Kabare’s…..!!!! Waktu aku meng’entry ini adalah waktu aku baru balik dari walimatul urus…..apa yang aku nak isu kat entry aku kali ini ialah mengenai jemputan…..jemputan bagaimana dan jemputan dari siapa yang kita akan hadir…mungkin hadir atau tidak akan hadir…..
Adapun aku sebelum ini tidak pernah mengalami peristiwa jemputan yang pelik2 lagi tak masuk akal…..cuma semenjak dua tiga menjak dalam tahun ni aku menerima serta mendengar kisah jemputan yang pelik2…..bukanlah majlis yang pelik2…..tapi orang yang menjemputnya yang pelik…..
Ada satu peristiwa dimana kakak member aku si A buat majlis…..majlis apapun aku tak ingat…..member aku si A menjemput member aku yang si B….
Sesi Dialog Si A dan Si B
Si A : “woi nanti sekian2 hari bulan ko datang kat rumah kakak aku….dia ada buat majlis….
Si B : “oh…ok….
Tak lama selepas beberapa minit ke jam ke hari ker….Si A menalipon Si B…
Si A : “woi….aku tanya kakak aku…..dia kata dia tak jemput ko….
Si B : “ok…..
Aku Yang Terkesima : “apa punya kawanlah…….
Kesimpulan yang aku buat…..macamana si A boleh jemput si B tanpa kebenaran kakaknya…..dan rasanya tak salah kalau si A tak tarik balik jemputan dan terangkan pada kakaknya yang dia dah terjemput si B…..jadi takdelah si B kecik hati…..aku yang mendengarnya pun macam tak percaya si A boleh buat macam tu….
Si A si B dan Aku memang kawan dari kecik lagi….. si A ni anak orang kaya dan sekarang pun boleh kata dia kaya…adik beradik dia pun kaya….ada yang tahap jutawan lagi……..Si B kaya gak…..bagi akulah…..aku jer yang miskin…..dahlah yatim piatu…..sebatang kara…..tapi itu dulu yer….sekarang aku kategori sederhana dalam semua aspek…..
Cerita satu lagi pulak pasal aku ngan si A…..adapun majlis itu adalah majlis kakaknya juga…..ceritanya agak lintang pukang lagi huru hara….harap2 takde yang pening selepas membacanya…..
Sesi dialog Aku dan si A dan kakak2nya…..
Pada suatu hari dihari raya haji…..aku sekeluarga pergi kerumahnya…..selepas aku dilayan cam sampah……aku pun meminta diri untuk blah dari rumah diorang sekeluarga…..waktu aku bersalam-salam dengan hati yang pedih….
Kakak si A : “dila nanti sekian haribulan datang….akak dah hantar kad kat depan….
Aku : “oh….orang depan tak cakap2 pape pun….
Kakak si A lantas bertanya pada si A dan adik2nya yang lain
Kakak si A : ” hari tu sapa yang hantar kad….kad untuk dila ada tak…..?
Adik beradik si A : “aku dah hantarlah….kad kak dila pun adalah…..
Aku : ” takpe nanti suruh si A sms jer tarikhnya…..
Si A : “eh…aku tak tau apa2 yer….dia yang jemput bukan aku…..aku tak tahu…..
Kakak si A : ” ada kadnya kad depan…..ko mintak jer….
Adik beradik si A : ” bagilah kad lain…..
Kakak si A : ” ko carilah kadnya kat mana…..
Aku : ” takpelah kak….tak yah susah2…..insyaallah saya datang
Balik aku terus bincang ngan somi aku…..macamni punya orang pun ada ka…..?? ada yang tak amanah tak sampaikan jemputan……ada plak dah jumpa depan mata nak jemput pun masih berbelah bagi……apa kalau nak datang rumah kena pakai kad baru boleh masuk ka…..??
