Allahuakbar! Entry kali ni aku rasa terpanggil nak kongsi dengan korang satu peristiwa yang bagi aku sangat mulia dan sangat-sangat kita kena sokong sebagai satu jihad kepada agama kita iaitu agama Islam.
Apa yang aku dapat tahu , Ensany Global telah melancarkan satu tabung Waqaf Al-Quran dan kitab dalam KoD Braille sepanjang Ramadan 2020 bagi menyokong usaha pihak Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia dalam memperjuangkan hak pendidikan golongan kurang upaya penglihatan di Malaysia.

Turut serta dalam menjayakan kutipan dana ini adalah Yayasan Maghfirah.
Maklumat lanjut sila ke : https://www.ensany.com/
Sewaktu berkunjung ke Pusat Penerbitan PERTIS , pihak Ensany Global telah dimaklumkan bahawa Al-Quran dan Kitab yang dicetak dalam Kod Braille hanya mampu bertahan selama 5 tahun sahaja.

Manakala kos untuk mencetak Al-Quran dan Kitab pula adalah bernilai RM0.50 sehelai. Oleh kerana kos percetakan dan mesin yang mahal menyebabkan Al-Quran dan Kitab dalam Kod Braille tidak dapat di cetak dan diedarkan secara meluas kepada golongan sasaran iaitu mereka yang mempunya kekurangan upaya penglihatan didalam Malaysia.

Oleh itu pihak Ensany Global sebagai satu wadah pengumpulan dana secara atas talian, telah tampil untuk membantu pihak PERTIS agar Al-Quran dan Kitab Braille dapat diedarkan secara PERCUMA kepada golongan OKU penglihatan.
Maklumat lanjut sila ke : https://www.ensany.com/
Alhamdulillah, usaha ini bukan sahaja turut mendapat sokongan orang awam di Malaysia, bahkan ianya tular hingga ke negara ASIA terdekat dengan dana terkumpul sebanyak RM668,195.(Enam Ratus Enam Puluh Lapan Ribu Satu Ratus Sembilan Puluh Lima Sahaja)

Majlis rasmi penyerahan sumbangan oleh Ensany Global dan Yayasan Maghfirah kepada pihak PERTIS telah berlangsung pada jam 10.00 pagi bertarikh 10/07/2020 dan bertempat di Unit Penerbitan PERTIS di Brickfield.
Dalam pada masa yang sama juga majlis sederhana yang diadakan ini turut diadakan bagi melancarkan Tabung Kelestarian orang-orang Kurang Upaya Penglihatan di Malaysia.

Di mana tabung ini ditubuhkan untuk membantu pihak PERTIS mengumpul dana bagi membina kompleks khas untuk orang kurang upaya penglihatan di Malaysia.
Tabung Kelestarian Orang Kurang Upaya Penglihatan Islam Malaysia merupakan projek usahama antara Ensany Global, Yayasan Maghfirah dan juga pihak PERTIS.

MasyaAllah. Sungguh aku rasa menyesal sebab baru tahu. Aku harap selepas ini kita semua dapat meneruskan usaha pihak Ensany Global untuk mengumpul dana demi pembangunan ummah yang mereka yang kurang bernasib baik.
Semoga Allah memudahkan urusan kita semua , memberkati usaha ini dan membalas dengan sebaik-baik ganjaran.
Maklumat lanjut sila ke : https://www.ensany.com/
Apabila matinya seseorang anak Adam itu maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah , ilmu yang dimanfaatkannya dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kepada kedua ibubapanya.
Hadis Riwayat Muslim
Bagus bila ada tabung macam ni… Bantu sesama saudara seagama kita…
Alhamulillah atas usaha yg sangai baik ni.. Tahniah pada pihak Ensany Global atas usaha murni ni..