ketika dulu ada satu contest untuk penulis blog. So masing-masing kena submit artikel masing-masing tanpa memberitahu siapa yang menulis. Guess what, dalam banyak-banyak artikel tu , artikel aku yang terpilih dan juri pulak tahu yang itu adalah penulisan aku walaupun artikel tu tanpa nama.
Baca : Domain Rating
Nampak tak ? itu maknanya dalam penulisan pun kita dah boleh bina identiti tersendiri tanpa perlu bagitahu siapa kita. Maksud aku biasanya penulis blog akan menggunakan kata ganti nama untuk membina identiti penulisan.
Macam aku lebih prefer bahasakan diri aku sebagai AKU dan untuk korang pula sebagai pembaca aku panggil KORANG.
Walaupun ada yang kata penulisan aku ni macam merosakkan bahasa dan kasar tapi nak buek camno kan, itulah cara dan identiti penulisan aku untuk rasa lebih santai dan dekat dengan pembaca.
Berbalik pada chatGPT tadi bagi aku ianya bagus untuk membantu tapi tak original. Walaupun boleh edit tapi hasilnya tetap tak sama. Namun begitu bagi aku ok sahaja, teknologi dah ada maka gunakan dengan sebaiknya.
Selamat Mencuba !
FB : Saidila79 IG : Saidila YT : Saidila Lifestyle TT : saidila79
Woww..Thanks info Boleh try Kalau takdak idea
Tapi hati-hati kalau google dah boleh set ai tracker Dan kena plagiarism free. So nak tak nak itu hanya panduan sahaj
Azni recently posted…Nak beli kereta tu boleh tapi kira dulu gaji tu cukup ke?