Setelah ditimbang tara…..aku dan somi ambik keputusan……tak yah datang…..abih cerita……jemput tapi tak ikhlas…..aku rasa macam aku makan makanan haram jer……
Hari ni pun aku ada satu lagi jemputan tak ikhlas dari orang yang aku dah anggap seperti keluarga……tapi oleh kerana jemputannya dah terang2 tak ikhlas……keputusan aku mudah……tak yah lah pergi……pergi jelah kat rumah orang yang jemput aku dengan ikhlas….walaupun jemputan orang miskin…..dengan rasa besar hati dan bangga aku akan datang…..aku tak kisah juga walaupun lauk yang dihidangkan oleh jemputan orang miskin tu tak semewah lauk jemputan orang kaya …..yang penting iklhlas…..makanan orang yang jemput kita dengan ikhlas akan terasa nikmat dan lazat serta akan terasa kenyang walaupun cuma sedikit kita makan…..tiap2 kunyahan penuh rasa keikhlasan hati orang yang menjemput……serius….!!! ini yang aku rasa bila makan kat rumah orang yang ikhlas…berbeza dengan makan makanan orang yang tak ikhlas….serasa ada jer yang tak kena lagi kekurangan….rupa2nya kurang keikhlasan……
Ini belum bab aku dijemput pada hari yang sama nak buat majlis besar…..hari tu nak buat hari tu jugak dekat pukul 2 pagi baru jemput aku datang…itupun secara sms…..memang aku takkan datang punyalah….apa hal nak jemput orang last minute…..???? hahahahaha betul2 nampak sangat tak ikhlas…..main tangkap muat jer……ingat aku takder maruah ker….???
Ohh….mesti ada yang kata…..kalau tak ikhlas takkanlah kita dijemput……??? betul…..tapi maksud aku…..beza jemputan orang yang ikhlas dengan orang yang tak ikhlas….amat2lah boleh dirasai……yang tak boleh rasa kalau yang jenis hati pun sama cam yang jemput……dia tahu yang orang yang jemput tu memang tak ikhlas sebab mungkin pernah gaduh atau mungkin musuh……tapi menjemput setakat ingin penuhkan kuota dan mungkin nak tunjuk pada teman2 yang itulah musuh dia…..secara tak langsung dia menjadi bahan bualan si penjemput dan sekutunya……dan yang dijemput plak rasa…….dia dah jemput pergi jelah….ikhlas tak ikhlas belakang kira yang penting dapat makan free pastu dapat sebenier….jadi walaupun yang dijemput tu tahu yang si penjemput itu tak ikhlas….dia tetap pergi demi nafsu nak makan sedap secara free…..akibatnya…..walaupun dah mencekik segala juadah yang ada…..yang dijemput secara tak ikhlas tu tetap tak kenyang2….dan singgah jugak kemana2 gerai makan untuk mencekik lagi……
So….paham ke tak paham apa yang aku maksudkan dalam erti keihklasan dalam menjemput dan menerima jemputan…..jadi pikir2lah…..kalau ada rasa tak ikhlas dalam hati janganlah menjemput orang yang kita tak suka walau setakat nak memenuhkan kuota…..apatah lagi kalau nak menunjuk-nunjuk campur belagak-lagak atas kepelbagaian makanan……kehebatan rumah serta kekayaan harta…..dan lebih sadis lagi kalau menjemput seseorang itu sekadar untuk menjadikan dia sebagai bahan bualan dan hinaan…..memang tak takut dosa betul….dan pada yang dijemput pun pikir2kanlah jemputan yang diterima……jangan sapu jer jemputan yang ada walaupun dari kalangan sedara mara……bukan nak menghasut ok…..tapi harus diukur dari sudut keikhlasan…..keihklasan sama macam makanan…..ia boleh dirasa……nak rasa carilah sendiri…..
Peace….!!!!
eeeeeeeeeee
bencinyeeee!
i yg baca pon sakit hati!
ada jugak org gtu eh
ape laaa
grrrrrrrrr
@♥cutebabygirl♥
kalau takder….takderlah cerita….dan ini adalah sebahagian dari kehidupan….kaya boleh menyebabkan seseorang buta hati dan perasaan tanpa disedari oleh dirinya….sederhana itulah yang sebaik2nya…..
geram memang ada…..tapi lebih baik kita jadikannya sebagai pengajaran supaya kita tidak jadi seperti mereka2 itu…..