Assalamualaikum di pagi jumaat ramadhan yg mulia ni….semoga kita semua dipayungi kasih sayang dan rahmat olehNya…

Pagi ni aku tak sambung tidur seperti selalu….mind set selepas subuh anak gi sekolah aku mesti sambung tidor balik dalam sejam dua tiga….pagi ni tak langsung sampai buntu tak tau nak watper….perkara2 ibadah tu tak yah sebut kat sini…tu diam2 sudah…janji allah lihat dan malaikat dah tag apa yg aku buat….
Dalam pada aku meronda blog…skodeng fb orang lain yg tak reti nak set private…tetiba aku rasa cam terpanggil nak tengok blog aku sendiri….errr siriyusli aku memang dah lama giler tak post entry dan tak tengok blog sendiri….ada yg kat atas2 aku post tu semua aku post guna iphone….view iphone agak terbatas jadi aku cuma tulis entry dan publish sahaja….takder masa nak BW dan follow org punya blog….tapi hari ni aku dah folllow dua blog dengan sengaja….
Blog Pertama —> anglewearsgucci lawan kepada evilwearsprada
Blog KeTua —> theredrambutan penjual buah paling kaya di yangon
Okay….ini jer dua biji blog yg aku suka baca buat hari ni…sambil2 korang skodeng blog berdua tu…aku nak bagitah yg luka hati aku dah sembuh….luka hati yg terluka sejak bertahun lamanya…jadi dengan kesembuhan ini ku hilangkang juga parut yg berbekas agar tak terkesan lagi dihati….aku kikis segala kesan yg melekat…ku suntik kolagen dihati ini agar kesannya tak kelihatan sehingga keakhir hayat….
Sehingga semalam aku masih simpan harapan…tapi hari ni rela aku lepaskan…biarlah aku dicacah dengan ungkapan penghinaan dari dia…aku kaitkan penghinaan darinya untuk dijadikan sebuah makhota penghormatan dan pakaian ketabahan…aku berterima kasih kepada Allah kerana melihatkan aku wajah hati dia yg sebenarnya….
Akhir ini aku kalungkan ucapan terima kasih padanya dan keluarganya kerana mereka aku lebih menghargai apa erti keikhlasan dan bayar budi…budi mereka biarlah Allah membalasnya…salah mereka aku redhakan…
Selamat menjadi manusia yg lebih baik dari yang semalam….!!!

Categorized in: