Amin…amin …amin…..tiada apa yang lebih indah selain mengucap rasa syukur ke hadrat illahi…. bila ditimpa sebarang musibah dan ujian waktu itulah kita sebenarnya berserah pada qada dan qadar…..tetapi berapa ramaikah antara kita yang menerimanya tanpa mempersoalkan kenapa ianya terjadi pada diriku….????
Aku cuma mampu menerima segalanya dengan tabah dan redha…..tidak sekali aku mempersoalkan kenapa ianya terjadi pada diriku….dalam redha aku insaf serta faham…mungkinkah ini satu ujian keimanan ataupun balasan atas kekhilafan diriku sendiri pada yang maha pencipta……
Dalam menerima aku juga meminta….mohon jangan ditolak permintaan ku untuk kembali pulih….kerana tanggungjawab ku sebagai seorang khalifah,anak kepada arwah ibubapa,isteri,mama,menantu,iparduai,mak saudara dan kawan belum lagi terlunas…..
Walaupun sakit ku tidak separah orang kemalangan….tapi aku akur pada kata2 allah swt….”kun fayakun”…..itu lebih membuat aku lebih gentar dan takut…..jikalau Allah swt memang berkehendakkan sesuatu itu berlaku maka tiada apalah yang dapat menghalangnya…….hatta sakit kita tidak seserius mana dan dijamin oleh pakar yang kita pasti selamat……namun itu bukanlah sebab untuk aku lupa yang tiap2 yang bernyawa pasti akan merasai mati……
Mati itu pasti bagi tiap2 yang bernyawa….tapi biarlah matinya aku nanti dalam keadaan seorang islam yang beriman….
Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih ke atas doa2 yang telah kawan2 yang terbaca entry aku yang lepas……aku percaya yang doa2 kalian yang ikhlas itu semua telah diterima allah swt sehingga kini aku sembuh walau tidak seperti dulu…..sedikit sebanyak ada anugerah yang allah kurniakan kepada ku telah telah ditarik balik…..Namun begitu aku masih bersyukur dan redha…..DIA lebih berhak keatas diriku…..no question why…..
Aku bersyukur dan tetap bersyukur…….
Mean while……jika ada kelapangan aku akan coretkan plak bagaimana tumor ini boleh bersarang didalam kepalaku beserta simpton2 yang aku alami…..ianya cuma sebagai panduan atau pengalaman…..mungkin boleh dijadikan rujukan untuk diri sendiri atau sesiapa sahaja….cegah sebelum parah……lain kepala lain rasa….tak siapa boleh pilih sakit…..jadi perkara ini boleh terjadi pada sesiapa saja yang dikehendakiNYA…..
Waktu sekarang dah subuh…….marilah bersolat…..
Comments