Tertengok satu video kat facebook yang rata-rata netizen kata sweet tahap kencing manis tu . Aku play dan tengok sampai habis .

Awalnya memang aku pun senyum jer dan akhir video aku cuma mampu cakap “hurmmmm ok” .

Mesti korang nak tahu apa pendapat aku kan ? Jujur aku kata bolehlah dikatakan ianya “so sweet “

Tapi !!!!

Sweetnya video tu bukan pasal Aeril dan Wawa tapi lagu Kaho Na Pyaar Hai tu yang menjadikan video tu sweet . Tak percaya cuba korang tengok balik , Dan-dan korang terbayang gaya sweet dan tarian Rohit ( Hrithik Roshan ) dan Sonia ( Amisha Patel ) .

Aeril dan Wawa cuma nak abadikan kisah cinta diorang melalui lagu tersebut dan ianya berjaya dengan bantuan team CST . Maka aku yakin selepas ini team CST pasti menjadi buruan dan pilihan para pasangan yang nak rakam moment yang sweet macam Aeril dan Wawa .

Namapun pasangan yang masih berkhawin , opkoslah seboleh-bolehnya nak beri yang terbaik untuk pasangan sementara masih ada dan masih bersama . Akan datang kita tak tahu apa akan jadi .

Aku tak rasa cemuih dengan apa yang Aeril buat untuk Wawa sebab memang wajib kot suami isteri saling memberi rasa bahagia . Aeril dan Wawa cuma tunjuk contoh yang baik kot ada pasangan lain nak tiru cara diorang ker .

Tapi yang aku cemuih’nya ialah pada mereka yang suka buat perkara sweet tu atas nama tiket “kapel” .  Masih kapel jer kot , tapi dia punya layanan sweet tu macam dah khawin 10 tahun . Walhal dari perabih duit buat benda sweet yang membazir baik gi menikah terus . Nanti dah menikah hari-hari nak buat perkara sweet sampai muntah pun orang dah tak kata apa .

Laki Kau Ker Yang Diorang TAG ? 

Stendedlah orang pompuan ni bila tengok bebenda sweet camni diorang pun tag asben masing-masing .

So ? yang korang nak kecam diorang semua tu dah kenapa ? laki kau ker yang kena tag ? tak kan ? so biar jerlah diorang , kau tak nak tag laki kau itu kau punya pasal’lah

Taklah orang pompuan tu tag asben masing-masing bertujuan nak-nak jugak lari-lari joget kat lombok cam Aeril dan Wawa . Diorang cuma nak tunjuk ngan asben diorang jer how sweet pasangan ni .  Mana tahu lagi 10 tahun ker 20 tahun ker baru laki yang jenis kayu tu sedar .

Bila pasangan masing-masing dah takder barulah sibuk nak rasa menyesal . Kenapa dulu masa dia tag aku , aku buat dono jer .

Ada lelaki nak-nak yang dah bergelar suami , dia memang tak tahu cara camner nak bagi pompuan atau isteri diorang rasa sweet .

Rasa Sweet Tu Masing-Masing Yang Rasa

Semua orang ada cara nak bagi pasangan masing-masig rasa sweet tapi kalau jenis lelaki kayu memang dia apapun tak kisah , tu yang perlu di’tag kasi peringat dan terdetik di hati untuk cipta moment-moment yang sweet , paling jahanam pun sekali seumur hidup .

Orang pompuan nak-nak para isteri , sekali laki dia buat sweet , seumur hidup dia tak lupa walaupun seratus kali laki dia buat dia cam patung cendana .

Dd bukan sejenis lelaki yang sweet tapi dia selalu buat benda yang sweet untuk aku . Kitorang masih makan suap menyuap sampai sekarang . Bangun tido handphone dah full charge . Walhal aku tido dengan phone tu . Time aku sibuk menulis kadang dd datang bawakan aku segelas kopi atau tamar koko sedangkan yang baru balik kerja tu dia .

Sebab tu aku aku selau rindukan dia walaupun dia tengah sedap tido . Aku doakan kebaikan dan kesejahteraan dia selalu . Aku doa semoga Allah sentiasa jagakan dia sebagaimana dia menjaga aku .

Oklah…dah rindu pulak kiter ngan dd kiter , sweet’kan ? auchhhhh !

Categorized in: