Sebab nak tahu sendiri bagaimana Rumah Ronald McDonald atau RRM dibangunkan, pada 22 Ogos 2019 yang lepas aku pun turut serta dalam majlis sambutan ulang tahun ke 20 RMHC di Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM-UKM) yang telah dirasmikan oleh isteri Perdana Menteri iaitu YABhg. Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.


Apa yang kita semua kena tahu mengenai RRM ialah, sejak ia ditubuhkan pada tahun 1999 oleh Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC Malaysia),hampir 1,300 keluarga pesakit pediatrik dari seluruh negara telah menginap di rumah ini.
RRM di sini merupakan rumah penginapan dalam hospital yang pertama di rantau ASEAN untuk membantu meringankan beban keluarga pesakit pediatrik yang perlu menjalani rawatan di HCTM-UKM.



Sempat aku bertanya pada beberapa keluarga yang anak mereka sedang menjalani rawatan dan menginap di RRM. Ada yang datang dari Seremban , Kuala Kubu Bharu dan juga Kuala Selangor yang mana jarak perjalanan untuk berulang alik dari rumah demi mendapatkan rawatan sangat-sangat jauh. Dengan adanya RRM mereka dapat berehat dan menumpukan perhatian sepenuhnya kepada anak mereka.

Ada juga antara mereka telah berada disitu selama beberapa minggu, bulan dan tahun mengikut kekerapan rawatan yang diperlukan.

Alhamdulillah, baru-baru ini RMHC Malaysia juga telah merasmikan pembukaan Rumah Ronald McDonald kedua di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, untuk meringankan beban keluarga pesakit kanak-kanak di Kelantan dan kawasan Pantai Timur.

Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat, semoga ianya berterusan dan semoga lebih banyak lagi RRM dapat ditubuhkan
FAKTA RINGKAS RUMAH RONALD MCDONALD, HCTM-UKM
- Bayaran penginapan serendah RM5 untuk satu malam
- Terdapat 19 bilik tidur yang boleh memuatkan 19 keluarga dalam satu-satu masa
- Mempunyai 57 katil
- Kemudahan lain yang disediakan seperti ruang makan, ruang istirahat, surau, dapur, bilik dobi, bilik dan taman permainan, perpustakaan, gim mini dan bilik komputer.
- Aktiviti menarik yang dijalankan seperti hari keluarga, kelas masakan sihat, kelas kecergasan,sambutan hari jadi untuk pesakit kanak-kanak dan sambutan-sambutan perayaan.
LATARBELAKANG RMHC
RMHC Malaysia telah ditubuhkan pada Februari 1990 sebagai organisasi bukan berasaskan keuntungan dengan misi untuk mewujudkan, mencari dan menyokong program-program yang mampu meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak kurang bernasib baik di Malaysia.
RMHC menjalankan empat program utama untuk menyokong teras Kesihatan, Pendidikan dan Kebajikan. Program-program ini ialah Rumah Ronald McDonald, Bilik Sensori Ronald McDonald, ‘Gift of Smile’ dan Program Pek Kembali ke Sekolah.

