TADARUS & TADABBUR : Ramadhan 1437 H
(إِنَّ الَّذِينَ يَشْتَرُونَ بِعَهْدِ اللَّهِ وَأَيْمَانِهِمْ ثَمَنًا قَلِيلًا أُولَٰئِكَ لَا خَلَاقَ لَهُمْ فِي الْآخِرَةِ وَلَا يُكَلِّمُهُمُ اللَّهُ وَلَا يَنْظُرُ إِلَيْهِمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَلَا يُزَكِّيهِمْ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ)
[Surat Ali Imran 77]
Sesungguhnya orang-orang yang mengutamakan keuntungan dunia yang sedikit dengan menolak janji Allah dan mencabuli sumpah mereka, mereka tidak akan mendapat bahagian yang baik pada hari akhirat, dan Allah tidak akan berkata-kata dengan mereka dan tidak akan memandang kepada mereka pada hari Kiamat, dan tidak akan membersihkan mereka (dari dosa), dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya
Secara umumnya, janji ialah mengikat seseorang atas sesuatu. Antara bentuk yang mempunyai makna janji ialah :
– ‘aqd
– ‘ahd
– aiman
– mithaq
– baiah
Kesemuanya menuntut untuk memenuhi hak atas sesuatu secara prinsip agama. Walaupun secara khususnya, ia memberikan perbezaan fokus :
– dengan pihak yang berjanji.
– bentuk kafarah atau denda atas pembatalan atau kemungkiran.
– lafaz perjanjian yang dilakukan.
Janji dalam menjayakan perjuangan Islam diikat dengan bai’ah. Ia sama ada dalam bentuk umum dan khusus:
i. Umum : dalam taat dan patuh kepada khalifah yang dilantik
ii. Khusus : dalam sesuatu fokus kerja
Ia dapat dilihat kepada wujudnya pelbagai baiah yang berlaku di zaman Nabi Muhammad SAW antaranya :
i. Baiah Aqabah pertama : membentuk peribadi muslim.
ii. Baiah Aqabah kedua : bersedia menerima kedatangan Nabi Muhammad SAW selaku pemimpin negara Yathrib (Madinah).
iii. Baiah ridhwan : menuntut bela atas Sayiduna Uthman atas berita palsu kematiannya.
iv. Baiah di Saqifah Bani Sa’idah dalam mengangkat Abu Bakar sebagai khalifah pertama.
Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi di dalam kitabnya “al-Riddah wa ‘Uqubatuha” menyatakan aqidah merupakan asas janji manusia kepada Allah menerusi 2 kalimah syahadah.
Maka dalam melestarikan makna kepada “Tiada Tuhan Melainkan Allah” ia merujuk kepada 3 eleman :
i. Allah merupakan rabb iaitu Tuhan yang disembah.
ii. Allah merupakan wali iaitu hanya Allah tempat bergantung.
iii. Allah merupakan Hakim iaitu hanya perundangan dan peraturan Allah tertinggi dan dilaksanakan.
Abdullah Nasih Ulwan di dalam kitabnya “al-Hurriyah al-Diniyyah” menyatakan hikmah hukuman berat iaitu hukuman bunuh ke atas jenayah bukan bukanlah bermaksud Islam memaksa manusia menganut Islam.
Namun ia kerana :
i. orang yang murtad merupakan pengkhianatan ke atas janjinya kepada Allah.
ii. mencegah umat Islam lain turut khianat ke atas janji dengan terpengaruh untuk murtad.
iii. orang yang murtad telah memberikan wala’ kepada musuh Islam.
Janji dalam menunaikan amanah kehambaan ini diikat dengan dua kalimah syahadah ” Tiada Tuhan melainkan Allah, dan Nabi Muhammad merupakan pesuruh Allah”.
Syeikh Fathi Yakan di dalam kitabnya “Maza Ya’ni Intima’ Li al-Islam” membawa penjelasan kepada tuntutan syahadah iaitu peribadi hamba yang baik pada sudut ibadah dan akhlak. Beliau juga menjelaskan tuntutan syahadah membawa kepada bersama gerakan perjuangan Islam.
Justeru, haram ke atas apa sahaja pengkhianatan ke atas :
a. Syahadah dalam mengabdikan diri
b. Mengabaikan amanah khalifah di bumi.
c. Mengkhianati janji dan tidak penuhinya.
d. Melanggar bai’ah sama ada berbentuk umum atau khusus.
Khianat ke atas janji merupakan jenayah. Ia dipandang serius di dalam Islam. Sirah Nabi Muhammad SAW menjelaskan perkara demikian antaranya :
i. Serangan ke atas pengkhiatan Bani Nadhir.
ii. Serangan ke atas pengkhiatan Bani Mustaliq.
iii. Pembukaan Kota Mekah ekoran serang balas ke atas pengkhiatan musyrikin ke atas Sulh Hudaibiyyah.
iv. Denda pemulauan ke atas 3 sahabat termasuk Ka’ab bin Malik kerana tidak turut serta peperangan Tabuk.
Leave a Reply