Ok kita sambung sini pulak lepas korang dah baca Perkahwinan Itu Bukan Sekadar Lafaz “aku terima nikahnya”
Kalau nak diikutkan DD tu bukanlah calon pilihan utama , dia adalah pilihan ke 5 aku dari banyak2 calon yang ada .
Korang mesti nak tahu kenapa kan ? tahu dah aku . **ahahahahaha
Ok , sebab yang pertama adalah umur , umur dia muda 2 tahun dari aku . aku pun tak tahu kenapa majoriti calon-caln pilihan mesti bawah umur dari aku . Serius aku memang tak minat kawan dengan lelaki bawah umur . Bagi aku diorang tak matang lagi . Muda sehari dua dari aku pun aku rejek inikan pula 2 tahun .
Aku target calon yang lahir tahun 76 atau 75 jer sebab aku rasa diorang dah cukup matang dan boleh manjakan aku atau jaga aku , rupanya tak semua yang lebih umur tu pemikiran’nya pun matang .
Keduanya sebab dia lebih rendah dari aku , tinggi aku 162cm dia pulak dalam 153cm camtulah . Rasa macam tak sesuai betul .
Tapi itulah kan …namapun jodoh , Allah tak bagi apa yang kita suka sebab apa yang kita suka belum tentu baik untuk kita .
Ada satu malam tu aku tengah syok bergayut dengan dia dalam telefon , pastu dia cakap nak gi minum air kejap .
Dalam menunggu tu aku pun nyanyilah sikit2 sebab sambil2 tu aku dengar radio . Tetiba ada satu suara perempuan cakap ngan aku “perempuan …..gatal …”
Perghhh bederau darah aku dengar ayat tu . Lepas tu dia datang balik angkat phone sambung borak dengan aku , aku tanya sapa tu ? dia cakaplah itu mak dia .
Aku pun kata ok tapi dalam hati aku bengkek dan rasa tercabar . Dari aku rasa macam nak main-main cinta terus aku rasa aku nak betul-betul anak dia jatuh cinta .
Jaga-jaga makcik , akan aku kidnap hati anak bujangmu itu …hahahaha
.
.
.
.
.
Bermulanya Episod Seorang Playgirl
Dulu aku ni boleh jugak dikatakan playgirl , aku jadi macam tu lepas aku clash ngan pakwe pertama aku , walaupun dia cakap dia lagi sayang aku dan janji dengan aku tak buat lagi dan blablabla lepas aku maafkan dia buat lagi .
Kemuncaknya satu malam tu hati aku tak berapa sedap macam berdebar-debar jer rasanya , aku call dia kata dia ada kat rumah tapi aku dapat tangkap satu bunyi bising . Kebetulan masa tu rumah saudara mak angkat aku ada buat kenduri .
Dalam pukul 11 malam tu aku ajak kawan aku keluar , aku round kat rumah dia tapi kereta dia takder . Demm !! dia tipu aku , dan aku rasa aku tahu mana nak cari dia . Aku pergi kat tempat yang aku suspek dia ada kat situ sebab aku tahu skandal dia tu kerja kat satu restoran yang aku tahu .
Aku keluar rumah pakai cap baseball sebab aku tak nak sapa2 perasan aku masa aku buat perhitungan dengan dia nanti .
Sekali betul , aku nampak kereta dia park tak jauh dari restoran tu . Aku tarik nafas dalam2 dan aku masuk sorang kat dalam restoran tu , aku nampak dia tengah duduk kat kerusi sembang dengan perempuan tu kat kaunter . Dia tak perasan aku sebab aku pakai cap , aku datang dekat dengan dia .
Aku tepuk meja kaunter biar dia tekejut dan orang laian yang ada dalam restorang pun terkejut sama . Tetiba aku cakap “what are you doing ?” dan aku pandang tepat kat mata dia cari jawapan . Dia memang terkejut nampak aku kat situ , muka dia waktu tu kalau ditoreh pun memang tak berdarah rasanya .
Pastu dia cakap ngan aku “jom cakap kat luar …sini orang ramai tengok” masa dia cakap macam tu aku punya hati sebenarnya dah takder rasa apapun .
Kepercayaan aku pada dia hancur berderai . Cinta aku pada dia mati serta merta . Tapi aku tak nak teruskan lagi hubungan dengan dia , aku nak tamatkan segala-galanya malam tu jugak . Maka dengan segala kekuatan yang aku ada aku bagi satu penampar kat muka dia . Muka dia sakit tapak tangan aku pun sakit .
Pastu aku tunjuk muka dia dan aku cakap “mulai malam ni kau dan aku putus !” pastu aku terus blah masuk kereta dan suruh kawan aku jalan .
Kawan aku tanya aku apa jadi , aku cakap aku jumpa dia bagi penampar dah tu aku blah . Hati aku sakit tangan aku pun sakit tapi aku puas hati . Malam tu aku rasa cinta yang ada dalam hati aku dah pergi meninggalkan jasad aku . Aku jadi orang yang takder perasaan cinta .
Sampai rumah aku ambik wuduk dan solat 2 rakaat . Dalam doa aku minta pada Allah jika dia bukan yang terbaik untuk aku , aku mohon semoga Allah jauhkan terus hidup aku dari dia .
Alhamdulillah , Allah perkenankan .
Walaupun ada sesi pujuk memujuk hari esoknya tapi aku tetap dengan keputusan aku tak nak tertipu lagi dengan dia dan aku janji pada diri sendiri aku tak akan maafkan dia sampai hati aku sendiri bahagia .