Sejak 29 tahun lalu, RMHC telah memberi impak dalam kehidupan lebih 40,000 kanak-kanak melibatkan kesihatan, pendidikan dan kebajikan dengan pembiayaan lebih RM27 juta. Dana untuk program-program yang dijalankan diperoleh daripada sumbangan ikhlas individu menerusi tabung yang terdapat di sestoran-restoran McDonald’s dan juga tajaan serta sumbangan dari rakan korporat.
Untuk maklumat lanjut mengenai RMHC, sila layari : https://rmhc-malaysia.my/
LATAR BELAKANG HOSPITAL CANSELOR TUANKU MUHRIZ (HCTM-UKM)
HCTM merupakan salah sebuah hospital pengajar di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia yang mempunyai pelbagai kepakaran termasuklah dalam bidang perubatan pediatrik. Secara puratanya, HCTM menerima 20,000 kes pesakit pediatrik setahun, ini merujuk kepada kanak-kanak yang
menerima rawatan sama ada pesakit dalam dan pesakit luar di HCTM.
LATAR BELAKANG McDONALD’S
McDonald’s adalah rangkaian global perkhidmatan makanan melibatkan kira-kira 36,000 cawangan restoran di seluruh dunia dengan pelanggan lebih 70 juta sehari di lebih 100 buah negara. Sepanjang 37 tahun McDonald’s di Malaysia, McDonald’s memberi perkhidmatan kepada lebih 13.5 juta pelanggan sebulan di lebih daripada 280 restoran di seluruh negara. McDonald’s mempunyai lebih 14,000 kakitangan di semua rangkaian restorannya di seluruh negara dengan mewujudkan pelbagai
peluang termasuklah perkembangan karier, latihan dan pembangunan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mcdonalds.com.my
Hubungi cawangan Rumah Ronald McDonald di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM- UKM), Kuala Lumpur di talian 03-9173 5994 atau ibu pejabat RMHC Malaysia di talian 03-7843 3388 jika anda berminat untuk menyumbang wang tunai atau menjadi sukarelawan untuk RMHC Malaysia.
kalau lebih ramai NGO buat kebajikan begini kan best
Tahniah dan semoga lebih ramai yang ikut jejak Mekdi
Masya Allah.. Bagusnya program pembangunan demi masyarakat yg dianjurkan seperti ini.. AM harap program ini kekal n diteruskan utk masa hadapan..
sedihnya tgok anak kecil hidap penyakit serius. Allahu semoga diberi kesembuhan buat mereka & ketabahan serta kekuatan buat ibu bapa mereka.
Semoga dengan bantuan dari pelbagai pihak mampu meringankan beban yang pesakit hadapi.aminnn
Anak Perak recently posted…RIADAH DI THE PARENTHOOD, SUNWAY PYRAMID
Semoga lebih yang mampu teringankan bebannya dengana danya RMHC..
Alhamdulillah..dapatlah membantu mereka yang susah untuk menyewa penginapan… harap meluas lagi ke negeri-negeri lain.
sebenarnya ramai yang kurang berkemampuan dan kurang bernasib baik kan. at least dengan adanya bantuan macam ni, sememangnya dapat kurangkan beban mereka. kasihan tengok anak2 ni, syukur ada yang sudi hulurkan pertolongan
Aju Mohit recently posted…Cara penjagaan fiddle leaf fig indoor plant
Good article! I really love how it is simple on my eyes and the data are well written. I’m wondering how I might be notified when a new post has been made. I have subscribed to your RSS which must do the trick! Have a great day!
Bamyak betul program csr mcdonalds ni. Banyak membantu insan2 terpilih. Kalau breakfast diorang sediakan makanan mcd ke? Tanye je hehe. Moga banyak lagi syarikat mencontohi mcd utk membantu rakyat
Tahniah rumah ronald mcdonalds, semoga membuka mata yang lain juga
Semoga byk lagi rumah mcD sebegini dibuka untuk memudahkn pesakit datang membuat rawatan dan keluarga pesakit menginap pada kos yang minima …
Terbaik! Tahniah atas usaha murni yg dilaksanakan sejak bertahun2 ni. Semoga diiteruskan dan dikembangkan lagi usaha ini
Alhamdulilah kerana ada bantuan sebegini untuk mengurangkan kesakitan pada orang lain kan. Mudahan dipermudahkan semua urusan dalam membantu kehidupan insan yang memerlukan.
Bagus sgt usaha seperti RRM ni. Banyak membantu masyarakat di luar sana yg memerlukan bantuan penginapan. Sedikit sebanyak dpt berjimat compare ulang alik dari rumah ke hospital. Moga usaha seperti ini membuka lagi mata lebih ramai orang utk berusaha sama2 berbakti kepada masyarakat
Decamellia recently posted…Sedapnya Makan Mexican Buffet Dinner Di Cafe BLD, Renaissance Hotel Johor Bahru
Bagus usaha McDonald adakan Rumah Ronald McDonald ni.. dapat memudahkan urusan ibubapa yg jauh, yg perlu tempat tinggal sementara jaga anak sakit. patut RRM ni perlu ada di hospital2 yg jauh dari kawasan bandar kan..
yes. and dia dah start menyemai bakti di kelantan juga. diharapkan semua dapt menyumbang di tabung merah kecil di mcd agar setiap rumah macam ni ada pada setiap negeri di malaysia.
tahniah dan selamat ulangtahun.. Lama dah rumah ni ye.. Memang banyak manfaat untuk oesakit dan waris.. Bagus kalau rumah macam ni banyak ditibuhkan..
memang harus di puji usaha mcdonald yang ini…
Tahniah McDonald dengan penubuhan rumah macam ni boleh la bantu orang yg susah jauh-jauh semata-mata nk mengubat anak dia. bagus jugak kalau buat dekat banyak tempat yang sediakan kepakaran yg kat hospital lain tak ada.
oh ke sini rupanya duit yang kita masuk dalam tabung depan kaunter mcd tu. bagus insentif mekdi guna duit sumbangan customer untuk keperluaan adik-adik yang memerlukan. at least program CSR macam ni penting untuk galakkan masyarakat menderman kepada mereka yang memerlukan
budak bandung laici recently posted…Seronok Tengok Preliminary Game Taiwan Excellence Esports Cup 2019
Dah lama tapi tak tau pun kewujudannya.
Tahniah McDonald atas usaha murni selama 20 tahun ni.