SYRIA CARE: KEMPEN BANTUAN MUSIM SEJUK 4.0
Pada 28 Ogos 2016, Syria Care telah melancarkan KEMPEN BANTUAN MUSIM SEJUK 4.0 ke Syria di Ekspo Buku Islam Pahang ke 15 yang berlangsung di Kuantan Parade, Kuantan Pahang.
Syria Care sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berfungsi membantu rakyat Syria telah mengambil inisiatif ini untuk menyalurkan bantuan kepada mereka sebagai persediaan menghadapi musim sejuk yang bakal menjelang tiba.
Dianggarkan lebih dari 7.6 juta warga Syria memerlukan bantuan kritikal untuk mereka terus menyabung nyawa bagi menghadapi musim sejuk serta tidak mempunyai persediaan yang mencukupi dan hanya punya sumber kehidupan yang sangat terhad.
Apa yang membimbangkan ialah keadaan suhu cuaca yang mungkin menurun ke paras di bawah sifar.
Syria Care ingin membuka peluang kepada orang ramai untuk sama-sama tampil membantu mereka yang akan menghadapi musim sejuk tidak berama lama lagi.
Sumbangan berbentuk kewangandari orang ramai amatlah diperlukan. Ini bagi membeli keperluan musim sejuk seperti bekalan kayu api dan tong gas untuk memanaskan badan, pembelian susu formula untuk kanak-kanak serta bekalan makanan bagi kemudahan dan kegunaan mereka.
Kempen ini juga bergerak seiring dengan projek #Food4Syria dan projek #Milk4Syria juga terus digerak juga bergantung kepada sumbangan orang ramai.
Kempen ini digerakkan dari bulan September sehingga bulan Disember sebagai platform untuk rakyat Malaysia yang prihatin menyalurkan bantuan dan semoga sumbangan ini nanti dapat meringankan beban yang dihadapi rakyat Syria.
Ianya perlu digerakkan dengan segera dan kami akan memastikan agar penghantaran pertama sumbangan boleh dihantar awal iaitu pada bulan Oktober 2016 bagi memudahkan mereka membuat persediaan menghadapi musim sejuk pada bulan November 2016.
Bagi melaksanakan kempen ini, Syria Care akan bekerjasama dengan 6 NGO di Syria bagi menyampaikan terus bantuan musim sejuk kepada rakyat Syria.
NGO tersebut adalah rakan kerjasama Syria Care di enam kawasan berikut:
· Haiatul Igathah Al Insaniyah di Selatan Damsyik
· Khair For Relief di Barat Ghoutah
· Muasassah Al Ahbab di Idlib
· Muasassah Eemarushaam dan Risalet El Sham di Timur Ghoutah
· Jam’iyyah Tawasau di Latakia
· Jam’iyyah Sham Sharif di Homs
Kepada rakyat Malaysia yang prihatin, marilah bersama menghulurkan bantuan dan iringi doa buat mereka.
Kami akan teruskan projek #Care4Syria #Food4Syria dan #Milk4Syria di enam kawasan terkepung di Syria.
Link video promo:
https://www.youtube.com/watch?v=nrNDN6hpgMk
Ustazah Siti Sakinah binti Meor Omar Baki
Pengerusi Syria Care Malaysia
Alamat : No.43A,Jalan Bola Jaring 13/15 ,
Seksyen 13 , 40100 Shah Alam , Selangor.
Telefon : 03-552 3407
Telefon : 011-3703 0900
Sedih lihat apatahlagi yang melaluinya.moga dilindungi..
yanieyusuf recently posted…Perkongsian Itinerari Trip Bajet Pulau Tioman