Dan sejak tu aku terus tekad dalam hati mana-mana lelaki yang sukakan aku akan aku patah-patahkan hatinya macam apa yang aku pernah rasa .
Termasuklah sepupu ex pakwe aku , dia pun aku mainkan perasaan dia . Asalnya sepupu pakwe aku yang ngorat dan suka aku dulu tapi yang aku pulak suka dengan pakwe aku .
Walaupun ramai yang dah canang2 jangan kawan dengan aku sebab aku playgirl tapi diorang nak cuba nasib jugak . Mungkin diorang rasa diorang boleh ubah aku . Masa tu memang puas hati aku dapat tengok lelaki menangis keluar air mata , merayu minta aku jangan tinggalkan diorang .
.
.
.
.
.
Cinta Tak Semestinya Bersatu
Satu hari tu mak angkat aku tunjuk 1 kad khawin pada aku , aku baca ada nama dia dengan perempuan tu . Mak angkat aku tanya aku tak nak pergi ker ? Aku cakap untuk apa ? Aku siap sumpah perkahwinan diorang tak bahagia lagi adalah .
Hari dia khawin aku duduk kat shopping mall , masuk keluar tengok wayang sampai berapa kali pun aku tak ingat .
Bila dia dah selamat kahwin semua baru mak angkat aku cerita , mak angkat aku pernah jumpa mak dia , mak angkat aku kata kalau anak dia serius kawan dengan aku diorang nak suruh kitorang kahwin . Rupanya mak pakwe aku tu tak suka aku sebab aku anak yatim , katanya dia tak tahu keturunan aku siapa .
Mak angkat aku cakaplah yang aku tu anak yatim piatu , memang takder mak bapak lama dah . Duduk rumah anak yatim sejak umur 3 tahun . Tapi mak pakwe aku tak restu dan memang dah lama dia suruh pakwe aku jangan berkawan dengan aku lagi .
Cuma pakwe aku tetap teruskan jugak kawan dengan aku dalam masa yang sama dia kawan jugak dengan orang lain untuk maknya . Dan dia tak bagitahu pun kat mak dia yang dia masih kawan dengan aku . Yang mak dia pulak ingat dia dah putus dengan aku sebab anak dia dah bawak balik perempuan jumpa dia . Padahal menipu .
Aku bila dapat tahu kisah sebenarnya sikitpun aku tak menyesal cuma aku rasa apa ker bodoh sangat keluarga diorang nih . Aku tak sangka mak dia yang nampak warak berniqab tu boleh nilai aku macam sampah .
Salah ker aku jadi anak yatim piatu yang takder mak bapak ? takder saudara mara ?
Yang anak dia pulak sepatutnya berpendirianlah sikit , aku sebenarnya tak kisah pun kalau dia mintak putus sebab mak dia tak setuju kitorang kawan . Bagi aku perkahwinan bukan sekadar penyatuan 2 hati dan jiwa 2 orang , tapi perkahwinan adalah keluarga .
Walau ambik masa dan makan tahun aku nak maafkan dia . Lama-lama baru aku sedar , cinta tak semestinya bersatu . Selepas tu aku kawan dengan lelaki tanpa ada perasaan cinta sikit pun termasuklah calon2 4 orang tu . Rasa suka nak kawan sebab tapi bukan cinta .
.
.
.
.
.
Yang pastinya aku berhenti jadi playgirl lepas aku jumpa DD dan aku rasa DD jer yang mampu kawal aku walaupun dia muda dan tak berapa tinggi macam aku . DD buatkan aku jadi seorang yang pemaaf .
Lama-lama ego aku kendur jugak dengan gaya cool dia walaupun asalnya aku bagaikan seketul bara yang mampu membakar hati lelaki hingga menjadi abu .
Aku mungkin tak mampu nak jumpa dan minta maaf dengan semua lelaki yang aku dah kecewakan . Yang aku mampu ialah cuma memaafkan kesalahan orang lain terhadap aku semoga kesalahan aku juga akan dimaafkan dan mohon keampunan Allah SWT .
.
.
.
.
.
Ok sambung lagi nanti…pasnih aku cerita pulak camner aku boleh jadi seorang yang setia pada cinta , ker dah tak payah sambung lagi ? tanya jerrr…ehehehehe
setuju dengan pendapat ni
Wah mengenang kisah2 lama ni..
Kalau puan rasa bahagia dengan kehidupan semasa, ada baiknya kita memadamkan kisah2 silam dalam kehidupan kita… bila kita share macam ni dikhuatiri boleh mengguris perasaan pihak2 tertentu apabila membacanya.. sebab ni kan intenet.. sesiapa sahaja boleh membaca kisah2 ni..
hahaha baik….insyaAllah kisah ni tak akan menjejaskan apa2…takder detail terperinci siapa yg terlibat ….
saya lebih kepada nak terangkan macamana manusia boleh berubah kerana cinta yang terasnya bukan kerana cantik , harta dan keturunan…
alhamdulillah suami saya izinkan saya menulis kisah ini asalkan saya tak sebut nama2 pihak yg terlibat …..
terima kasih encik atas peringatan …saya akan cuba menulis dengan baik tanpa menyakiti hati sesiapa …ia cuma cerita perjalanan seorang saidila mencari sebuah cinta sejati …ecececece
Boleh buat filem or novel laa.. menarik nya kisah awak
Sambung lagi kak long…sambung2…
makasih admin artikelnya sangat membantu