Siapa antara kita kalau hilang atau berpisah dengan kawan-kawan yang dia dah kenal bertahun lamanya tapi dia tak rasa apa-apa ? Kalau yer itu tandanya mereka tu tak penting pun dalam hidup kita.
Jujur kata aku kalau dah mula kawan rapat dengan seseorang tak kira tempoh tetap aku rasa sedih dan rasa kehilangan.
Walaupun aku rasa aku dah usaha buat yang terbaik untuk jaga perhubungan tersebut agar kekal hingga ke akhir hayat, tapi kalau dah takdirnya jodoh aku dan kawan aku sampai setakat itu maka sampai setakat itu sahajalah.
Tapi hari ni masa aku tengah scrollscroll FB aku macam tersedar. Tak sepatutnya aku rasa sedih rasa kehilangan ataupun rasa bersalah atas apa yang telah berlaku. Yang penting aku tahu apa effort aku selama ini untuk menjadi seorang kawan yang baik. Samada aku dihargai ataupun tidak itu bukanlah urusan aku lagi.

Boleh jadi aku yang tak baik untuk mereka atau boleh jadi mereka yang tak baik untuk aku. Tapi aku lebih suka fikir sesungguhnya akulah yang tak bagus untuk diorang.
Yang penting selepas aku tersedar ni aku kena lebih bersyukur atas apa yang terjadi. Mungkin ini cara Allah nak jauhkan aku dari terus-terus menambah dosa dan menyakiti hati mereka.
Bukan aku tak sedar yang orang macam aku ni, yang datang dari latar belakang keluarga yang tak sempurna serta membesar dalam suasana yang berbeza sememangnya tak layak langsung ada kawan. Cuma aku jer yang terlalu degil untuk cuba jugak berkawan. Now aku betul-betul dan insaf dan serik.
Aku harap kat akhirat nanti aku tak akan dihisab kerana semasa hidup banyak menyakiti hati kawan-kawan. Nauzubillahminzalik. Bagi aku, dari hidup tersakiti kerana ramai kawan, sebaiknya aku memilih untuk teruskan hidup dengan baik walaupun tidak punya ramai kawan.
Tak ada kawan tak ada dosa.
FOLLOW & SUBSCRIBE
Facebook : Saidila Abdul Rahman Instagram : Saidila Youtube : Saidila Lifestyle
Comments