Biasanya bila sebut pasal tak nak makan nasi tapi nak rasa kenyang dan nak makan benda yang mudah disediakan apa yang korang akan fikirkan ? Haa kalau aku dah semestinya tak terfikir langsung. Hidup tanpa nasi macam tak boleh hidup jer rasanya.

Rupanya tu semua mind set kita. Aku dah jumpa orang yang elak makan nasi tapi masih boleh rasa kenyang dan hidup dengan sihat dan juga kurus. Maksud aku kurus yang sihat ok bukan kurus yang tak sihat.

Masa bulan puasa hari tu aku ada nampak beberapa blogger up pasal satu produk ni. Produk ni dari brand yang cukup terkenal iaitu Surya. Kalau korang ada baca blog aku pasal Surya ACV , alaa cuka epal dengan madu tulahh, yang memang aku ambik setiap kali lepas makan untuk elak sebu dan melawaskan perut.

Dari pembacaan aku mengenai S Great Grain ni katanya produk terbaru yang diorang ambik masa bulan puasa baru-baru ni memang dapat membantu diorang berpuasa dengan lebih mudah dan bertenaga.

Tapi kalau dah habis puas ni janganlah berhenti ambik yer, teruskan supaya korang dapat berat badan yang ideal dan janganlah sampai tak makan nasi langsung.

Sekalipun nak berdiaet jangan sampai memudaratkan diri sendiri. Kalau dah memang sejenis tak tahan lapar dan tak boleh tak ambik nasi jangan paksa diri. Korang boleh ambik S Great Grain ni dulu pastu baru ambik nasi.

PENYELAMAT SEMASA TRAVEL

Oh yer sebelum korang teruskan baca , aku nak bagitahu yang S Great Grain ni sangat berguna dan sangat membantu aku semasa aku travel ke Jogja dan Bandung baru-baru ini . Kalau korang baca iti aku memang korang pun geleng keplas. Sampai kawan aku kata “dila ..ko ni buat kerja giler , tau tak ?” aku cuma jawab , “yer aku tahu ..”

Jadual aku sangat padat dan aku kena sentiasa ada meal on the go. Nak lepak makan santai-santai memang taklah. Sebab tu awal-awal sebelum gerak aku dah hangkut S Great Grain ke Jogja dan Bandung.

LAZAT & BERKHASIAT

Now berbalik pada kebaikkan yanga ada kat S Great Grain nih. Ok , ada pun didalam setiap sachet S Great Grain mengandungi 18 bijirin seperti beras merah, kacang merah, kacang hijau, benih coix, biji bunga teratai, biji rami, beras perang, jagung, kacang soya, gandum, sekoi, bijan hitam, kacang walnut, kernel aprikot, kacang hitan, benih chia, beras pulut.

Baca pun dah rasa kenyang weihh. Kan kan kan ?

Selain dari tu juga S Great Grain ada lagi tambahan 5 makanan Sunnah seperti Habbatus Sauda, Zaitun, Delima, Buah Tin & Madu .

Tu dia aihhh , kalau korang kata tak cukup berkhasiat lagi tak tahulah lagu mana yang korang nak.

Produk ini sesuai untuk mereka yang peka dengan kesihatan dan keluarga dan ingin mencapai gaya hidup yang lebih sihat macam penyanyi Wani Hasrita.

TAHUKAH ANDA ?

Multi-bijirin mempunyai set nutrien yang komprehensif termasuk karbohidrat yang baik, protein, serat makanan, vitamin & antioksida; menjadikannya pilihan terbaik untuk sekeluarga.

Aku suka part antioksida tu sebab aku tahu itulah yang buat kita jadi awet muda.

Ibu-ibu yang ingin memberikan nutrisi yang terbaik kepada anak mereka boleh juga boleh dapatkan manfaat S Great Grain kerana ia datang lengkap dengan nutrien diperlukan yang akan memberi anak-anak tenaga dan fokus untuk menjalankan aktiviti harian mereka.

Haa yang ini aku setuju sebab aku ada bancuhkan untuk Cinta , dan dia kata dia suka sebab rasanya sedap. Aku ni asalkan anak suka nak makan ke minum sesuatu benda , lagi- lagi benda yang bagus dan berkhasiat camni wajib aku repeat beli.

CARA PENGAMBILAN S GREAT GRAIN

Untuk pengetahuan korang aku lebih suka bancuh S great Grain ni guna shaker. Tuang 1 sachet dalam shaker dan bancuh dengan air suam. Goncang shaker sehingga semuanya sebati. Boleh terus minum kalau suka. Tapi aku suka minum sejuk sebab waktu tu segala bau bijirin pun dah hilang.

Aku ambil 1 sachet pagi dan 1 sachet malam. Tapi aku suka ambik pagi sebab aku sejenis yang malas nak ambik sarapan pagi yang berat. So pada yang nak dapatkan korang Surya S Great Grain ni ianya ada dijual di semua cawangan Watsons, butik Himalaya, farmasi tempatan terpilih & juga di online.

Sebarang pertanyaan lanjut jangan tanya aku tapi tanya terus kat FB page dan IG mereka sendiri. Aku ni cuma kongsi jer dengan korang produk apa yang ok apa yang tidak yang aku sendiri dah cuba bukan setakat sembang kari.#ehh

Facebook : https://www.facebook.com/Surya.Malaysia/

Instagram : https://www.instagram.com/surya.malaysia/

Selamat Mencuba !

Categorized in: